Tuesday 20 March 2012

The new header of Teratak Saya..~

Assalamualaikum...semua.
Well saya bukan nak bercerita pasal Teratak baru saya..
tetapi teratak baru cik mimosa yang cun melecun ni..muahaha~~



Lawa kan? Saya jelessszz..hehehe :-)


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 15 March 2012

J.K tu adalah Jiwa Kacau.


Assalamualaikum
Tajuk entry pun korang leh agak kan..
yang owner blog ni tengah Jk..
yang tak tahu Jk tu apa..
ni saya nak cakap yang Jk itu adalah Jiwa kacau.
dah tau tu jangan nak cari pasal tanya Jk tu apa lg..
natikan bertambah-tambah jk nya....muahahaha :)

Ok..sejujur nya sekarang saya tengah pening menyusun jadual kelas..
aduyai....tiap-tiap awal sem mesti ada jer masalah kan.
tp alhamdulillah sem ni Allah telah permudahkan saya satu jalan
iaitu masalah tempat tinggal.

Biasa nya awal sem mesti saya sibuk buat permohonan rayuan kolej.
(sebab tak pernah dapat kolej secara permohonan biasa)
tapi alhamdulillah sem ni tak payah susah-susah sebab awal-awal lagi saya dah tau dapat kolej.
saya masih di kolej Teratai 1 tapi bilik yang lain dan dapat rumate baru.
Sem lepas rumate saya adalah Icha Shariah dan Yana Ismail.
Sem ni masih satu bilik dengan Icha Shariah tapi..........
takde jodoh nak ber'rumate' ngn yana sbb yana tak dapat kolej..huuhuhu :'(
nati de masa saya cerita perihal rumate-rumate saya yer...
tapi tuk entri kali ni saya nak cerita sal jadual kelas..
geram dengan susunan jadual kelas yang memeningkan kepala sbb asyik nak clash jer.
saya seakan putus asa.....dah tak tahu nak pikir camne saya call ayah saya
mengadu nasib kat ayah saya.....huhu~~"
Ayah saya cakap "Setiap masalah Allah dah sediakan jalan penyelesaian nya..
Allah jugak bagi akal untuk kita berfikir. Jadi kita kenalah guna kelebihan yang Allah bagi tu untuk fikir jalan penyelesaian nya. " 
Terdiam sekejap bila dengar cakap ayah..hehe
Ok lah...no more Jk. Sekarang pikir masa depan. ^_^

Peace..
Bila tension saya suka tengok gambar adik.
rindu nak dengar celoteh si kecik ni..isk :'(



May everyone always have smile on their face. =)

Monday 12 March 2012

A Crazy Little Thing called love.

Cerita ini berkisar tentang gadis biasa berumur 14 tahun bernama Nam. Dia tidak menarik, simple dan jugak hodoh. Dalam masa yang sama, Nam jatuh cinta dengan seorang lelaki yang lebih tua dari nya (senior sekolahnya) iaitu Chon. Chon seorang yang popular, sempurna dan murah hati. Ini membuatkan Chon menjadi perhatian semua pelajar perempuan di sekolah mereka termasuk Nam. Nam cuba untuk menjadi yang terbaik dan buat segala-gala nya untuk kelihatan cantik kerana ingin memikat Chon. Akhirnya selepas berubah menjadi cantik Nam cuba meluahkan perasaan nya terhadap Chon. Tetapi malang nya Chon sudah mempunyai kekasih hati....nak tau kesudahnya?? tengok la sendiri citer ni..best taw. Rugi lau tak tengok.. Saya bagi lapan bintang dari sepuluh bintang.. ^_^
Tengok citer ni teringat masa sekolah dulu-dulu.
Crash ngn sorang mamat ensem
suka sangat kat lelaki yang lebih tua(senior).
Wakahkah :D

Perkara yang kita akan buat bila sudah jatuh cinta
1. Buat-buat nak pergi tandas tapi sebenarnya nak intai Dia buat apa kat kelas.
2. Asyik pandang dia jer time perhimpunan dengan harapan Dia jugak pandang kita balik.
3. Sayang kalau tak pergi kelas sebab kat rumah tak boleh tengok Dia. 
4. Semangat berkobar-kobar nak pergi sekolah sebab boleh tengok Dia jer. 
5. Kalau tak pandang muka Dia satu hari rasa tak lengkap hidup. Dapat tengok bumbung rumah pun dah kira ok dah.
5. Tertanya-tanya mana dia pergi lau Dia tak datang kelas.

My First Crash..muahahaha :-)


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 10 March 2012

Our day in Secret Recipe

Nur Fitriana Arman:
Hope our friendship will always forever.

