Wednesday 31 December 2014

Insyaallah 2015 :')

Assalamualiakum... :D

Hari ni genap 2 tahun aku guna diari si merahitam.
Aku beli buku dan guna buku ni sejak januari 2013 hingga sekarang.. 
siap koyak rabak lagi..hihi :)


Asalnya buku ni adalah sebuah diari tapi aku guna sebagai nota harian..
Macam-macam aku tulis dalam tu..
Nota, catatan penting tak penting, conteng lakaran entah apa benda, bajet semasa dan macam-macam lagi lah..hihi :)

Setiap hari aku bawa si merahitam.. 
sampai kan ada sorang makcik tegur aku..
Nak gi surau pun bawa diari ke?
(Sebenarnya aku tulis doa dalam tu jadi selalu bawa bila masuk surau..hehe)

Macam-macam cerita suka duka sepanjang dua tahun yang lepas..
Pengalaman yang mematangkan aku.. jatuh bangun adat la kan :)

Alhamdulillah for those years
Insyaallah 2015

Pinky diary, please be nice to me. 
You'll be my bff in coming challenges year :)

Notatambahan : 
Aku tamat latihan praktikal akhir bulan disember 2012. 
Dan konvo bulan mei 2013. 
Maknanya dah 2 tahun aku tamat  belajar.. :'( 
Insyaallah..new year with new hope.. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 26 December 2014

2 6 DISEMBER

Assalamualaikum... *big smile:D

Tarikh 26 disember 2004 mengingatkan aku pada tsunami yang berlaku di Acheh.

Sedar tak sedar dah hampir sedekat peristiwa tsunami.

Peristiwa yang menginsafkan.

Sebut tsunami aku teringat kat adik kesayangan yang lahir pada 26 disember 1992.

2 dekat 2 tahun dah adik aku ni..ekeke~

TANJOBI NO OMEDETO GOZAIMASU OTOUTO-SAN..(^_^)

Doa ku yang baik-baik jer--》

#1 semoga sentiasa berada dalam kasih sayang Allah s.w.t

#2 semoga jumpa apa yang di cari dalam hidup

#3 semoga berjaya dalam bisnes dan kerjaya

#4 semoga menjadi anak yang baik kepada ummi dan ayah

#5 semoga menjadi adik yang baik kepada kakak-kakak dan abang

#6 semoga menjadi abang yang baik kepada adik-adik-adik dan adik

#7 semoga menjadi pendidik yang baik kepada anak didik

#8 semoga menjadi suami yang baik kepada bakal isteri

#9 semoga menjadi menantu yang baik kepada bakal mertua

#10 semoga menjadi ayah yang awesome kepada bakal anak-anak

Cukup lah sepuluh dulu, nanti sambung tahun depan pulak.
Nombor 8, 9 dan 10 tu kira advance wish lah..hehe :)



Notakaki: Thank you GOD for giving such a good and handsome boy to our family.


May everyone always have smile on their face. =)

Monday 22 December 2014

Nothing much to say...

Pejam celik pejam celik,

dah nak pertengahan bulan disember 2014.

Tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun baru.

Tengah duk pikir azam tahun baru...??

Azam tahun ni dh achieve ke belum ?

*sigh*

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 13 December 2014

Resepi cheesekut

Sebelum ni,
 aku pernah cakap nk update resepi stail norawanisz kan??
Nah..
ni resepi cheesekut..
sape suka makan cheesekut boleh geng ngan aku...
Ekekeke~~

Simple jer...

Ni antara bahan-bahan yang di perlukan


1. Biskut 
2. Susu pekat
3. Susu cair
4. Cream cheese (aku guna brand tatura)
5. Milo/oreo/nestum (optional)
5. Bekas untuk isi cheesekut


Mula-mula ambik tiga bahan ni then kacau guna mixer. Kalau korang nak guna blander pun boleh. Cheese cream aku guna semua yang 250g campur 1/2 tin susu pekat dan beberapa sudu susu cair (aku letak 5@6 sudu susu cair). Kalau nak lagi manis tambah lagi banyak susu cair. 


Lepas tu ambik biskut dan rendam dalam susu cair. Tak payah rendam lama sangat. Bagi biskut tu tenggelam dalam susu sudah la. Pahtu angkat susun dalam bekas. Selangkan dengan bahan yang di blend/mixer td. Letak selapis demi selapis berselang seli. Mulakan dengan cream cheese kemudian biskut. Lapisan paling last letak cream cheese.


