Wednesday 31 December 2014

Insyaallah 2015 :')

Assalamualiakum... :D

Hari ni genap 2 tahun aku guna diari si merahitam.
Aku beli buku dan guna buku ni sejak januari 2013 hingga sekarang.. 
siap koyak rabak lagi..hihi :)


Asalnya buku ni adalah sebuah diari tapi aku guna sebagai nota harian..
Macam-macam aku tulis dalam tu..
Nota, catatan penting tak penting, conteng lakaran entah apa benda, bajet semasa dan macam-macam lagi lah..hihi :)

Setiap hari aku bawa si merahitam.. 
sampai kan ada sorang makcik tegur aku..
Nak gi surau pun bawa diari ke?
(Sebenarnya aku tulis doa dalam tu jadi selalu bawa bila masuk surau..hehe)

Macam-macam cerita suka duka sepanjang dua tahun yang lepas..
Pengalaman yang mematangkan aku.. jatuh bangun adat la kan :)

Alhamdulillah for those years
Insyaallah 2015

Pinky diary, please be nice to me. 
You'll be my bff in coming challenges year :)

Notatambahan : 
Aku tamat latihan praktikal akhir bulan disember 2012. 
Dan konvo bulan mei 2013. 
Maknanya dah 2 tahun aku tamat  belajar.. :'( 
Insyaallah..new year with new hope.. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 26 December 2014

2 6 DISEMBER

Assalamualaikum... *big smile:D

Tarikh 26 disember 2004 mengingatkan aku pada tsunami yang berlaku di Acheh.

Sedar tak sedar dah hampir sedekat peristiwa tsunami.

Peristiwa yang menginsafkan.

Sebut tsunami aku teringat kat adik kesayangan yang lahir pada 26 disember 1992.

2 dekat 2 tahun dah adik aku ni..ekeke~

TANJOBI NO OMEDETO GOZAIMASU OTOUTO-SAN..(^_^)

Doa ku yang baik-baik jer--》

#1 semoga sentiasa berada dalam kasih sayang Allah s.w.t

#2 semoga jumpa apa yang di cari dalam hidup

#3 semoga berjaya dalam bisnes dan kerjaya

#4 semoga menjadi anak yang baik kepada ummi dan ayah

#5 semoga menjadi adik yang baik kepada kakak-kakak dan abang

#6 semoga menjadi abang yang baik kepada adik-adik-adik dan adik

#7 semoga menjadi pendidik yang baik kepada anak didik

#8 semoga menjadi suami yang baik kepada bakal isteri

#9 semoga menjadi menantu yang baik kepada bakal mertua

#10 semoga menjadi ayah yang awesome kepada bakal anak-anak

Cukup lah sepuluh dulu, nanti sambung tahun depan pulak.
Nombor 8, 9 dan 10 tu kira advance wish lah..hehe :)



Notakaki: Thank you GOD for giving such a good and handsome boy to our family.


May everyone always have smile on their face. =)

Monday 22 December 2014

Nothing much to say...

Pejam celik pejam celik,

dah nak pertengahan bulan disember 2014.

Tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun baru.

Tengah duk pikir azam tahun baru...??

Azam tahun ni dh achieve ke belum ?

*sigh*

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday 13 December 2014

Resepi cheesekut

Sebelum ni,
 aku pernah cakap nk update resepi stail norawanisz kan??
Nah..
ni resepi cheesekut..
sape suka makan cheesekut boleh geng ngan aku...
Ekekeke~~

Simple jer...

Ni antara bahan-bahan yang di perlukan


1. Biskut 
2. Susu pekat
3. Susu cair
4. Cream cheese (aku guna brand tatura)
5. Milo/oreo/nestum (optional)
5. Bekas untuk isi cheesekut


Mula-mula ambik tiga bahan ni then kacau guna mixer. Kalau korang nak guna blander pun boleh. Cheese cream aku guna semua yang 250g campur 1/2 tin susu pekat dan beberapa sudu susu cair (aku letak 5@6 sudu susu cair). Kalau nak lagi manis tambah lagi banyak susu cair. 


Lepas tu ambik biskut dan rendam dalam susu cair. Tak payah rendam lama sangat. Bagi biskut tu tenggelam dalam susu sudah la. Pahtu angkat susun dalam bekas. Selangkan dengan bahan yang di blend/mixer td. Letak selapis demi selapis berselang seli. Mulakan dengan cream cheese kemudian biskut. Lapisan paling last letak cream cheese.


Optional. Boleh guna milo atau oreo atau nestum sebagai topping cheesekut korang. Aku guna milo. Senang. Balance nanti aku boleh buat air milo..haha 


Aku susun cheesekut dalam bekas ni. Bekas ni aku beli kat parkson. Rm8.99 untuk 9 bekas. Aku rasa sangat mahal. Tapi aku beli jugak..huhuhu demi mu cheesekut :'(


So, tadaaa~~♥♡♥
My cheesekut ready to eat . 

