Thursday 5 March 2015

Majlis akad nikah & majlis bertandang

Ini adalah sambungan dari entri abang ipar.

Sebelum dapat abang ipar mesti la kena adakan majlis akad nikah kan?? Hihihi majlis akad nikad di adakan pada hari yang sama ngan majlis kawen. Which is hari selasa iaitu 24hb feb 2015. Ada peristiwa yang agak sedey dan agak lucu sebenarnya masa majlis akad nikah dan majlis bertandang... Aku citer yang lucu dulu.. nati kita berdrama winter sonata pulak ye...hihihi ~~'

Ok..camni citernyer..
jeng jeng jeng <--- this is sound effect.hihi :')

Biasa kita dengar pengantin lelaki yang gementar masa nak lafaz akad kan.? Jarang - jarang kita dengar ayah pengantin perempuan yang gementar.. Ini tak..dua - dua gementar. Sorang gementar pertama kali nak kawen.. sorang lagi pulak gementar pertama kali nak lepaskan anak perempuan kesayangan.. hihi :')

Asalnya ayahanda (which is ayah aku) wakilkan iman suh jadi juru nikah tapi tiba - tiba jer masa kat masjid, iman pas kat ayahanda. Pahtu macamane tah ayahanda boleh ter'loud speaker' masa tu.. Satu masjid boleh dengar suara dia. Apa lagi terkejut pengantin lelaki.. dah la tengah gabra nak lafaz akad nikah.. terkejut ayah pengantin perempuan ter'loud speaker' plak. Memang hilang abis ayat yang di hafal. Banyak kali lafaz masih tak sah - sah lagi..kesian. :'(

Kami yang biasa dengar suara ayahanda pun terkejut.. apatah lagi orang yang jarang - jarang dan tak biasa dengar..memang terkejut habis la.. tapi nasib baik lepas tu ayah sedara bakal abang ipar (masa tu belum jadi abang ipar lagi..hihihi) bawak keluar dari masjid untuk tenang kan bakal abang ipar dan pergi ambik air sembahyang..nak bagi hilang gemuruh.. dah hilang gemuruh..baru lah ok.. lepas tu sekali lafaz dah sah jadi suami kepada kakak kesayangan.. Alhamdulillah :')

Baru aku tahu...rupanya susah jugak ye nak kawen ni..hihihi patut la seorang isteri kena taat pada suami.. sian kat suami bersusah payah... tapi si suami pun kena la hargai kesusahan masa nak akad nikah tu.. jangan lepas ni pasang angan - angan nak pasang sorang lagi pulak..
eh eh apa aku mengarut ni..ish..ish sori korang.  back to our story.. :')

Dah dapat abang ipar mesti lah ada majlis hantar menantu pulak atau pun jugak di panggil majlis bertandang. Majlis bertandang berlangsung 2 hari selepas majlis akad nikah. Kira nikah hari selasa hantar menantu pulak hari khamis. Kebetulan hari tu jugak aku banyak kerja nak kena setel kan. Pagi - pagi lagi aku dah keluar umah pergi bandar untuk urus kan beberapa urusan..

Terpaksa lah pengantin baru berdikari drive kereta sendiri pergi umah mak sedara aku untuk mekap dan touch out semua.. Pahtu tengahari tu, ayahanda dah bising sebab takde orang nak drive. Penumpang ramai, kete banyak tapi driver tak de.. terpaksa impit ramai - ramai dan import adik laki suh jadi driver.. :'( 

Pahtu hantar menantu macam biasa la.. macam yang selalu korang tengok kat majlis bertandang.. tak beza sangat pun. Tapi time nak balik tu..tiba-tiba aku rasa sebak..isk isk :'( tak sanggup rasa nak berpisah ngan kesayangan. Aku mula pikir..nati dah tak sama.. dulu hari - hari jumpa.. sekarang dan akan datang mana boleh hari - hari jumpa dah.. kakak aku dah ada big responsibility.. nak kuar mana - mana mesti kena mintak izin suami. Nak buat apa- apa pun sama jugak. Tiba - tiba aku rasa kehilangan sangat.

