Sunday 29 September 2013

Peristiwa Hari Guru.

Pagi-pagi lagi, bila saya sampai jer kat sekolah.
Seorang pelajar puteri datang kat saya dan peluk saya sambil cakap
"Cikguuu....saya sayangg cikgu."
Saya terkaku sekejap..

Kemudian datang beberapa orang pelajar puteri yang lain dan buat benda yang sama
(peluk saya dan cakap saya sayang cikguu).
Hairan jugak... kenapa ye??..
Bila saya tanya, mereka akan cakap
"Kami semua pun sayang cikgu jugak"..

Kemudian saya tinggalkan mereka-mereka dengan tanda tanya kat kepala saya..
Hahaha kelakar..Saya lupa, rupa-rupanya arini adalah hari guru.
Dapat tahu pun sebab saya dengar cikgu-cikgu lain tengah bercakap pasal tu kat opis.
Patut la pun... : )
Dear students,
'Cikguuu pun sayanggg sangattt kat kamu semua...'.
^___^

Bertahun saya pegang title sebagai seorang pelajar tapi tak pernah nak cakap yang saya sayang cikgu-cikgu saya. Walaupun sebenarnya memang sayang tapi malu nak cakap depan-depan. Jadi saya nak ucapkan HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua cikgu-cikgu yang dah banyak berjasa.

Terima kasih cikgu dan saya sayanggg cikguu : )

May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday 18 September 2013

Hari Malaysia dihayati dengan...


…Majlis pertunangan Wani & Shahmi.

To both of you..

Nothing to say but..

 Congratulation dear friends

And I’m so happy for you.

7 tahun menunggu…
dan akhirnya selamat bergelar tunang.

One step closer.. 

Semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin..

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..

Semoga berbahagia sehingga ke syurga..

Save the date 16 September 2013


This is Wani…santiknyer dier :)


This is tunang tak rasmi wani

Ni pulak gambar sudah rasmi menjadi tunang…
.
.
.
.
.
.
.
.

.

.

.

.

Malu-malu kucing gitu…hihihi~~”
(ya ampun….jangan marah ye…lalalalala)


Sedikit tazkirah untuk hari ini,

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya yang lain." [HR Muslim]


Nota kaki??
Terima kasih sebab ajak saya balik Gua Musang(ni nama daerah tau..bukan nama gua). Saya gembira dengan suasana kampung, dengan keramahan keluarga wani dan dengan kemeriahan majlis. Weekend yang sangat bermakna buat saya. ^_^

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 13 September 2013

2010 to 2013

Assalamualaikum…..

Baru-baru ni adik kesayangan yang belajar kat Universiti Al-Azhar Mesir baru tiba di Tanah air tercinta. Saya dapat tahu bila Ayahanda tiba-tiba telefon cakap adik dah sampai kat KLIA. Wah…lama wei tak jumpa budak nakal tu.. hampir 3 tahun rasanya…lama tuh.. rasa bila jumpa nak picit-picit jer pipi dia..tapi sayang nya saya kat putrajaya dah adik pulak dah selamat tiba di Kelate skg nih..huhuhu


Kebetulan 2 sept yang lepas, sepupu saya mendaftarkan dirinya di usim, negeri sembilan…ayahanda ,ayah sedara, mak sedara dan adik-adik pun ikut sama..saya apa lagi, menggunakan kesempatan yang ada.…cepat-cepat sms ayahda suh singgah ptrajaya kejap…jumpa sekejap pun jadi lah…boleh lepaskan rindu..muahahaha (padahal diri sendiri yang tengah homesick sejak dapat panggilan dari Ayahanda aritu.)

Ni gambar sebelum pergi merantau....


3 tahun merantau kau makin kuruih yer dik…kesian sangat…doh duk kat kampung tuh makan la banyak-banyak sikit....tak pun meh kak ngah transfer lemak kakngah kat apik..nak dok??hahaha

pssttt...banyak perubahan fizikal yang saya nampak kat adik saya. Semakin matang budak ni..maknanya iouss dah makin tua la kan?? Oh no...huhuuhu~~"

  May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 10 September 2013

Fobia

Setiap orang pasti ada sesuatu yang paling tak suka @ fobia. Betul tak??

