Saturday 8 August 2015

Busuk yang wangi hodoh yang cantik.

This is my story...
Ketika aku masih berstatus pelajar.

Aku ada seorang kawan yang sangat prejudis dengan orang kelantan.

Semua pasal kelantan bagi dia sangat membencikan.

Dengan takdir Allah dia ter'berkawan' dengan aku yang memang pior dari kelantan. 

Kawan aku pernah cakap, kalau mula-mula dulu dia kenal aku dan dia memang dah tahu aku ni asal kelantan. Mesti dia awal-awal lagi tak nak berkawan dengan aku. Tapi oleh sebab dia tak tahu dan dah terlanjur berkawan dengan aku. Kami tetap jadi kawan.

Hari-hari dia kutuk kelantan. Mula tu rasa geram jugak. Tapi aku biar kan jer. Bagi aku apa yang dia cakap tu hanya lah pendapat dia sahaja. Dan pendapat dia tak semestinya betul.

Kami tetap berkawan.

Satu hari kami pergi pasar. Aku pergi beli nasi kerabu.

Masa tu lah kawan aku cakap kat aku. Nasi kerabu adalah nasi yang paling dia tak suka. Tanpa rasa bersalah pulak tu kutuk depan-depan aku.
Aku tanya dia kenapa tak suka nasi kerabu? Kawan aku cakap sebab warna nasi tu hodoh lepas tu pulak ada sos bilis yang entah apa-apa. Bau busuk lak tu. Hamboi sedap hati dia jer kutuk feberet aku. 

Aku tanya dia. Ko pernah rasa ke nasi yang ko cakap hodoh dan busuk tu.
Kawan aku cakap tak pernah.

So aku cakap kat dia. Apa kata kalau ko cuba rasa nasi hodoh tu.

Sekali dia ngap..terus jatuh cinta..hahahaha :'D

Tu la...lain kali 'Dont judge book by it cover.. try to open it and explore it. I am sure you will be falling in love with it'.

Mana tahu yang busuk tu sebenarnya wangi dan yang hodoh tu sebenarnya cantik. You'll never know kan. :')


My feberet ever.. :')

May everyone always have smile on their face. =)