Saturday 26 December 2015

Rinduu nak menulis dalam blog ~~'

In sya Allah akan terus menulis lagi :')








May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 8 August 2015

Busuk yang wangi hodoh yang cantik.

This is my story...
Ketika aku masih berstatus pelajar.

Aku ada seorang kawan yang sangat prejudis dengan orang kelantan.

Semua pasal kelantan bagi dia sangat membencikan.

Dengan takdir Allah dia ter'berkawan' dengan aku yang memang pior dari kelantan. 

Kawan aku pernah cakap, kalau mula-mula dulu dia kenal aku dan dia memang dah tahu aku ni asal kelantan. Mesti dia awal-awal lagi tak nak berkawan dengan aku. Tapi oleh sebab dia tak tahu dan dah terlanjur berkawan dengan aku. Kami tetap jadi kawan.

Hari-hari dia kutuk kelantan. Mula tu rasa geram jugak. Tapi aku biar kan jer. Bagi aku apa yang dia cakap tu hanya lah pendapat dia sahaja. Dan pendapat dia tak semestinya betul.

Kami tetap berkawan.

Satu hari kami pergi pasar. Aku pergi beli nasi kerabu.

Masa tu lah kawan aku cakap kat aku. Nasi kerabu adalah nasi yang paling dia tak suka. Tanpa rasa bersalah pulak tu kutuk depan-depan aku.
Aku tanya dia kenapa tak suka nasi kerabu? Kawan aku cakap sebab warna nasi tu hodoh lepas tu pulak ada sos bilis yang entah apa-apa. Bau busuk lak tu. Hamboi sedap hati dia jer kutuk feberet aku. 

Aku tanya dia. Ko pernah rasa ke nasi yang ko cakap hodoh dan busuk tu.
Kawan aku cakap tak pernah.

So aku cakap kat dia. Apa kata kalau ko cuba rasa nasi hodoh tu.

Sekali dia ngap..terus jatuh cinta..hahahaha :'D

Tu la...lain kali 'Dont judge book by it cover.. try to open it and explore it. I am sure you will be falling in love with it'.

Mana tahu yang busuk tu sebenarnya wangi dan yang hodoh tu sebenarnya cantik. You'll never know kan. :')


My feberet ever.. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 28 July 2015

Bukan ostajah

Peristiwa ini berlaku petang tadi. Masa kelas tambahan. Pukul 3 hingga 5 petang.

Saya mengajar sekelas sepatutnya ada lebih kurang 30 orang pelajar. Tapi yang tinggal hanya 11 orang sahaja. Pelajar yang lain hilang tanpa jejak.

Saya mula nak mengajar, tapi masing-masing buat muka tak minat belajar. Masing-masing penat dan muka excited nak balik rumah jer. 

Uish...rosak mood saya nak mengajar.

Then, ada dua tiga orang pelajar minta izin balik awal. Ada juga yang minta saya batalkan terus kelas hari ni. 

Saya diam sekejap. Kemudian saya tanya pelajar saya.

Saya : Kalau saya batalkan kelas hari ni. Apa saya nak jawab kat mudir kalau mudir tanya saya?

Pelajar 1 : Teacher ajar la sikit-sikit lepas tu dah boleh balik.

Pelajar 2 : Teacher cakap la tak de pelajar dalam kelas hari ni.

Pelajar 3 : Teacher kita rilek-rilek sudah la. Tak payah belajar hari ni.

Pelajar 4 : Teacher, kami dah penat.

(Macam-macam lagi jawapan mereka)

Saya : Ok!! Kata kan lah saya batalkan kelas hari ni dan bagi awak semua balik awal. Lepas tu mudir tanya saya, saya pula cakap yang saya dah mengajar awak semua. Padahal saya tak mengajar pun. Lepas tu saya terselamat dari mudir. Macamana pulak nanti bila Allah yang tanya saya. Apa yang saya nak jawab?

Masing-masing terdiam.

Akhirnya kelas ini berjaya tamat tepat pada masanya.