Optional. Boleh guna milo atau oreo atau nestum sebagai topping cheesekut korang. Aku guna milo. Senang. Balance nanti aku boleh buat air milo..haha 


Aku susun cheesekut dalam bekas ni. Bekas ni aku beli kat parkson. Rm8.99 untuk 9 bekas. Aku rasa sangat mahal. Tapi aku beli jugak..huhuhu demi mu cheesekut :'(


So, tadaaa~~♥♡♥
My cheesekut ready to eat . 

Ittadakimasu (~_^)

Pesanan penaja: 
Nak sedap lagi simpan dalam peti sejuk semalaman
Lau dah tak sabar boleh terus ngap.haha

Sayonara..ai shiteru~~♡


May everyone always have smile on their face. =)

Friday 12 December 2014

Resepi ringkas lagi sedap

Weyh...nak share kat korang resepi paling ringkas tetapi sedap..hihi :)
Nah..siap step by step lagi..
Bahan-bahan pun tak banyak..
nama pun resepi ringkas...
harus la ringkas dan padat kan..hihi :P

















Semua pun nampak menyelerakan..
Adoi...tiba-tiba rasa lapar pulak..hahaha :)
Happy cooking and eating..
Ittadakimasu ; )

#psst..nati aku share resepi ringkas gaya norawanisz plak.hihi

May everyone always have smile on their face. =)

Review buku 140 tips mencari rezeki yang halal untuk mencapai kekayaan

Terjumpa buku ni kat almari masjid At-Takwa. Sambil belek-belek buku ni terus cakap "nak curi kejap lah buku ni".  My mom kat sebelah dengar terus menyampuk " apa pulak curi, nak baca pinjam je la..." hehehe marah nampak...orang gurau jela... :)


Actually belum betul-betul baca buku ni lagi. Tips ke-100 menarik minat aku.. Membayar hutang dapat membuat orang menjadi kaya..huh camne tu? 

'Dalam Islam kekayaan yang sebenar bukanlah setakat kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta, ia sebenarnya memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu. Seseorang itu belum dianggap kaya jika ia tidak dapat menseimbangkan kekayaan material dengan kekayaan rohaninya yang berdasarkan kepada nilai-nilai Islam yang sejati. Sebab jika ia hanya kaya dari segi zahir sahaja, tetapi dihatinya tersemat perasaan tamak, dengki, khianat, sombong, 'ujud, tinggi diri, bakhil dan sebagainya, maka tidak ada gunanya kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu. Sebab kekayaannya itu tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, tidak dapat memberi faedah kepada anggota masyarakat yang fakir dan yang miskin. Ia hanya kaya untuk dirinya. Tidak untuk orang lain. Kekayaan seperti ini bertentangan dengan semangat Islam. Sebab orang Islam apabila ia kaya dan berharta, di sana ada hak untuk orang lain.'

Ni sebahagian catatan dalam buku ni... Best sangat tulisan Haji Hasan Muhammad Al-Khairun setandingan dengan buku-buku penulis barat seperti How to be a millionare yang membawa ideologi barat yang hanya mementingkan fahaman kebendaan (materialisme). So, I recommend all of you dis book.. happy reading..lets discover :)


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 11 December 2014

Al-QURAN MENUNJANGI KEHIDUPAN

Tu tema majlis khatam hafazan al-quran sekolah adik aku (Luqman Hakim). Semalam banyak kali ayahanda pesan kat aku suh bawak kamera. Nak ambik gambar akim katanya.. kebetulan ayahanda tak dapat ikut sama... maka jadi lah aku merangkap driver dan photography tak bertauliah pada hari kejadian.. hehe :)

Tahniah akim.. we proud of you :)
Terima ijazah dari tuan pengetua.

Para hafiz.. 27 orang semuanya. 


Lepas bacaan al quran oleh para hafiz dan doa khatam al quran...aku tgk mata umi merah dan berair...tangisan gembira seorang ibu.. aku yang melihat ni pun terasa sebak... dalam hati mula tanam cita-cita...lau ada anak nak hantar sekolah tahfiz jugak... biar ikut jejak ayah sdara dia gak..hehe jauh nau berangan...kikiki :D

♡♥♡ Sayonara ai shiteru~~`♥♡♥

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 9 December 2014

New Sport Shoes

Assalamualaikum dearly...
Ohayou gozaimasu watashi no ai..... :) 

Al-kesah nyerrr.