Tuan Rumah:
Muka tu nak bahagia jer kalau depan
makanan..ish :)



May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 6 March 2012

Kelas Pertama Linear Algebra

Assalamualaikum......
sila jawab salam tu jangan tak jawab...hehe :)
macamane ngn sem baru..
new sem, new target, new mission barangkali...
just pray that everything will be fine as long as we always 'bergantung harap pada yg Esa'.

Entri kali ni saya nak cerita pasal first class saya tuk sem baru.
walaupun jadual saya masih tak tersusun rapi tapi saya still gak nak datang kelas..
yela...1st kelas kan...mana tau lecture nak bagitau apa-apa ker?

yang paling special ialah kelas pertama Linear algebra...
kenapa saya cakap special??
sbb even in first class tapi saya dapat macam-macam.
bukan dapat barang ke apa...saya dapat ilmu dan tips-tips berguna.
saya dapat rasa yang lecture subjek ni seorang yang baik dan warak..
even in 1st class dia dah pesan macam-macam...bagi nasihat..bagi semangat.
mungkin kelas yang akan datang msti lagi byk tips yg dia bg kan...

Paling best masa kelas tadi lecture cakap nak bagi spot quiz...
dia suh keluarkan kertas dan simpan nota...pahtu tak boleh tgk jwpan kawan sebelah.
ambik ko...ternganga sekejap sebab pikir bru pertama kali masuk kelas dan kena jawab kuiz..
nanti nak jawab apa ye....huhuhu~~"

Ok soalan kuiz ialah :
1. Berapakah ayat dalam surah al-fatihah?
2. Tuliskan makna ayat dalam surah al-fatihah.


untuk soalan no.1. senang jer kan. semua orang tahu kot.
ada 7 ayat semua nya... tapi tuk soalan no.2..hehee ~~"
berasap jugak nak jawab...meh sini saya bagi skema jawapan

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kesimpulannya : Kita sepatutnya tahu maksud ayat dalam al-fatihah. Bukan hanya untuk jawab soalan kuiz tetapi untuk lebih memahami setiap apa yang kita ucapkan setiap hari dalam solat...Semoga solat 5 kali sehari semalam dapat mendidik hati kita jauh dari perbuatan maksiat.


May everyone always have smile on their face. =)

Di sini ada menjual Telekung Vietnam

Warna biru lembut bersulaman dengan warna puteh
berserta 9 kuntum bunga.
Nora waniss sangat berkenan dengan telekung yang ni.

AVAILABLE

 Warna peach bersulam dengan warna puteh dan hijau.
Pilihan hati Icha Shariah.

 SOLD OUT

Warna purple bersulam warna puteh pada 9 kuntum bunga dan juga
warna hijau, kuning dan purple pada sebelah bawah telekung.
Ummi dan mak saya berkenan dengan kain yang ni.
Cantik kata nya.

 SOLD OUT

Warna biru turquoise bersulam warna puteh.
Ada 9 kuntum bunga yang comel-comel.

AVAILABLE

Warna purple bersulam warna puteh dan warna hijau.
Ada 9 kuntuman bunga yang lawa-lawa.

 SOLD OUT

Ciri-ciri telekung
1. Sulaman kuntum bunga timbul di bahagian atas dan sulaman bunga di bahagian bawah telekung dan kain.
2. Kain jenis sejuk dan tidak jarang
3. Jenis yang labuh menutupi tangan (aurat terjaga)
4. Mempunyai getah dan tali pengikat pada bahagian pinggang kain. (tidak mudah tercabut dan boleh di ikat)
5. Sulaman kemas dan cantik.
6. Tidak perlu pakai anak tudung kerana dijahit dua lapis dan mempunyai pengikat yang tidak dibuat dari getah.

Lain-lain
1. Pelbagai warna yang menarik mengikut citarasa
2. Sesuai di jadikan hadiah, cenderahati, hantaran kawin atau tunang.
3. Mampu dimiliki oleh semua golongan.
4. Kualiti di jamin 

Harga 
RM80 (boleh dirunding)

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh lah PM di fb Nora Wanisz atau email kat yy_life87@yahoo.com.




May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 4 March 2012

Sebelum Aku Terima Nikahnya



Checklist to complete
1. Solat.
2. Cintai ilmu. (Ilmu tak akan datang kalau kita tak cari dan ilmu juga perlu di kongsi. )
3. Manfaat kepada orang lain. (Allah tak nilai brape pointer kita tapi Allah nilai usaha kita. )
4. Akhlak yang baik. (Cuba untuk berkawan dengan semua orang, berkawan biar seribu bermusuh korang start dulu. Jaga pandangan. )
5. Relationship dengan Allah. (Tunjang segala-galanya, dulu, kini dan selamanya.) Doa terus dan terus meminta. Semoga sentiasa dikurniakan yang terbaik untuk diri ku. 


May everyone always have smile on their face. =)