Arisya, aku, adik perempuan bongsu,
kakak kesayangan dan aniq

Aku rasa bukan aku sorang yang rasa camtu, ayahanda, bonda dan adik -adik aku pun rasa benda yang sama. Paling ketara ayahanda la. Selalu jer menyebut. Dia paling rapat ngan kakak aku.. biasanya tiap - tiap hari lepas akak aku balik sekolah, mesti bergosip kat bilik ngan kakak aku.. tiba - tiba masuk bilik akak aku dah tak de..huhu kesian ayahanda

Dan aku tahu akak aku pun rasa benda yang sama jugak. (Which is rindu kat kitorang) Tapi kakak aku ni jenis yang cool jer. Lau sedey elik jer.. lau happy pun muka dia nampak biasa - biasa jer.. berbeza ngan aku.. aku kalau sedey dan - dan tu jugak aku nangis.. memang tak boleh nak tahan - tahan dah. Begitu jugak lau aku happy.. mesti aku akan senyum sampai ke telinga.. aku jenis tak pandai nk sorok - sorok feeling aku.

Hari pertama, aku ok lagi. Hari kedua biasa - biasa jer. Masuk hari ketiga aku whatsapp akak aku.

A: Cieyyy..
K: Bakpo??
A: Aku teringat kat ko.. :'(

Dan - dan tu jer hujan turun dengan lebatnya...basah kat pipi dan lengan aku.. aku pun heran..biasa tak macam ni..apa pasal aku emo sangat hari tu.. rupa - rupa nya kawan baik yang selalu datang tiap - tiap bulan nak datang..ekekeke patut la..hihihihi :') rasa nak lempang diri sendiri jer..hahaha

Belanje gambar pengantin baru..
hihihi :')
Dah..

Dah tamat drama swasta aku..hihi

Assalamualaikum. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 3 March 2015

Abang ipar

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah....baru jer lepas kenduri kawen kakak kesayangan. Terbaek. Majlis simple jer tapi sambutan sangat-sangat-sangat meriah. Berapa banyak sangat daa.. Rasa macam sambut hari raya jer. Majlis berjalan lancar. Dari mula sampai ke sudah. Dan paling best aku dapat abang ipar..hehehe eh apa pasal aku pulak yang terlebih excited ni.. :')

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak abang.. Abang kat sini bermaksud abang kandung la ye.. bukan abang angkat, abang sepupu ataupun che abe.. tapi semua tu mustahil sebab mak aku lahirkan seorang kakak untuk aku sebelum aku dan aku adalah anak kedua..memang mati hidup balik takkan ada abang kandung kan??...hehe pasrah jer la.. Aku siap menangis kot mintak mak aku lahirkan seorang abang untuk aku...hahaha perangai entah apa-apa...buat malu kaum jer.. haip :')

Tapi bila aku dah dewasa sikit..aku rasa bersyukur sangat takde abang.. sebab kawan-kawan yang ada abang selalu mengadu kena buli ngan abang, abang suka mengongkong la, tak boleh buat itu la, buat ini salah, dan macam-macam lagi.. masa tu aku rasa best giler ada kakak..hihihi :') dan kakak aku memang seorang yang best kot..

Paling best kakak aku boleh bagi seorang abang.. which is abang ipar.. bertambah sorang lagi ahli dalam keluarga aku. So abang ipar...welcome to our jannah. :') Bagi aku keluarga adalah syurga di dunia.

Ingatkan abang ipar....
rupa-rupanya adik sendiri. Hihihi :')

Next..bakal terima sorang lagi ahli keluarga. Semoga di permudahkan urusan semua nya. Amin :')

May everyone always have smile on their face. =)