Baru-baru ni kawan baik ajak pergi jogging.. aku punyer la semangat nak pergi...tercari-cari kasut sukan tak jumpa...aikk pelik jugak....rupa-rupa nya kasut ku di rembat oleh kakak tersayang...aduyai..aku jugak yang bagi pinjam...camne leh lupa ni...ishh.. :') Bila mintak balik kasut tu..boleh pulak my sis cakap " ko beli la yang lain.. yang ni bagi aku...aku tak de kasut sukan ni "... huk huk huk nangess.. T.T

Jadi nyer aku pergi lah mencari kasut sukan yang baru....

Jumpa kasut ni terus jatuh chenta..hihiihii (@_@)

hoih...cantik, murah dan tersangatlah selesa...sape tak jatuh cinta kan??hehehehe

Kasut ni ada extra kusyen...sangat lembut dan selesa..hihihi :P

Kasut ni besar satu saiz dari kasut sukan yang lama....tapi kasut ni tersangat selesa sebab ada extra kusyen.. lagi satu kasut ni tersangatlah murah sebab masa aku beli ada 50percent discount... time-time ekonomi gawat ni..haruslah bijak membeli kan??hihi

Overall....aku sangat berpuas ati dengan kasut baru....jadinya aku pun hantar sms kat bff ..


"yunk..aku dah beli kasut sukan..jom jogging nak??"

"yeke? Jom la..bila?"

"pagi esok nak?"

"ok..boleh jer"

"Pas jogging kita pergi pekene roti ngan teh tarik nak?"

"beress bohh.."


Lepas jogging pergi makan roti canai ngan teh tarik..elok sangat la..hehehe ;P

sayonara watashi no ai~~

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 2 October 2014

Doa yang selalu aku baca sebelum mula mengajar.

Kebiasaannya bila guru masuk kelas, murid akan berdiri, guru bagi salam, kemudian murid akan baca doa sebelum belajar..

Dan aku pun ikut sekali baca doa...

Ni doa yang selalu aku baca sebelum mula mengajar..

Doa Kelancaran Lidah

Rabbisyrahlil shadril wayassirlli amril wahlui 'uqdatan millisaanii yafqahu qaulli..

" Ya Tuhan kami! Luaskanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah ikatan dari lidahku semoga mereka akan mengerti perkataan ku"

Semoga mereka mudah faham dan cepat tangkap apa yang aku bebel kat depan.. Ini salah satu usaha aku untuk membantu anak didik ku...

Segala ilmu yang ada adalah milik Allah...dan hanya Dia yang layak untuk memberi pada sesiapa yang dihendakiNya...Aku hanya lah menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan..seadanya.. :)

May everyone always have smile on their face. =)

Don’t you think they are so adorable??

Assalamualaikum wbt...

Lamanya tak taip entri kat sini….tiba-tiba rasa rindu pulak :')

Selama aku tak menaip kat sini macam-macam dah berlaku..

Aku tamat kontrak di kementerian pertanian, kemudian kerja kat Taska di Puchong, kemudian sempat menjadi penganggur untuk beberapa bulan, kemudian kerja di Taska lagi dan akhirnya aku berkerja  sebagai guru ganti di sek men ugama…

Fuhh..dalam beberapa bulan jer aku pegang banyak jawatan… :P

Dan dalam banyak-banyak jawatan yang aku sandang tu…kerja kat sekolah lah yang paling best..
Aku sangat minat mengajar, jadi aku rasa mengajar macam sebahagian dari jiwa aku..eh..boleh?? hihi :')

Hari pertama mengajar, aku tak berapa suka sangat sebabnya sekolah yang aku mengajar tu still pakai blackboard dan kapur. Aku pulak alergik dengan debu kapur dan dengan kelas bersepah lagi..masyaallah…nak menangis rasa :'(

Tapi perasaan tu sekejap jer…lama sikit kat sekolah tu aku mula dapat adapt dengan suasana….sebelum mula kelas aku bagi arahan supaya semua murid kemas dan sapu sampah…kemudian baru dapat belajar dengan selesa nya.. : )

Nak tahu tak?? Aku mula jatuh cinta dengan suasana sekolah…mungkin sesuai dengan jiwa aku kot…kalau cuti sekolah jumaat sabtu..mesti aku rasa tak sabar-sabar nak tunggu hari ahad.

Dua bulan berlalu dengan sekejap nya…pejam celik pejam celik guru yang aku ganti dah kena masuk bertugas..and I have to say good bye to my students…

Sedih tau :’(

But, I have to go…pergi dengan hati yang tak rela..

Doaku semoga kalian menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat..

