Thursday 1 January 2015

Puisi tahun baru 2015

Dum..dum..dum..
bunyi bunga api tanda tahun baru telah menjelma.
Terkenang kisah 2 tahun yang lepas..
Berada di tingkat paling atas di kolej Teratai
sambil melihat bunga api bertaburan dari bawah bangunan i-city
Bersama kawan baik merangkap rakan sebilik..
Memikirkan apa yang akan terjadi selepas tamat belajar..
Pelbagai perancangan yang di rancang.
Cita-cita, ketakutan, impian, dugaan yang bakal di hadapi.
2 tahun telah berlalu..
Mampukah aku mencapai cita-cita dan impianku?
Mampukah aku melawan ketakutan dan dugaan mendatang?
Kuatkah aku?
Tegakah aku?
Dan aku masih di sini
Merindui kenangan-kenangan bersama
Doakan aku kawan... :')
1 Januari 2015
01:11am

May everyone always have smile on their face. =)