Hehe :'D

Untung mengajar di sekolah agama sebab kalau kita cakap sikit pun mereka boleh terima dan faham. Mungkin dah hari-hari kena tarbiah dengan ostad dan ostajah mereka kot. Tapi saya bukan ostajah..hihihi :)

Form 1

Geng kakak-kakak form 3.

Dorang kalau bab selpie memang terbaek..hihihi :)

Semoga berjaya dunia akhirat.

Sayang korang semua..

Last day with them. Winduu ~~'

SMU(A) Meheliah Geting dalam kenangan. :'D

May everyone always have smile on their face. =)

Monday 22 June 2015

Warkah untuk adinda

Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).

Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh.

Kehadapan adinda Akim yang Kak Angah sayangi dan kasihi selalu.

Alhamdulillah, Akim akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini 2015. Peperiksaan yang insyaalah akan menjadi titik penentu perjalanan masa depan Akim. Kak Angah harap Akim berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita dan impian Akim. Kejarlah impian Akim walau sejauh mana pun, gapailah ia walau setinggi apa pun.

Akim, hormatilah dan sayangilah kedua ibubapa kerana meraka sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga untuk anak-anak mereka. Hormatilah orang yang lebih tua dan kasihilah meraka yang lebih muda. Berbuat baik sesama sahabat, kasihilah meraka kerana doa seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain akan didengar oleh Allah dan di amin kan oleh para malaikat.

Akim, warkah ini tak akan terhasil tanpa selaut rasa kasih sayang dan keinginan untuk melihat Akim berjaya di dunia dan di akhirat. Berusahalah tanpa jemu. Kutiplah setiap mutiara ilmu dari guru-guru di sekolah. Hormatilah mereka. Kasihilah meraka kerana meraka jua tanpa jemu berkorban masa dan tenaga untuk melihat anak-anak didiknya berjaya. Ketahuilah Akim, guru yang baik akan sentiasa beri yang terbaik kepada anak didiknya. Guru yang baik juga ingin melihat anak didiknya lebih pintar darinya dan anak didik yang baik haruslah mengakui kepintaran gurunya.

Akim yang Kak Angah sayangi selalu.

Ilmu itu sifatnya nur (cahaya). Cahaya tidak akan dapat memasuki ke dalam hati yang penuh dosa. Mohonlah ampun dan maaf dengan sesiapa saja yang pernah Akim sakiti hatinya. Jangan sesekali rasa malu dan ego, kerana rasa malu dan ego untuk berbuat baik adalah kesalahan yang besar dan akan membawa kepada penyesalan kelak.

Akim, impian dan cita-cita Akim adalah hak Akim seratus-peratus. Akimlah yang akan bertanggungjawab ke atas impian Akim sendiri. Nobody else. Bonda dan ayahanda hanyalah sebagai pendorong dan pemberi jalan sahaja. Kak Angah dan adik-beradik yang lain tidak mampu untuk merubah apa-apa. Akim lah yang akan menentukan sama ada impian Akim berjaya atau tidak. Ketahuilah bahawa cabaran bukan lah penghalang yang sebenar-benarnya tetapi cabaran adalah pemangkin dan penguat untuk Akim lebih berusaha dan lebih berjaya. Insyaallah.

Akim yang disayangi,

Impian Kak Angah, ayahanda dan bonda ingin melihat Akim berjaya. Berusahalah untuk menggapainya.

Jika peperiksaan SPM itu mudah bagi Akim, buktikan lah kepada kami semua yang Akim mampu mendapat straight A+. Insyaallah, Kak Angah tak rasa itu adalah sesuatu yang mustahil. Akim bijak cuma perlu rajin dan baiki sedikit cara belajar. Insyaalah :’)

Akim yang di kasihi,

Jika dulu masa Abechik sambung belajar di Mesir, Kak Angah tak sempat pun untuk hantar Abechik ke airport. Kak Angah betul-betul harap kali ni Kak Angah dapat hantar Akim untuk sambung belajar di Maroko pula. Insyaallah.