Best moment ever.... :')






They are so adorable...miss them so much. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday 16 July 2014

Definisi puasa :

Menurut bahasa, puasa adalah MENAHAN sesuatu baik makanan, minuman, kata2 atau gerakan.
Menurut istilah, puasa adalah MENAHAN diri dari hal2 yang membatalkan puasa baik dari makan, minum dan lain2 dengan disertai niat hingga terbenam nya matahari.

Rugi lah kita orang islam tak mampu nk menahan marah ketika sedang berpuasa. Sedang kan orang bukan islam mampu untuk bersabar walaupun tidak berpuasa.

Rugi lah juga kalau kita tak mampu nak menahan diri dari mengumpat, mencela dan mencari salah orang lain padahal kita juga sedang berpuasa.

Our behavior reflects our beliefs.
16july2014

‪#‎peringatan‬ untuk diri sendiri yang kadang2 lupa.

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 28 March 2014

Reality of life

Assalamualaikum….
First entry after January 2014.. kemana perginya entri bulan februari.. cepatnya masa berlalu..
Pejam celik pejam celik tengok-tengok dah nak berakhir bulan 3 dah pun. 
Baru-baru ni, saya on kamera. Last picture, tahun 2013..nampak tak busy nya?.. 
rasa macam orang tak de life.. T.T
Dan on kamera balik 21 mac 2014.. adik kesayangan saya dah bertunang .. Alhamdulillah..
I’m happy for my brother and his fiancee…hope pertunangan berkekalan hingga ke majlis pernikahan.
So kakak nya bila pulak??
Owh please don’t ever ask me that kind of question.. saya tak ada jawapan yang sesuai untuk soalan tu buat masa ni… mihmihmih :P
QuoteOfLife : Never get so busy making a life that you forget to make a LIFE..
May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 4 March 2014

Hebat anak-anak zaman sekarang..
Kenapa saya cakap hebat..??
sebab satu kejadian ni.
Saya part time mengajar budak-budak sekolah rendah darjah 1 - 6..
salah sorang pelajar nama aiman..
Selalu saya akan tegur aiman dengan sebut 'aiman ni..... aiman ni.....'
kalau aizat saya akan cakap 'aizat ni....'
kira setiap nama saya akan tambah 'ni' kat belakang....tak tahu kenapa..habit kot..hihi smile emoticon
Salah sorang pelajar yang bukan nama aiman tegur saya.

stdnt : cikgu blh tak jangan sebut 'ni' kat belakang nama.
saya : kenapa?
stdnt : ngilu la cikgu.
saya : kenapa??
stdnt : cikgu tak tahu ke?
saya : tahu apa???
stdnt : aimani tu untuk laki. haid pulak untuk pempuan..
saya : OOoooo...yeke? maaf la arini baru cikgu tahu.. T.T

Patut la ajar payah faham....fikir sampai ke situ dia.

Adoi...sabar je la.

Putrajaya,
4 march 2014

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 30 January 2014

Homemade Ice Cream Recipes :)

Assalamualaikum... :)

Masa kat Melaka ritu, saya ada beli satu paket biskut oreo..dalam kepala dah terpikir nak buat aiscream..mihmih :P

Jom... share resepi kat sini.

AIS-CREAM OREO (Home Made)

.....dan bahan-bahan nya ialah.....
senang jer ^_^
Bahan-bahan nya ialah....

1 tin susu cair 
6 sudu susu pekat manis (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
dan paling penting biskut oreo.

Sebelum masuk dalam peti ais.. :)
Cara-cara nya ialah....
Campur semua bahan kecuali biskut oreo. Pukul semua bahan-bahan guna mixer yang agak tinggi selama 2o minit tanpa henti. Lepas tu masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Hancurkan lebih kurang 6 atau 7 keping. Hancurkan creamnya sekali. Putar 5 minit lagi. Selepas itu tuang adunan tadi dala, bekas dan hiaskan dengan biskut oreo diatasnya. Simpan aiscream dalam freezer semalaman.

Ready to eat..Yummy :P
Yeay..dah siap..jemput makan aiscream..hihihi :)

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 21 January 2014

Layanan VVIP :)

Assalamualaikum..wtb :)

Cuti Thaipusam baru-baru ni, kawan saya (dakyah) ajak balik kampung dia kat Melaka. Nak hantar mak nya (makjah) balik kampung katanya. Nati boleh la saya teman dakyah balik Shah Alam balik. Takde la sunyi sangat drive sorang-sorang balik nanti.

