Friday 27 April 2012

Pink Special Limited Edition.

Assalamualaikum.w.b.t
wah macamane perasaan selepas seminggu bercuti..
rasa seronok, sedih, gembira kah??
saya?? of course la rasa heaven jer..
rasa penat 9 jam perjalanan balik kampung terubat 
setelah tengok wajah-wajah orang yang kita sayang.. :)


sekarang ni rasa fresh sangat...
hah...balik dari kampung saya bawa kan sesuatu yang istimewa..
nak tau apa barang istimewa tu...
iaitu telekung vietnam...kali ni special and limited edition.
dua telekung vietnam warna PiNk
berserta 8 sulaman kuntum bunga
cepat..cepat..sape cepat dia dapat..(^_*)


Jenis No.1



Jenis No.2

NotaPinky: Untuk ciri-ciri tudung, harga dan tempahan boleh tengok di SINI.. Also available in Blue and Turquoise..klik SINI

May everyone always have smile on their face. =)

Be happy without being perfect.


“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”


May everyone always have smile on their face. =)

Awak, Saya dan Tasek Shah Alam.

Assalamualaikum w.b.t
saya tak tahu nak letak tajuk apa...
letak tajuk camni jer la..boleh tak?? hihi~~"
tak pe kan?? asalkan ada tajuk..

around 2010
awak ajak saya ponteng kelas kan?
sebab tu masing2 skema siap pakai baju kurung lagi..
hihi~~"
Awal Semester
September 2011
My Birthday
Februari 2012
Final Year
April 2012
Terima kasih awak sebab sudi jadi kawan saya....(^_*)

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 10 April 2012

Keinginan bukan keperluan.

Assalamualaikum..w.b.t
hye....korang pernah tak rasa nak sangat memiliki sesuatu benda/barang.
barang tu tak penting sangat pun...tapi kalau dapat rasa best..hihi~~"
saya ada beberapa barang yang menjadi idaman untuk memiliki..
cuma buat masa sekarang saya terpaksa menahan keinginan itu.
sebab saya masih berstatus pelajar dan tak ada duit nak beli benda tu semua...hihi
sabar...sabar...dah kawen ngan jutawan keje nanti boleh la nak beli macam-macam ye.

Antara barangan yang menjadi kegilaan saya ialah :-

1. Bonia Watch


*****nak letak star banyak-banyak sebab mmg nak jam ni dari tahun 2010 lagi.

2. Camera Digital

untuk orang-orang yang suka ambik gambar (*_*) macam saya....rasa kekurangan sesuatu kalau tak ada kamera sendiri kan??..haha

3. Samsung Galaxy Tab

emm...semua orang pakai henset touch-touch...saya pun nak jugak..hihihi~~"
padahal xpress music kesayangan pun saya simpan dalam locker....tak nak pakai..sebab sayang..
pahtu ada hati nak galaxy tab pulak....memang mengada-ngada la tu..hak3x ^_*
check this : Mr.Google

4. Silver Heels
saya sangat berkenan dengan heels ini....insyallah kalau ada rezeki...saya nak beli heels yang design cenggini..cantik kan??

5. Polo Purse

wallet lama dah rosak...so sekarang takde wallet...simpan kad dan duit dalam beg kecil jer...ada member tegur saya...dia cakap yang orang sekarang ni dah tak pakai beg yang saya macam saya pakai tu...budak kecik jer pakai beg cam gitu..aduyai...sedih nya..
sekarang pun saya tengah mencari beg duit yang comey...tapi tak jumpa yang berkenan lagi..sabar dulu yer... (*_*)

6. MP4


Nak mp4 sebab saya selalu bosan time naik bas balik kampung....tak de benda nak buat..semua orang dalam bas tido tapi saya pulak tak boleh tido masa bas sedang bergerak....camne?? buat-buat tido jer sepanjang jalan plus berangan-rangan...kan best lau ada mp4 boleh dengar lagu...tengok video...tengok kat handphone tak best....nanti beteri handphone cepat habis........lagi satu sebab nape saya nak benda ni ialah....boleh pakai time jogging...haha ^_^
sumber : Pakcik Google


7. Mouse Remote Control Keyboard.

nak remote untuk control laptop supaya nanti kalau nak tengok movie senang...tak payah duk dekat sangat ngn laptop...duk jauh pun boleh alih-alihkan channel..^_*
sumber : Encik Google

8. Wireless Flexible Water Proof Keyboard.

yang ni lak...saje mengada-ngada...tak cukup ngn satu keyboard yang dah ada kat laptop....hehehe ;P
sumber : Atuk Google


NotaGilaGadgets: 
Asalnya nak letak gadget jer tapi tiba-tiba teringat kat jam tangan, kasut dan purse (mmg dah lama giler nak benda ni)....owh sabar ya anak-anak...nanti mama dah keje mama belikan korang semua ye..haha
**suka panggil gadget atau barang kesayangan anak-anak.. :D


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 7 April 2012

Pertama kali kaki saya di balut.

