Tuesday, 6 March 2012

Kelas Pertama Linear Algebra

Assalamualaikum......
sila jawab salam tu jangan tak jawab...hehe :)
macamane ngn sem baru..
new sem, new target, new mission barangkali...
just pray that everything will be fine as long as we always 'bergantung harap pada yg Esa'.

Entri kali ni saya nak cerita pasal first class saya tuk sem baru.
walaupun jadual saya masih tak tersusun rapi tapi saya still gak nak datang kelas..
yela...1st kelas kan...mana tau lecture nak bagitau apa-apa ker?

yang paling special ialah kelas pertama Linear algebra...
kenapa saya cakap special??
sbb even in first class tapi saya dapat macam-macam.
bukan dapat barang ke apa...saya dapat ilmu dan tips-tips berguna.
saya dapat rasa yang lecture subjek ni seorang yang baik dan warak..
even in 1st class dia dah pesan macam-macam...bagi nasihat..bagi semangat.
mungkin kelas yang akan datang msti lagi byk tips yg dia bg kan...

Paling best masa kelas tadi lecture cakap nak bagi spot quiz...
dia suh keluarkan kertas dan simpan nota...pahtu tak boleh tgk jwpan kawan sebelah.
ambik ko...ternganga sekejap sebab pikir bru pertama kali masuk kelas dan kena jawab kuiz..
nanti nak jawab apa ye....huhuhu~~"

Ok soalan kuiz ialah :
1. Berapakah ayat dalam surah al-fatihah?
2. Tuliskan makna ayat dalam surah al-fatihah.


untuk soalan no.1. senang jer kan. semua orang tahu kot.
ada 7 ayat semua nya... tapi tuk soalan no.2..hehee ~~"
berasap jugak nak jawab...meh sini saya bagi skema jawapan

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kesimpulannya : Kita sepatutnya tahu maksud ayat dalam al-fatihah. Bukan hanya untuk jawab soalan kuiz tetapi untuk lebih memahami setiap apa yang kita ucapkan setiap hari dalam solat...Semoga solat 5 kali sehari semalam dapat mendidik hati kita jauh dari perbuatan maksiat.


May everyone always have smile on their face. =)

1 comment: