Saturday 21 January 2012

Koleksi Mutiara Kata Al-Qurni

Assalamualaikum....salam ceria buat semua..
kali ni saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang saya ambil dari buku koleksi mutiara kata al-qurni
buku ini adalah hadiah dari kawan saya kepada saya..
saya sangat berterima kasih atas pemberian yang tak seberapa ini kerana..
ketika buku ini saya terima saya sedang bersedih..
kesian kawan saya...terpaksa melayan perasan sedih saya..
kebetulan ketika itu kawan saya pun sedang bersedih juga..
kami sama-sama sedang bersedih...;)

dalam buku ini terdapat seratus dua puluh empat mutiara kata
dan mungkin salah satu dari seratus dua puluh empat mutiara kata akan terkesan pada diri anda..
tak mustahil kan??

#1 Mutiara Kata
Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang saleh.

#2 Mutiara Kata
Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahnya dan tidak membocorkan rahsia anda.


#3 Mutiara Kata
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datanya kesusahan dan kesedihan.


#4 Mutiara Kata
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.

#5 Mutiara Kata
Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.

#6 Mutiara Kata
Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan,dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.

#7 Mutiara Kata
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada mengangur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.

#8 Mutiara Kata
Bersendirian lebih baik daripada kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara berfikir adalah ibadah dalam bentuk yang lain.

#9 Mutiara Kata
Beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaul adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan tidak bermanfaat.

#10 Mutiara Kata
Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugiaan.
  
NotaKaki:: eh..eh..kata banyak tapi kenapa sampai no.10 jer..huhu
Nanti ada masa saya sambung taip mutiara kata sampai habis yer....hehe ;)

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 13 January 2012

Bilik di serang beruk.

tak sangka beruk ni ganas jugak ye..
dulu saya ingatkan jinak jer..
lebih kurang macam kucing ker, arnab ker..
boleh main belai-belai macam tu..
rupa-rupa nyer tak...

sebelum ni kawan saya ada bagitau yang dia trauma dengan beruk.
ada kes beruk masuk bilik dia dan rompak makanan kat bilik
saya gelak kan jer..
yelaa..binatang tu kecik jer kan.. 
sekali 'hah' kan jer terus lari beruk tu..

macam kelakar bila cakap beruk serang bilik
tapi realiti nyer tak
saya sendiri pun dah macam trauma..
tu la dulu asyik gelak kan orang jer kan..
mana tak nya balik dari beli makan tengok ada beruk dalam bilik tengah gigit epal.
selamba jer muka beruk tu...ish geram betul
dah la tu...banyak kali halau pun tak nak keluar..
siap boleh tunjuk gigi lagi kat kita..
masa beruk tunjuk gigi tu rasa macam seram jer..
takut kena gigit..
kan tak pasal-pasal kena masuk hospital
tak pun masuk paper 'Berita Harian'
seorang budak uitm parah di gigit beruk..haha

alhamdulillah tak terjadi apa-apa..
nasib baik ada heroin saya.. si diba.
dia tu berani sikit..
beruk ni bila tengok kita berani dia pulak yang takut..
terus lari tapi still usha-usha saki baki epal yang dia gigit tadi
saya campak kan jer epal tu kat luar..

pesanan ringkas:: kepada encik-encik beruk...lain kali jangan datang bilik kami lagi tau..kami dah kehabisan epal...lagi satu terima kasih lah sebab sudi sepah kan bilik kitorang...huhuhu~~*

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 12 January 2012

Cinta pandang pertama.

Assalamualaikum...bloggers.
ni saya nak bercerita pasal cinta pandang pertama.
ye..memang sekali pandang terus jatuh cinta...
macamane nihh??
ensem sangat..sumpah macho tahap dewa..

 Nikon D3100 Red color

Nak ni...nak dia ni..nak jugak...
hensem kan??
macho kan??
malam ni mimpi dia.
ok bye ^_^
 
notasukasuki:: saya review kamera nih lepas tengok wishlist dalam blog Dena Bahrin...patut ar si dena tu terus terima proposal lepas tunang dia bagi kamera nih dan bunga plus video suweet giler..untung la dena..dah la tunang ensem tambah ensem lagi bila bagi kamera macho cangini....saya jeless...haha kbai..

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 6 January 2012

Dari Dia kita datang pada Dia jua lah kita akan kembali.


Petang final exam dan pagi tu jugak dapat tahu yang tok ayah dah pergi buat selama-lamanyer..
sedih nyer rasa...

tak dapat tatap wajah terakhir tok ayah..

mohon kawan-kawan sedekah kan al-fatihah untuk arwah tok ayah saya..
semoga roh nya dirahmati dan dicucuri Allah.....
Dia dah pergi...turn kita pulak bila?? entah kan esok entah lusa.. :'(

MooD:: sedih sgt...lusa ada exam lagi...hati dah ada kt rumah..mcmane ni?? 

May everyone always have smile on their face. =)

Just want to say thank you.

Syukur.....Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan kerana telah menemukan saya dengan dia.
dia sangat baik.
dia sangat penyayang.
dia sangat lembut hati.
dia dah banyak tolong saya.
di saat saya kecewa.
di saat saya dah putus asa.
dia tetap terima saya.
tak kira apa jua pun rupa saya saat bersua muka.
dia tetap terima saya dengan hati terbuka.
walaupun saya dah berkali-kali mengecewakan dia.
tapi dia tetap bagi harapan kat saya.
dia tetap bagi peluang kat saya.
terima kasih.
terima kasih banyak-banyak..
hanya allah yang dapat menbalas segala jasa baik dia.

oh....siapa dia tu???
BIARLAH RAHSIA..haha

Mood: happy sangat..
semoga saya dapat jawab exam dengan tenang dan dapat grad yang baik..amean .^_^.

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 1 January 2012

Selamat Datang 2012.

Assalamualaikum...semua
selamat datang tahun baru 2012
 saya berdoa semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum
saya berharap tahun ini adalah permulaan untuk lebih berjaya dan terus berjaya 
saya memohon semoga di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat...
amean..

 semoga penulis lebih rajin belajar, lebih berakhlak mulia, lebih berjaya, lebih ramah, lebih pemaaf, lebih pemurah, lebih kurus, lebih cantik, lebih segala nyer...eh..eh macam lebih-lebih pulak kan..kbai..
hehehe

May everyone always have smile on their face. =)