Akim, berjanjilah untuk berusaha sehabis baik. Berjaya atau tidak itu bukan kita yang tentukan. Kalau berjaya biarlah dengan usaha gigih kita sendiri. Sekiranya gagal biarlah gagal dengan bermaruah iaitu gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh. Gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh adalah sesuatu yang membahagiakan berbanding dengan gagal dengan usaha yang sedikit. Gagal dengan usaha yang  sedikit adalah gagal yang akan mengundang penyesalan seumur hidup.
Sekian, wassalam.

Salam kasih dan sayang dari,
-Kak Angah-
18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan  1436
02:01pm Kelantan darulnaim.

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 13 June 2015

Cerita cita-cita aku

Aku seorang yang penuh dengan impian/ cita-cita..Dari kecil sampai la sekarang. Sentiasa berubah dari masa ke semasa.. kira up-to-date gitu.. puii :'p

Masa di sekolah rendah aku bercita-cita nak jadi seorang guru, pendidik atau pensyarah..rasa hebat sangat cita-cita aku masa tu..hehe polis.bomba.jpj.doktor.nurse aku tak minat( zaman aku dulu mana ada orang yang bercita-cita nak jadi angkasawan..semua cita-cita jenis oldschool jer termasuk lah aku..huhu nyesal dulu tak cita-cita nak jadi angkasawan..mana tahu jodoh ngan dato syeikh muzaffar ke..keh keh )

Masa ambik spm aku bercita-cita nak jadi arkitek..
Biasa la budak lkj kan..lkj tu lukisan kejuruteraan.. aku minat sangat lukisan kejuruteraan..memang jiwa lah.. siap ambil subjek seni lagi..kekonon nya nak apply arkitek tu kena berseni jugak..aku simpan cita-cita tu sampai lah aku abis spm.

Lepas spm dengan result yang cukup-cukup makan aku ke terengganu. Ambil diploma kos sains komputer.. hah!! Aku minat main games jer dalam komputer.. baiki- baiki dengan coding -coding komputer memang aku fail.tak minat langsung. Tiap-tiap hari nanges nak abis kan 3 tahun diploma.. cian kat ayahanda aku jadi mangsa aku nanges...huhuhu

Lepas diploma aku tukar kos... tak jauh mana pun kos yang aku tukar..dari diploma sains komputer aku tukar kepada ijazah matematik perkomputeran...hah!! Kan belakang dia sama tu.. komputer jugak.. tapi major in mathematics.. since aku minat matematik so much. Masa tu dalam fikiran aku aku nak jadi lecture in mathematics..aku cakap aku minat matematik kan?? Hehehe tapi nanges jugak nak abis kan degree tu..hahaha can u imaging yang aku ni memang minat nanges jer..isk T_T kesat hingus

Lepas habis degree aku bercita-cita nak sambung master.. kan aku dan cakap nk jadi lecture..korang ingat lau ada degree jer boleh jadi lecture ke?? Dengan result aku yang cukup-cukup makan tu.. emm..berangan jer boleh lahhh T_T

Sekarang ni aku cukup jeles tengok kekawan yang dapat capai cita-cita mereka. Ada kerja tetap, ada keluarga sendiri, pendapatan sendiri.. serius aku memang jeles..aku pun nak capai impian aku jugak..

 Aku tahu...
Cita-cita tanpa usaha adalah sia-sia T_T
Usaha tanpa doa adalah sia-sia T_T

T_T

Kenapa cita-cita aku belum tercapai..
Mungkin usaha tak selari ngan cita-cita..mungkin juga doa tak selari ngan usaha..mungkin juga belum cukup berusaha.. mungkin doa belum betul-betul doa..T_T

Notakaki: entri ni bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku dah capai sekarang ni..hanya lah luahan perasaan yang bercelaru. Mungkin aku perlu buat sesuatu untuk baiki diri aku.

Sekian. Wassalam

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 31 May 2015

Kad perpisahan untuk Teacher Asiah

Assalamualaikum w.b.t

#flashback.

