Tuesday 28 July 2015

Bukan ostajah

Peristiwa ini berlaku petang tadi. Masa kelas tambahan. Pukul 3 hingga 5 petang.

Saya mengajar sekelas sepatutnya ada lebih kurang 30 orang pelajar. Tapi yang tinggal hanya 11 orang sahaja. Pelajar yang lain hilang tanpa jejak.

Saya mula nak mengajar, tapi masing-masing buat muka tak minat belajar. Masing-masing penat dan muka excited nak balik rumah jer. 

Uish...rosak mood saya nak mengajar.

Then, ada dua tiga orang pelajar minta izin balik awal. Ada juga yang minta saya batalkan terus kelas hari ni. 

Saya diam sekejap. Kemudian saya tanya pelajar saya.

Saya : Kalau saya batalkan kelas hari ni. Apa saya nak jawab kat mudir kalau mudir tanya saya?

Pelajar 1 : Teacher ajar la sikit-sikit lepas tu dah boleh balik.

Pelajar 2 : Teacher cakap la tak de pelajar dalam kelas hari ni.

Pelajar 3 : Teacher kita rilek-rilek sudah la. Tak payah belajar hari ni.

Pelajar 4 : Teacher, kami dah penat.

(Macam-macam lagi jawapan mereka)

Saya : Ok!! Kata kan lah saya batalkan kelas hari ni dan bagi awak semua balik awal. Lepas tu mudir tanya saya, saya pula cakap yang saya dah mengajar awak semua. Padahal saya tak mengajar pun. Lepas tu saya terselamat dari mudir. Macamana pulak nanti bila Allah yang tanya saya. Apa yang saya nak jawab?

Masing-masing terdiam.

Akhirnya kelas ini berjaya tamat tepat pada masanya.

Hehe :'D

Untung mengajar di sekolah agama sebab kalau kita cakap sikit pun mereka boleh terima dan faham. Mungkin dah hari-hari kena tarbiah dengan ostad dan ostajah mereka kot. Tapi saya bukan ostajah..hihihi :)

Form 1

Geng kakak-kakak form 3.

Dorang kalau bab selpie memang terbaek..hihihi :)

Semoga berjaya dunia akhirat.

Sayang korang semua..

Last day with them. Winduu ~~'

SMU(A) Meheliah Geting dalam kenangan. :'D

May everyone always have smile on their face. =)