Ittadakimasu (~_^)

Pesanan penaja: 
Nak sedap lagi simpan dalam peti sejuk semalaman
Lau dah tak sabar boleh terus ngap.haha

Sayonara..ai shiteru~~♡


May everyone always have smile on their face. =)

Friday 12 December 2014

Resepi ringkas lagi sedap

Weyh...nak share kat korang resepi paling ringkas tetapi sedap..hihi :)
Nah..siap step by step lagi..
Bahan-bahan pun tak banyak..
nama pun resepi ringkas...
harus la ringkas dan padat kan..hihi :P

















Semua pun nampak menyelerakan..
Adoi...tiba-tiba rasa lapar pulak..hahaha :)
Happy cooking and eating..
Ittadakimasu ; )

#psst..nati aku share resepi ringkas gaya norawanisz plak.hihi

May everyone always have smile on their face. =)

Review buku 140 tips mencari rezeki yang halal untuk mencapai kekayaan

Terjumpa buku ni kat almari masjid At-Takwa. Sambil belek-belek buku ni terus cakap "nak curi kejap lah buku ni".  My mom kat sebelah dengar terus menyampuk " apa pulak curi, nak baca pinjam je la..." hehehe marah nampak...orang gurau jela... :)


Actually belum betul-betul baca buku ni lagi. Tips ke-100 menarik minat aku.. Membayar hutang dapat membuat orang menjadi kaya..huh camne tu? 

'Dalam Islam kekayaan yang sebenar bukanlah setakat kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta, ia sebenarnya memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu. Seseorang itu belum dianggap kaya jika ia tidak dapat menseimbangkan kekayaan material dengan kekayaan rohaninya yang berdasarkan kepada nilai-nilai Islam yang sejati. Sebab jika ia hanya kaya dari segi zahir sahaja, tetapi dihatinya tersemat perasaan tamak, dengki, khianat, sombong, 'ujud, tinggi diri, bakhil dan sebagainya, maka tidak ada gunanya kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu. Sebab kekayaannya itu tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, tidak dapat memberi faedah kepada anggota masyarakat yang fakir dan yang miskin. Ia hanya kaya untuk dirinya. Tidak untuk orang lain. Kekayaan seperti ini bertentangan dengan semangat Islam. Sebab orang Islam apabila ia kaya dan berharta, di sana ada hak untuk orang lain.'

Ni sebahagian catatan dalam buku ni... Best sangat tulisan Haji Hasan Muhammad Al-Khairun setandingan dengan buku-buku penulis barat seperti How to be a millionare yang membawa ideologi barat yang hanya mementingkan fahaman kebendaan (materialisme). So, I recommend all of you dis book.. happy reading..lets discover :)


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 11 December 2014

Al-QURAN MENUNJANGI KEHIDUPAN

Tu tema majlis khatam hafazan al-quran sekolah adik aku (Luqman Hakim). Semalam banyak kali ayahanda pesan kat aku suh bawak kamera. Nak ambik gambar akim katanya.. kebetulan ayahanda tak dapat ikut sama... maka jadi lah aku merangkap driver dan photography tak bertauliah pada hari kejadian.. hehe :)

Tahniah akim.. we proud of you :)
Terima ijazah dari tuan pengetua.

Para hafiz.. 27 orang semuanya. 


Lepas bacaan al quran oleh para hafiz dan doa khatam al quran...aku tgk mata umi merah dan berair...tangisan gembira seorang ibu.. aku yang melihat ni pun terasa sebak... dalam hati mula tanam cita-cita...lau ada anak nak hantar sekolah tahfiz jugak... biar ikut jejak ayah sdara dia gak..hehe jauh nau berangan...kikiki :D

♡♥♡ Sayonara ai shiteru~~`♥♡♥

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday 9 December 2014

New Sport Shoes

Assalamualaikum dearly...
Ohayou gozaimasu watashi no ai..... :) 

Al-kesah nyerrr.

Baru-baru ni kawan baik ajak pergi jogging.. aku punyer la semangat nak pergi...tercari-cari kasut sukan tak jumpa...aikk pelik jugak....rupa-rupa nya kasut ku di rembat oleh kakak tersayang...aduyai..aku jugak yang bagi pinjam...camne leh lupa ni...ishh.. :') Bila mintak balik kasut tu..boleh pulak my sis cakap " ko beli la yang lain.. yang ni bagi aku...aku tak de kasut sukan ni "... huk huk huk nangess.. T.T

Jadi nyer aku pergi lah mencari kasut sukan yang baru....

Jumpa kasut ni terus jatuh chenta..hihiihii (@_@)

hoih...cantik, murah dan tersangatlah selesa...sape tak jatuh cinta kan??hehehehe

Kasut ni ada extra kusyen...sangat lembut dan selesa..hihihi :P

Kasut ni besar satu saiz dari kasut sukan yang lama....tapi kasut ni tersangat selesa sebab ada extra kusyen.. lagi satu kasut ni tersangatlah murah sebab masa aku beli ada 50percent discount... time-time ekonomi gawat ni..haruslah bijak membeli kan??hihi

Overall....aku sangat berpuas ati dengan kasut baru....jadinya aku pun hantar sms kat bff ..


"yunk..aku dah beli kasut sukan..jom jogging nak??"

"yeke? Jom la..bila?"

"pagi esok nak?"

"ok..boleh jer"

"Pas jogging kita pergi pekene roti ngan teh tarik nak?"

"beress bohh.."


Lepas jogging pergi makan roti canai ngan teh tarik..elok sangat la..hehehe ;P

sayonara watashi no ai~~

May everyone always have smile on their face. =)