A day before my last day, I asked my students to create a small and cute wishing cards with a few last words. In order to create beautiful and sweet farewell. Kunun nya la. :')

And this is what I am received...


Very unpreditable.

So lovely..(^_^)(^_~)<













Behind the scene.. :')

Thank you so much students.

Teacher love you all. Terharu sangat :')

×(^_^)(^_^)×

May everyone always have smile on their face. =)

Monday 20 April 2015

Impian yang melapangkan hati

Alhamdulillah... :')
Dalam proses penubuhan pusat tuisyen.

(': Pusat Tuisyen Amna Insyeerah :')


Kenapa amna insyeerah??

Amna = impian / cita-cita
Insyeerah = melapangkan hati

Amna insyeerah = impian yang melapangkan hati


InSyaAllah semoga menjadi seperti nama nya..
Yang melapangkan hati semua orang.

........

Hari sabtu lepas aku bangun pagi tu terus rasa tak larat.
Bangun dari tidur rasa pening2..tak boleh nak berdiri lama.

Ingatkan nak berehat kat bilik ja.. tapi memikirkan students dekat pusat tuisyen..terus bangun siap2 dan pergi ke pusat tuisyen...tu la org ckp..
Demi anak sakit sikit2 pun sanggup bangun kan..ekekekee~~

Tapi time balik dari pusat tuisyen rasa mmg betul2 tak larat..
Minta tolong kakak antar kan ke klinik dan antar  balik umah.. kete sndiri tinggal dekat pusat tuisyen.. kat klinik doktor ckp darah rendah..oh patut la rasa nak pitam jer.... isk isk :'(

Skg alhamdulillah sihat walafiat :')

Doakan aku ye.. 
Supaya di permudahkan urusan
Supaya di murahkan rezeki
Supaya di beri kesihatan yang berpanjangan
Supaya di temukan dengan jodoh yang baik...

Aaminn :')

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 5 March 2015

Majlis akad nikah & majlis bertandang

Ini adalah sambungan dari entri abang ipar.

Sebelum dapat abang ipar mesti la kena adakan majlis akad nikah kan?? Hihihi majlis akad nikad di adakan pada hari yang sama ngan majlis kawen. Which is hari selasa iaitu 24hb feb 2015. Ada peristiwa yang agak sedey dan agak lucu sebenarnya masa majlis akad nikah dan majlis bertandang... Aku citer yang lucu dulu.. nati kita berdrama winter sonata pulak ye...hihihi ~~'

Ok..camni citernyer..
jeng jeng jeng <--- this is sound effect.hihi :')

Biasa kita dengar pengantin lelaki yang gementar masa nak lafaz akad kan.? Jarang - jarang kita dengar ayah pengantin perempuan yang gementar.. Ini tak..dua - dua gementar. Sorang gementar pertama kali nak kawen.. sorang lagi pulak gementar pertama kali nak lepaskan anak perempuan kesayangan.. hihi :')

Asalnya ayahanda (which is ayah aku) wakilkan iman suh jadi juru nikah tapi tiba - tiba jer masa kat masjid, iman pas kat ayahanda. Pahtu macamane tah ayahanda boleh ter'loud speaker' masa tu.. Satu masjid boleh dengar suara dia. Apa lagi terkejut pengantin lelaki.. dah la tengah gabra nak lafaz akad nikah.. terkejut ayah pengantin perempuan ter'loud speaker' plak. Memang hilang abis ayat yang di hafal. Banyak kali lafaz masih tak sah - sah lagi..kesian. :'(

Kami yang biasa dengar suara ayahanda pun terkejut.. apatah lagi orang yang jarang - jarang dan tak biasa dengar..memang terkejut habis la.. tapi nasib baik lepas tu ayah sedara bakal abang ipar (masa tu belum jadi abang ipar lagi..hihihi) bawak keluar dari masjid untuk tenang kan bakal abang ipar dan pergi ambik air sembahyang..nak bagi hilang gemuruh.. dah hilang gemuruh..baru lah ok.. lepas tu sekali lafaz dah sah jadi suami kepada kakak kesayangan.. Alhamdulillah :')

