Tuesday 29 May 2012

Pesanan buat Adam dari Hawa.

Assalamualaikum to all my reader.....(^_^)


Saya nak share satu cerita yang saya baca.....


Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur Dan Hawa Melahirkan Anak Saat Dirinya Terjaga.


Fitrah seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya fitrah seorang perempuan, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah rasa sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakitnya saat keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari ketika Adam sedang tidur, agar Adam tidak merasa sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu(jantung dan hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah untuk menjaga qalbu, kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi hati.Sementara Adam diciptakan dari tanah untuk menjadi petani, tukang besi dan tukang kayu untuk menyara dan melindungi isterinya.

Seorang wanita selalu berinteraksi dengan hati dan perasaan kerana wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang wanita yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang setia.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok kerana jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok secara serta merta maka dia akan mematahkan perasaan yang ada pada diri seorang wanita.

Maka wahai Adam jangan lah merendahkan perasaan Hawa, kerana dia memang di ciptakan seperti itu.
Dan apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air matanya. Itu bererti dia menangis di dalam hatinya.

Apabila wanita tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, maka lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Wanita juga sukar untuk mencari sesuatu yang di benci pada diri seorang yang paling dia sayang.
✿~ LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..

✿~ WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 26 May 2012

My wishlist have been checked.

Assalamualaikumwarahmatullaahitaalawabarakatuh.....<-------bagi salam panjang ni, korang kena jawab panjang gak tau.. ;P

Baru-baru ni saya dan kawan-kawan kolej saya merancang untuk berkelah kat air terjun..rancang punya rancang tapi cancel last minute...tak ke kecewa tu..hukhukhuk :'(

Saya kecewa lalu membawa hati yang lara ke Pasar seni...alang-alang kt pasar seni saya contact my bestfren ever tuk keluar...kebetulan kawan saya ondaway nak balik hostel...kami jumpa, makan-makan dan jalan-jalan...sebenarnya kami dah lama tak jumpa...last jumpa awal tahun 2010..tu pun masa awal-awal saya datang shah alam..dan sekarang dah 2012...rindu sangat..hihi~~"

1st time dating after diploma.
Dia adalah kawan saya sejak saya sem 1 diploma lagi...dan merupakan my ex-rumate...ketawa dengan dia, bergaduh pun dengan dia dan menangis pun dengan dia jugak lah....senang citer dia ni tukang sapu hingus saya..hahaha tapi sekarang kami bawa haluan masing-masing...sorang kat UPM dan sorang lagi kat UiTM....^_*

2nd time dating kat Masjid Jamek
Alhamdulillah....walaupun perjumpaan kali ni tidak dirancang tapi saya rasa gembira sangat...mungkin sebab saya dapat ganti perasaan kecewa tak dapat berkelah kepada perasaan gembira jumpa kawan lama...so nice : ). kami rancang dating lagi tapi tak pasti bila sebab masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing....mungkin kami akan jumpa sepuluh tahun yang akan datang...masa tu masing-masing dah bawa anak dan cucu sekali join reunion...hihi (~.~")


Balik dari dating saya tak balik dengan tangan kosong...ada sesuatu yang saya bawa balik..jeng..jeng..jeng.. saya bawa balik PURSE yang cantik...ce tengok wishlist saya....petak purse telah di tanda kan...hehehe :D
bukan senang saya nak berkenan kat satu-satu barang tu..once saya dah terpikat terus saya melekat...nasib baik ada bawa duit lebih kalau tak saya tak nak balik kolej....nak duk kat kedai beg tu jer..hahaha (stail budak kecik nak kan barang...tak nak lepas benda tu..pahtu terguling-guling mintak mak belikan..haha)

Jumpa kawan lama juga termasuk dalam
wish list yang tidak disenaraikan..hehehe C;

Gambar yang suuweet sangat tu saya cilok kat blog Teratak Saya....ampun yer cik mimosa...hikhikhik

May everyone always have smile on their face. =)

Monday 14 May 2012

SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI


aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa..sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika hidup/selepas mati..ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang..semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri..aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak akan luntur dalam suka atau duka..jika aku dapat,aku ingin setia padanya..(imam syafie)

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah... : )
Buat sahabat-sahabat saya...terima kasih di atas ukhwah yang telah terbina...terima kasih kerana sudi bersama-sama saya di waktu senang dan susah...jasa korang akan saya kenang sampai bila-bila.. ^_*


May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 6 May 2012

Dari Dia kita datang pada Dia jua lah kita akan kembali. (Part 2)

Awal pagi saya dapat panggilan dari kawan saya..
katanya nak mintak tolong saya carikan adik dia kat kolej.
katanya lagi dari semalam tak dapat hubungi adik dia.
saya tertanya-tanya jugak...kenapa ye?
 adik kawan saya tu kena culik ke?
atau pun lari rumah tak balik-balik ke??

Kawan saya cakap nenek dorang meninggal dan adik dia pulak tak dapat di hubungi...
**inalillahi wainailaihi rajiun
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan kepada Allah dan kepada-Nya, kita akan kembali)

**terkenang masa mula-mula saya dapat tahu berita kematian datuk saya..
terasa kaki ini tak gagah lagi untuk berdiri...
padahal masa tu saya sangat bersemangat nak pergi jawab peperiksaan akhir..
saya terbayangkan senyuman terakhir atuk saya..
sebab perkara paling last yang paling saya ingat ialah dia senyum mesra kat saya..
masa tu saya tak terpikir pulak yang itu adalah senyuman terakhir atuk saya kepada saya...
kalau lah saya tahu... 
dan kebetulan atuk saya meninggal 6/1/2012 dan nenek kawan saya 6/5/2012

Untuk kawan saya dan keluarga... ucapan takziah daripada saya..semoga roh arwah di tempatkan disisi orang-orang yang beriman...Amean

*dia--> merujuk kepada kawan saya.


p/s: Adik kawan saya dapat dihubungi selepas jam 4 ptg....saya harap dia juga tabah.


May everyone always have smile on their face. =)

12 Things You Should Know About Kelantanese



1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya



3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.



6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.


7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.



8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.



9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).



10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.


11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality


12 . Kelantan adalah negeri juara perpaduan


Pernah tengok tak kat negeri lain,masyarakat Cina,India, dan Melayu bersatu??Kat Kelantan,kaum-kaum lain lebih gemar menggunakan bahasa kelantan berbanding bahasa mereka.Ini terbukti dalam percakapan mereka.Kalau tak percaya,cuba  tegur orang Cina Kelantan dan suruh mereka cakap bahasa Kelantan,pasti tatabahasa mereka lebih 'power' kerana kehidupan mereka lebih menekankan kepada sifat bersatu padu dan tak heran lah kalau anda terjumpa masyarakat Cina Kelantan yang pandai menulis Jawi dan turut serta dalam majlis kenduri kaum Melayu.Malah,kaum Cina dan India rata-rata sangat peramah berbanding kaum mereka di negeri-negeri lain.


credit : http://budakqlate93.blogspot.com/2012/05/12-things-you-should-know-about.html?m=1

NotaAnakKelate:
saya bangga jadi anak kelantan..wee~~ ;D
 May everyone always have smile on their face. =)