Assamualaikum w.b.t
Khamis yang lepas kaki saya terseliuh
kejadian ni berlaku selepas saya update entri ni
macamana boleh terjatuh...??
emmm.....ni nak cerita ni..
sebelum kejadian,
saya bermalam di bilik kawan saya.
jam 7pagi saya tergesa-gesa kemas barang tuk balik ke bilik saya
kerana saya ada kelas pukul 8.30...
dalam keadaan tergesa tu saya terpijak air yang bertakung..
dan terjatuh....sakit nya jangan cakap la..huhuhu~~"
nasib baik takde orang masa tu..kalau tak mesti sakit plus malu..
walaupun dalam keadaan sakit kaki..
saya masih lagi bersemangat untuk pergi kelas..
tapi masa kat kelas..
saya tak boleh fokus sebab tak tahan sakit
kaki saya asyik berdenyut-denyut jer''
rupa-rupa nya kaki saya dah bengkak..
tamat jer waktu kelas saya ke pusat kesihatan untuk rawatan..
doktor yang merawat saya bagi tips untuk mengurangkan kesakitan akibat dari terseliuh..
baru saya tahu...kalau seliuh tak boleh sapu ubat yang panas..kena letak ais..

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!
Prinsip asas ialah RICE.
'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen.







NotaSeliuhKaki: Kesian icha balik bilik tapi saya pulak asyik tido jer sebab tak tahan sakit. Dibah melawat saya dengan membawa Dark Choclate "in order to make me happy".. Thank you dibah..2 keping dark choclate dah cukup untuk membuatkan senyuman saya manis semula...hihi :")

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 5 April 2012

Cat Lover.

Assalamualaikum w.b.t
Sy bru jer lepas bincang pasal Fyp (FnalYearProject).
Alhamdulillah kami dapat keluarkan coding yang mcm supervisor kami nk.
syukur sangat-sangat sbb bukan mudah nak hasilkan benda alah tu..kena study maple balik.
saya risau sebenarnya...banyak yang kami(sy dan group mmbr) tak tahu dari yang tahu..
bagi saya fyp ni something yang baru...
lain dari yang kita selalu belajar kat kelas..
everything on searching...mencari itu mencari ini..
baca jurnal..analysis jurnal orang..buat report..study coding..huhuhu
mmg memerlukan tahap kesabaran yana tinggi~~"
tapi nak tak nak kena tempuhi jugak kan....
dah mmg itu syarat untuk dapat kan segulung ijazah..

Sebenar nya saya tak nak merepek pasal fyp...
taknak citer yang stress2....nak citer yang happy2 jer..
ni cerita hal meow-meow...atau dalam bahasa Jepun nya Neko.
hehehe~~
Saya tak pasti sama ada saya ni sukakan kucing atau mmg gilakan kucing..
nak tau kenapa saya cakap macam tu??
sebab saya akan rasa bahagia bila tengok, sentuh, belai dan kacau hidup kucing...
lagi-lagi baby kucing..hehe
tapi x nak la yang baru lepas lahir tu...saya x suka sbb geli..ee..sebijik macam anak tikus..
bila saya rasa stress atau penat...saya akan peluk kucing tu kuat2..
dan kacau dia sampai dia rasa stress dan penat gakk..hahaha
tapi kan kucing ni sama jer manusia....ada perasaan..
dia tahu bila masa kita sedih...dan bila masa kita happy....
bercakap atau main2 ngan kucing leh jadi terapi untuk hilangkan stress tau..
kalau korang tak pecaya cuba la....
mana lah tau pasni korang pulak yang gilakan kucing..haha ^_^


May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 3 April 2012

Lelaki dan Rokok.