Saya paling fobia dengan ulat sampah

Pernah suatu ketika dahulu ex-housemate pedajal saya dan rumate dengan meletakkan ulat sampah ke dalam baldi kain kitorang yang baru nak basuh. Cuba bayangkan macamane saya dan rumate nak buang satu per satu ulat sampah tu dan basuh semula baju-baju kitorang...yuck gelinya :'( 

Sampai sekarang fobia tu tak hilang..huhuhu~~"

Sekarang terpaksa menghadapi situasi yang sama dalam keadaan yang bebeza. 

Pernah ternampak ulat-ulat  tu menari-nari dalam kuali yang hampir seminggu tak basuh dan semalam nampak lagi ulat-ulat tu dalam bakul sampah yang beberapa hari tak buang. Dan dengan rasa berat hati dan mual+geli terpaksa ambik sampah-sampah tu dan buang keluar rumah. Satu rumah bau sampah tau. 

Nak cakap pun tak terluah.. 

Sebab mulut kena zip ketat-ketat, banyak hati nak kena jaga :'(

 May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 5 September 2013

I'm conscious one thing.

Cinta adalah bersebab dan apabila hilangnya sebab maka hilang lah cinta.

Contoh la kan.

Saya cintakan awak....

...sebab awak handsome

...sebab awak cute

...sebab awak comel

...sebab awak nakal

...sebab mata awk bundar

...sebab awak giler

...eh??

...err...maksud saya awk cantik giler

...hehehe :P

...ok..bye

hilang nya sebab maka hilang lah cinta...

kat dunia ni ada ke benda yang kekal???

tak ada kan??

jadi cinta pun tak kekal.

boleh datang dan pergi bila-bila masa jer.

saya pernah dengar orang cakap.

`Aku cintakan kamu kerana agamamu, hilang agamamu maka hilang lah cintaku padamu`


May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday 4 September 2013

Mood percutian di Pangkor :)

Assalamualaikun :)

Mari menempuh hari yang baik dengan mood yang osemm. Teehe~~

Sampai jer kat opis 'ter'jumpa helaian edaran tentetif percutian kat Pulau Pangkor...wah.wah.wah. excited terlebih ni.. terus grab helaian tentatif dan tengok helaian demi helaian..ada 2 helai jer pun..hehe Sebenarnya bukan percutian sangat pn, semua ni adalah kursus kecemerlangan anjuran cawangan kewangan. Kursus pun kursus la..janji dapat pergi bercuti dan yang paling best semua nya free..dah nama nya kursus harus la company yang sponser. bru la gempak..ye dok??

Nak tahu apa aktiviti yang ada.??
  • Mini Explorace
  • Snorkeling
  • BBQ
Best tak aktiviti dia? Macamane la tuan rumah tak excited terlebih kan??

Hari Pertama (6Sept2013)
Check in
Makan malam
Modul 1 (Ice breaker)
Modul 2
Minum Malam

Hari Kedua (7Sept2013)
Senaman pagi
Sarapan pagi
Modul 3
Minum pagi
Modul 3 (samb.)
Makan tghari/Solat zohor
Modul 4
Minum petang
Modul 5 (Snorkeling)
Makan malam (BBQ)
Modul 6
Minum malam

 Hari Ketiga (8Sept2013)
Senaman pagi
Sarapan pagi
Modul 7
Minum pagi
Modul 8 (Aktiviti padang)
Majlis penutup & penyampaian sijil
Makan

Untuk aktiviti yang osem ni, tuan rumah telah bershopping 2 helai t-shirt (untuk aktiviti luar), 1 tudung syria (sayang nak pakai tudung yang selalu pakai untuk ke opis) dan yang paling penting BB cream (sunblock dengan spf 50). Ok la kot?? Tak payah nak beria sangat..ekekeke..

Sekian dulu..bye

May everyone always have smile on their face. =)