Baru aku tahu...rupanya susah jugak ye nak kawen ni..hihihi patut la seorang isteri kena taat pada suami.. sian kat suami bersusah payah... tapi si suami pun kena la hargai kesusahan masa nak akad nikah tu.. jangan lepas ni pasang angan - angan nak pasang sorang lagi pulak..
eh eh apa aku mengarut ni..ish..ish sori korang.  back to our story.. :')

Dah dapat abang ipar mesti lah ada majlis hantar menantu pulak atau pun jugak di panggil majlis bertandang. Majlis bertandang berlangsung 2 hari selepas majlis akad nikah. Kira nikah hari selasa hantar menantu pulak hari khamis. Kebetulan hari tu jugak aku banyak kerja nak kena setel kan. Pagi - pagi lagi aku dah keluar umah pergi bandar untuk urus kan beberapa urusan..

Terpaksa lah pengantin baru berdikari drive kereta sendiri pergi umah mak sedara aku untuk mekap dan touch out semua.. Pahtu tengahari tu, ayahanda dah bising sebab takde orang nak drive. Penumpang ramai, kete banyak tapi driver tak de.. terpaksa impit ramai - ramai dan import adik laki suh jadi driver.. :'( 

Pahtu hantar menantu macam biasa la.. macam yang selalu korang tengok kat majlis bertandang.. tak beza sangat pun. Tapi time nak balik tu..tiba-tiba aku rasa sebak..isk isk :'( tak sanggup rasa nak berpisah ngan kesayangan. Aku mula pikir..nati dah tak sama.. dulu hari - hari jumpa.. sekarang dan akan datang mana boleh hari - hari jumpa dah.. kakak aku dah ada big responsibility.. nak kuar mana - mana mesti kena mintak izin suami. Nak buat apa- apa pun sama jugak. Tiba - tiba aku rasa kehilangan sangat.

Arisya, aku, adik perempuan bongsu,
kakak kesayangan dan aniq

Aku rasa bukan aku sorang yang rasa camtu, ayahanda, bonda dan adik -adik aku pun rasa benda yang sama. Paling ketara ayahanda la. Selalu jer menyebut. Dia paling rapat ngan kakak aku.. biasanya tiap - tiap hari lepas akak aku balik sekolah, mesti bergosip kat bilik ngan kakak aku.. tiba - tiba masuk bilik akak aku dah tak de..huhu kesian ayahanda

Dan aku tahu akak aku pun rasa benda yang sama jugak. (Which is rindu kat kitorang) Tapi kakak aku ni jenis yang cool jer. Lau sedey elik jer.. lau happy pun muka dia nampak biasa - biasa jer.. berbeza ngan aku.. aku kalau sedey dan - dan tu jugak aku nangis.. memang tak boleh nak tahan - tahan dah. Begitu jugak lau aku happy.. mesti aku akan senyum sampai ke telinga.. aku jenis tak pandai nk sorok - sorok feeling aku.

Hari pertama, aku ok lagi. Hari kedua biasa - biasa jer. Masuk hari ketiga aku whatsapp akak aku.

A: Cieyyy..
K: Bakpo??
A: Aku teringat kat ko.. :'(

Dan - dan tu jer hujan turun dengan lebatnya...basah kat pipi dan lengan aku.. aku pun heran..biasa tak macam ni..apa pasal aku emo sangat hari tu.. rupa - rupa nya kawan baik yang selalu datang tiap - tiap bulan nak datang..ekekeke patut la..hihihihi :') rasa nak lempang diri sendiri jer..hahaha

Belanje gambar pengantin baru..
hihihi :')
Dah..