Assalamuaikum w.b.t....selamat malam semua.
Ni cerita perihal kakak saya dan lelaki yang xmau berenti merokok.
Petang tadi terima panggilan dari kakak kesayangan....
Pelik jugak tiba-tiba jer dia call...mesti ada urgent apa-apa ni..
kalau tak mmg susah nak dengar suara merdu dia tu..hihi
kalau saya tak paksa dia call mmg tak la kan...
itu pun siap mintak saya ganti kan balik duit topup yg dia call saya...
Ingatkan apa yang urgent...uper-uper nya ada masalah matematik...hihihi

Da setel masalah matematik tiba-tiba jer kitorang ber"gosip".
eh..eh bukan bergosip tapi tergosip...haha~~"
Ni hasil mesej-mesej yang di forward tuk tatapan saya..
tapi saya taipkan balik untuk di jadikan kenangan..hihihi
**mesej-mesej ni telah saya edit kan tatabahasa untuk tatapan umum.. : P
----------------------------------------------------------------------------------------
Boboy : Da, leh lau din nak tanya da satu benda? privacy sikit tapi gak. Boleh din tau lelaki camne yang da suka untuk jadi calon suami?
Gegurl  : Susah nak jawab ni. nati din akan kata da demand tinggi pulak. Kalu calon suami da la. Da xse suami da smoking. Paling detest sebab da xleh ngan asap rokok. hok lain tu da 
cuma nak dia sayang dan cinta da and bertanggungjawab. pahtu biar la da boleh masuk ngn family dia dan dia pun boleh masuk ngan family da.
Boboy : Oloh, hok mula2 kena atah palo din doh...hahaha napok gaya kena batal niat napok gayo nih...Haha xpe, lebih baik tahu kan dari xtau..betul x? 
tapi da kena sabar la sket saem ngan din nih sebab din memang kuat isap rokok...Ala sabar kejap je, lagipun lepas da dah mahir math nanti x perlu mikir doh asap rokok lagi, lgpn din x isap rokok dalam pustaka.hehehe Hehe tapi lau din merokok, otak din ni biasa lebih tenang and ligat 
lg tau hehe...da, kita sambung malam ni pulak deh, dah magrib din x mandi lagi ni...
-----------------------------------------------------------------------------------------

gambar ni saya 'snap' masa berenti
solat magrib di masjid Chbg 4, Tumpat

tak nak cakap banyak....tengok jer gambar ni...then nilai lah sendiri....konsep nya senang je...dah tau benda tu salah tapi yang salah tu la yang paling best dan susah nak tinggalkan...perlukan kekuatan mental dan fizikal... ;)


May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 1 April 2012

Kursus Jenazah dan Budak yang Comey.


Assalamualaikum semua....^_^
Alhamdulilllah...kita semua masih diberi peluang untuk terus hidup di bumi Allah.
Saya sebenarnya agak rindukan Kenangan itu Indah....
macam orang bercinta lak kan...hihihihi
dah lama tak update new entry kan....
banyak benda yang saya nak share sebenarnya...dan macam-macam hal dah berlaku kat saya.
tapi bila buka jer internet...dan internet tersangat lah slow...saya terus hilang mood nk update entry..
last-last Kenangan itu Indah di tinggalkan sepi tanpa entri baru..huhuhu cian kan..

Sekarang saya agak keBUSYan...asal weekend jer mesti ada hal nk kena buat atau tempat yang kena pergi
Macam minggu-minggu yang sebelum ni saya menghabiskan masa dengan kerja-kerja fyp.
dan Sabtu yang lepas saya menghadiri Kursus kahwin Jenazah.
Macam-macam saya belajar...siap ada praktikal lagi.
Asal nya kursus tu dibuat di Masjid Jamek Raja Tun Uda..
tapi sesampai jer kat masjid tu saya tengok kosong...masjid dalam renovation.
saya tanya la seorang pakcik kat masjid tu...
pakcik tu cakap skg ni semua aktiviti masjid dibuat dekat Dewan orang ramai di sek.16
Kami (saya dan kwn saya ida) pun meredah hujan ke Dewan orang ramai...
mmg betul la ckp pakcik tu...kursus jenazah ada kat sana.
Kursus kali ni sangat menarik dan seronok...x sangka jugak...ingatkan bosan. :)

kat kursus tu saya jumpa dua orang budak yang sangat comey..
**ishh..geram betoi tengok budak tu..asyik ngn mak dia jer..**
tiba-tiba rasa nak ambik budak tu and adopt jer..wat anak angkat.
tapi bila pikir-pikir cian pulak kat mak dia...lgpun budak tu masih kecik..
mesti mak dia sedih lau saya pisahkan mereka..last-last saya biarkan mereka.
say Gud bai dan balik rumah...sesampai jer kat rumah saya demam sbb redah hujan.
huhuuu~~~"

Jom layan gambar dak comey..
Comey kan..kan..kan..^_*

Terasa macam aura budak comey mengalir kat saya :'D
hak3x (gelak kuat-kuat)

**Fyp    -> singkatan kepada Final Year Project
**Budak-> merujuk kepada anak kucing yang masih baby..


NotaCinta: Terima kasih ida sebab ajak saya pergi ke tempat ilmu yang macam ni...


May everyone always have smile on their face. =)