Monday 6 August 2012

TINGG!


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 4 August 2012

Completely done, struggle to the next stage

Sambungan dari No Title, just want to share

Lepas exam PDE paper ke-4 saya ialah Algebra II. Senang bagi yang teror tapi saya yang tak terror ni. takde la senang sangat.hukhukhuk :',( (kesat hingus)


Last exam saya 14hb iaitu fizik II. Malam sebelum exam saya stay up kat bilik kawan saya dekat mawar. tinggalkan Teratai bunga indah buat sementara waktu. Masa last paper, banyak sangat dugaan. Dugaan emosi..sebab kebanyakan student dah abis exam dan mereka berpesta ria. Kemudian masa tu pulak la kena register kolej baru, kena print poster, design template dan macam-macam lah kena siapkan untuk presentation fyp. Mujurlah saya ada group member yang sporting dan memahami. Kerja susah pn boleh jadi senang.. tq aida & k.yah : )


Before presentation fyp lak. kitorang (saya bersama group member) bertungkus lumus menghias booth. Masa tu bru jer nak rasa lega sebab bru lepas abis exam tapi tak boleh lagi nak lega sangat sebelum abis presentation fyp. Aida paling bersemangat, siap beli bunga 6 kuntum dan tak masuk pasu lagi tu. Last-last terhasillah booth kitorng yang bertemakan warna merah.

Tarraa....


group member: kyah & aida
hehehe...sekian. ^_^

May everyone always have smile on their face. =)