Saya pulak pantang lau orang ajak berjalan..on aje...hehehe dari duk umah jer tak buat apa kan?..baik teman kawan balik kampung... tak la bosan sangat kat umah ni.. housemate bukannya selalu ada kat umah cuti-cuti camni.. masing-masing dengan agenda sendiri... saya pun wat agenda gak.. lari ke Melaka jap..tinggalkan ibu kota yang sesak ni..nak rasa suasana kampung jap...hihi :) Next month kita balik kampung sendiri pulak..this month kita berjimba kat kampung orang dulu..hehe

On the way nk ke Melaka kawan saya dah order macam-macam kat mak dia..
"Mak, nanti sampai kat rumah, mak masak kan yah udang sambal, mee goreng basah, kew teaw goreng, bubur pulut hitam, ayam kunyit....bla.....bla....bla...."
dalam hati saya cakap "Amboi, ko ingat mak ko tu kedai mamak bergerak ke? boleh order macam-macam?" hehehe best nih :P

Sesampai kat melaka, makjah terus masuk dapur...tengok-tengok apa yang ada..tapi tak ada apa-apa kat dalam fridge. terus tak jadi masak.. xpe kita makan nasi lemak dulu..nasi lemak ni kakak dakyah (kakena) yang belikan.. beshhh..pas makan kita tidur lu..pahtu bangun nanti kita pergi pasar..beli barang dapur.. :)

Balik dari pasar, dapur pun berasap...hehe masak sambal udang...sekali makan terus jatuh hati..sedap ngat... patut la dakyah order macam-macam tadi..makjah masak sedap sangat....plus kat ibu kota ni mana nak cari masakan ibu..yang ada masakan mamak, masakan indo takpun masakan bangla....huhu memang tekak tak dapat terima...sekali sekala balik kampung dapat rasa masakan ibu, air tangan mak..perhh heaven sangat :)

oh...tu baru sambal udang..resepi paling simple bagi makjah..malam nya makjah masak kew teaw goreng basah pulak...perhh terangkat u..hahhaha

esoknya makjah hidang ayam rempah kunyit...sampai sekarang terasa-rasa kesedapan masakan tu.
petang nya pulak sempat ke pantai mencari coconut shake kat Alai...pun sedap.. :)

tiga hari berada di melaka asyik makan-makan dan makan jer...sedap-sedap lak tu...lau duk 3 bulan konfem dapat status obes ni..hahaha :P

# Untuk makjah yang masak sedap-sedap tu dan dakyah yang ajak I balik kampung U.. Thank You Soo Much Dear...terubat rindu kat masakan mak sendiri.. :) ishhh...tak sabau nau nak balik melaka lagi eh eh eh tak sabau nak balik kampung sendiri pulak.. :)

hehehe

adios :)

X


May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 19 January 2014

Rindu..

Rindu nak jumpa dia.

rindu nak tatap wajah dia.

rindu nak peluk dia.

rindu nak cium dia.

rindu nak dengar suara dia.

rindu masakan dia.

rindu segalanya tentang dia.

rindu nak sebut nama dia.

rindu nak cakap.

" Ummi kak ngah rindu kat ummi".
 :')


Mother was my greatest teacher, a teacher of compassion, love and fearlessness. 
If love is sweet as a flower, then my mother is that sweet flower of love.

#Ish..bila nak balik kampung ni...rinduu nya rasa...tengok mak orang pun dah rasa cam nampak mak sendiri..huahuahua :'(
#no one will be able to replace mother's place in my heart :)

May everyone always have smile on their face. =)

Monday 13 January 2014

Simple and healthy dish :)

Assalamualiakum....

Kadang-kadang ada satu habit ni..Mengidam nak makan sesuatu..
kalau tak dapat rasa sedih sangattt..
tapi bila dah dapat pulak makan melebih-lebih pulak..hahaha :P
Lebih pada orang mengandung dah rasa..hahaha

Baru-baru ni, kawan saya post gambar salad kat fb dia..
tengok salad dah macam ayam panggang dah...yummy..sedap nya.. :)

Balik je dari opis terus singgah pasar..
beli salad, carrot, tomato, thousand island sos dan blackpaper sosej.
sampai kat umah apa lagi ratah salad la..hehe

One for dinner..Lovely honey salad with blackpaper sosej.


 One for breakfast....Healthy salad with eggs.


Percaya atau tak..? sekejap je licin benda ni..lalalalala~~"

# Last makan salad tahun 2012...zaman duk kolej dulu..hehe
Alhamdulillah...feeling full.

May everyone always have smile on their face. =)