Dah tamat drama swasta aku..hihi

Assalamualaikum. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 3 March 2015

Abang ipar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah....baru jer lepas kenduri kawen kakak kesayangan. Terbaek. Majlis simple jer tapi sambutan sangat-sangat-sangat meriah. Berapa banyak sangat daa.. Rasa macam sambut hari raya jer. Majlis berjalan lancar. Dari mula sampai ke sudah. Dan paling best aku dapat abang ipar..hehehe eh apa pasal aku pulak yang terlebih excited ni.. :')

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak abang.. Abang kat sini bermaksud abang kandung la ye.. bukan abang angkat, abang sepupu ataupun che abe.. tapi semua tu mustahil sebab mak aku lahirkan seorang kakak untuk aku sebelum aku dan aku adalah anak kedua..memang mati hidup balik takkan ada abang kandung kan??...hehe pasrah jer la.. Aku siap menangis kot mintak mak aku lahirkan seorang abang untuk aku...hahaha perangai entah apa-apa...buat malu kaum jer.. haip :')

Tapi bila aku dah dewasa sikit..aku rasa bersyukur sangat takde abang.. sebab kawan-kawan yang ada abang selalu mengadu kena buli ngan abang, abang suka mengongkong la, tak boleh buat itu la, buat ini salah, dan macam-macam lagi.. masa tu aku rasa best giler ada kakak..hihihi :') dan kakak aku memang seorang yang best kot..

Paling best kakak aku boleh bagi seorang abang.. which is abang ipar.. bertambah sorang lagi ahli dalam keluarga aku. So abang ipar...welcome to our jannah. :') Bagi aku keluarga adalah syurga di dunia.

Ingatkan abang ipar....
rupa-rupanya adik sendiri. Hihihi :')

Next..bakal terima sorang lagi ahli keluarga. Semoga di permudahkan urusan semua nya. Amin :')

May everyone always have smile on their face. =)

Monday 16 February 2015

MMT is the best.

Berpeluang menjadi guru adalah kenangan paling manis buat saya. Dan saya berpeluang menjadi guru lagi...walaupun sebagai guru ganti tapi sangat bermakna buat saya...alhamdulillah :')

Kali ni di MMT. Dekat jer dari rumah saya..kira-kira 15 minit perjalanan dengan kereta. Tapi yang best-best ni biasanya sekejap-sekejap jer... Saya mengajar subjek bahasa inggeris, sejarah dan biologi..mesti korang rasa saya hebat kan?? hahaha gelak dulu lah :')

Fyi b.i saya biasa-biasa jer, sejarah memang saya kurang minat dari zaman sekolah lagi.. belajar sejarah pun untuk lulus exam jer. Biolagi memang langsung tak pernah belajar ok..hihihi :') boleh bayang tak macamane saya mengajar subjek yang tak pernah saya belajar...huhuhu :'( tapi saya anggap semua ni adalah cabaran buat saya...alah lagipun 3 minggu jer pun..tak lama mana..jumpa 3 kali hari ahad pahtu tamat..hah kan sekejap tu.

Masa sekejap tapi saya rasa seronok..sebab students semua baik-baik dan hebat-hebat belaka. MMT adalah antara sekolah pilihan jugak.. Adalah beberapa orang students yang nakal. Yang buat saya rasa nak nangis kuat-kuat :'( Pernah tau saya berdiri kat kelas..murid wat dekk jer.. macam kita tak wujud jer..sedih, terkilan, frust dan rasa tak dihargai..tiba-tiba rasa takde mood nak mengajar..padahal sebelum masuk kelas bersemangat wajar. Tak suka tau rasa camni :'(

Saya pernah tanya cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah..apa rahsia nak bagi murid dengar cakap... paling kurang pun respek kat guru yang berdiri kat depan kelas.. ramai yang bagi cadangan mula-mula masuk kelas kena wat muka ketat a.k.a garang.. kalau boleh jangan senyum langsung.. pahtu bila dah lama-lama sikit. Ikut rentak students...if students baik dengar kata baru boleh senyum dan bergurau mesra.. kalau students yang degil tu jangan bagi muka langsung..hahaha:'D

Saya awal-awal lagi dah fail.. masuk kelas ngan muka senyum. Pahtu students pun buat-buat tak heran ngan saya... nampak sangat kan saya belum layak untuk jadi seorang pendidik :'( tapi saya cuba untuk buat yang terbaik.. sedaya dan semampu saya.. eh asal macam lirik lagu jer :') Setiap hari kena update niat.. niat yang baik insyaallah akan jadi baik.  

