Friday 5 April 2013

Ragam

Keluar dari bilik air, adik menangis teresak-esak..

me   : La...kenapa adik menangis ni?
adik :  isk..isk kakak. (sambil lap inguss)
me  : kenapa dengan kakak??
adik : tadi lepas mandi kakak sentuh adik. batal air sembahyang adik..
me  : Lah..dah kan adik beradik mana batal air sembahyang.. dah g naik pakai baju..

Adoi geram jer rasa. sorang suka menyakat dan sorang lagi tersangatlah manja. ;(


May everyone always have smile on their face. =)

Monday 1 April 2013

Me as a Teacher :)

Assalamualaikum.w.b.t

Pengalaman pertama kali mengajar adalah pengalaman paling manis bagi saya. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan mengajar buat masa terdekat ini memandangkan saya baru sahaja tamat latihan praktikal. Benarlah kata-kata orang, Rezeki ALLAH ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.


Teringat perbualan saya dengan bekas pengetua sekolah menengah Chabang Empat beberapa tahun yang lalu. Ketika tu, saya baru tamat SPM dan pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk cop dan tandatangan sijil-sijil sekolah.

Pengetua : Awk, lepas belajar nak jadi apa?

Saya       : Saya nak jadi cikgu, macam cikgu. 
(ketika tu tuan pengetua adalah inspirasi saya..hihi)

Pengetua : Kenapa nak jadi cikgu?

Saya       : ............
(saya memang tak ada alasan kenapa nak sangat jadi cikgu.
yang saya tahu, itu cita-cita saya sedari kecil lagi)

Pengetua : Kalau nak kaya jangan jadi cikgu. 
Jadi cikgu ni, kaya dengan pengalaman jer. Duit tak ada.

Saya       : Baiklah cikgu. :)

Tapi bagi saya jadi cikgu tak kaya di dunia tapi kaya di akhirat. Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. TERIMA KASIH CIKGU :D dan kepada bakal2 cikgu, selamat berkhidmat.

May everyone always have smile on their face. =)