Walaupun dalam masa 3 minggu saya tetap rasa sedih nak tinggalkan sekolah sebab saya dah mula rapat dengan kebanyakan murid dan guru di MMT. Saya harap sangat saya di beri peluang untuk mengajar di sini lagi.

Student yang tangkap gambar ni jerit
" teacher...teacher duk kat mana? "
Ekeke :')
Saya ada kat sini.. peace..hihihi :')

NotaGuruGanti: Saya terima banyak sangat kad dan hadiah daripada students saya. Rasa terharu dan rasa di hargai sangat-sangat..  :')

May everyone always have smile on their face. =)

Life is...

Life is an opportunity, benefit from it.

Life is a beauty, admire it.

Life is a bliss, taste it.

Life is a dream, realize it.

Life is a challenge, meet it.

Life is a duty, complete it.

Life is a game, play it.

Life is a promise, fulfill it.

Life is sorrow, overcome it.

Life is a song, sing it.

Life is a struggle, accept it.

Life is a tragedy, confront it.

Life is an adventure, dare it.

Life is a luck, make it.

Life is too precious, do not destroy it.

Life is a life, fight for it.

Life is just temporary, left it.

♡♡~(*^_^)♥(^_^")~♡♡

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 14 February 2015

Diet atkins gaya saya.

Assalamualaikum wbt :')

Oleh sebab dr.atkins tu abah kepada daddy saya.. jadi saya sesuka hati ubah cara diet atkins..hahaha jangan marah atkinsnator I gurau jer..

Rasanya ramai yang dah tahu atkins tu apa kan.. Saya pernah cuba diet atkins..clean diet. Bukan tak pernah cuba. Nak pengsan rasa. Tapi best la sebab berat boleh lost sampai 3kg dalam masa sehari... bestkan :') jadi in 3 days saya loss 5 kg. Tapi...azab sangat..pernah hampir pitam masa tengah berdiri.. tengan basuh baju. Tengah mandi. Tengah drive lagi bahaya..terpaksa berhenti kat tepi jalan sebab tangan terketar-ketar. Tak cukup tenaga. Last-last give up.

Saya start semula dengan fasa 1. Mula dari 11 september 2014 hingga 4 oktober 2014..lebih kurang 5kg loss weight. Tapi lepas tu berat tak turun-turun..statik jer...sakit pulak hati aii tau.

Kemudian saya stop dan start balik fasa 1 for 3 weeks....
4kg loss weight.. yeay :')

From january until february 2015..
Ada beza tak?? Ke sama jer..
Gambar ni saya ambik masa majlis pertunangan kawan saya pada 17 jan 2015 dan yang atas tu gambar 7 feb 2015.. ada beza tak? Hihihi :')

Saya nak start diet balik..nak nekad betul-betul untuk capai target loss 10kg lagi.. :')

Wish me luck ye.. (*^_^)

May everyone always have smile on their face :')

Wednesday 11 February 2015

Feb.rua.ry

Assalamualaikum.. :')

Dah masuk bulan februari dah kita ye??

February is little big special to me secara peribadi nyer.. pasai pe... pasai februari adalah bulan kelahiran aku. Adik aku pun lahir bulan yang sama cuma lain hari dan lain tahun jer.. :') dan februari jugak adalah bulan berkasih-sayang sedunia (valentine's day). I was felt like the whole world pun celebrate my birthday...

Hahaha over tak??

I tak sambut valentine's day. Tak pernah sambut pun sebenarnya...cuma valentine's day on february and my birthday's day pun on february...so automatically I ingat tarikh tu.. lagipun banyak sale on february tau.. so automatically jugak I felt very special..hahaha takde kaitan langsung kan.. :'P

Hahaha ada aku kesah.. :'P

My aunty offer to bake special meal for me..

Pizza and lasagna on my birthday.

Oh no..

Not on my birthday but a day before that.. :')

Fresh from oven.. :')
Homemade lagi..hihihi

Ok..sedap sangat.
Kalah secret recipe nyer lasagna tau..:')

Pizza paling sedap.. :')
Tinggal 2 slice baru ingat nak ambik gambar..hehe :'D 
I makan tak teragak-agak tau...sekejap jer licin makanan kat bekas I...padahal tengah diet tu..pandai aunty I pancing I supaya cheat diet..jahat tau.. :'( nasib baik la bila I timbang berat turun.. I punyer berat kena cheat baru turun..lau tak cheat langsung berat akan statik jer.. bagus gak kan.. boleh cheat selalu :')

Nota :') for those who wish happy birthday to me on fb on whatsapp on sms in ur heart (I tahu u malu-malu kucing nk wish kan..hihihi).. I really appreciate it.. thankyousomuchdear.. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 10 February 2015

Makhluk Alarm.


Assalamualaikum.. :') 

Sekarang ni setiap hari mesti ada makhluk berbulu masuk bilik I kejut I bangun pagi. Tak payah nak pakai jam loceng atau kunci jam handphone.. Pagi-pagi lagi (sebelum azan subuh) mesti menyiauw dengan bising nyer..

 Lau I tak bangun jugak makhluk ini akan mencakar-cakar tangan I..tak cukup dengan tu.. gigit-gigit ibu kaki I lagi.. pahtu tahu pulak bilik I yang mana satu..bilik kakak dan adik I makhluk ni tak usik pulak... 

Soo annoying tau.. nak tido pun tak senang.. dah la tak reti nak bersabar langsung...

Last-last I give up, I bangun dengan mata separuh terbuka separuh tutup pergi bukak periuk nasi, ambik ikan rebus..gaulkan biar sebati then bagi kat makhluk berbulu ni makan.. baru lah aman dunia I.. 

Ingatkan nak masuk bilik sambung tido..tapi bila tercium bau ikan rebus kat tangan terus terbantut...masuk bilik mandi n mandi pahtu tunggu solat subuh..then bersiap pergi kerja. 

Bagus kan makhluk alarm ni wat kerja.. pas makan dua ekor makhluk alarm ni pergi masuk tido.. I jugak yang kena berjaga pergi kerja... tak adil betul.. padahal I kerja tuk sara makhluk ni jugak.. ikan sekarang tengah mahai tau.. :'(

I lau set jam loceng mesti set 5 minit baru bangun...then 5 minit lagi...last-last minit baru nak kalut..sekarang I siap boleh sarapan pagi dengan family I lagi kat umah before pergi kerja.. thankyousayang :') :') :')

Meet my sayang uteh dan abu :')
Dua-dua pun I sayang :')

Uteh, alarm with loud speaker...
bising bangau kata orang tranung..hihi


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 1 January 2015

Puisi tahun baru 2015

Dum..dum..dum..
bunyi bunga api tanda tahun baru telah menjelma.
Terkenang kisah 2 tahun yang lepas..
Berada di tingkat paling atas di kolej Teratai
sambil melihat bunga api bertaburan dari bawah bangunan i-city
Bersama kawan baik merangkap rakan sebilik..
Memikirkan apa yang akan terjadi selepas tamat belajar..
Pelbagai perancangan yang di rancang.
Cita-cita, ketakutan, impian, dugaan yang bakal di hadapi.
2 tahun telah berlalu..
Mampukah aku mencapai cita-cita dan impianku?
Mampukah aku melawan ketakutan dan dugaan mendatang?
Kuatkah aku?
Tegakah aku?
Dan aku masih di sini
Merindui kenangan-kenangan bersama
Doakan aku kawan... :')
1 Januari 2015
01:11am

May everyone always have smile on their face. =)