Tuesday 28 February 2012

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku
Bertapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua.....padaMu 

Tuhan....baru ku sedar.
Indah...nikmat sehari itu
Tak pandai ku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Tuhan..kuatkan aku...
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir zikir di kidung doaku 
Sakit yang ku rasa...
Biar jadi penawar dosa ku.

Butir-butir cinta...air mata ku
Teringat semua yang kau beri
Untuk ku...Ampuni khilaf dan salah ku
Selama ini.....Ya Ilahi...
Muhasabah Cintaku

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 19 February 2012

Mencari ketenangan hati di tepi pantai.

. : Subahanallah...Indah sungguh ciptaan Tuhan : .

. : Tajuk gambar: Kuda ku lari gagah berani : .

.  : Layang-layang bawa ku terbang tinggi menggapai awan : .

. : Takde keje....Skodeng orang duk couple..hahaha : .

. : Saje nak tepek muka bahagia yang teramat sangat : .


May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday 15 February 2012

Pemilik Cintaku

Assalamuaikum...hye apa kabar semua....
harap dalam keadaan baik-baik ajer...
macamana dengan mood korang?? 
moga-moga dalam keadaan kool dan macho slalu...


Jom korang layan saya bercerita nak?
apa..!! tak nak..??? ish..ni kan blog saya..
tak kira saya nak cerita jugak...ha.ha.ha..(gelaksukahati)
ok fine...saya bercerita pada yang sudi baca entry ni sampai habis jer...
yang taknak sila lah tekan simbol x sebelah kanan paling atas tu ye..hehe
ok..sudah...jangan nak mengarut lagi..
citer nya macam ni..saya ada sorang kawan..
kami agak rapat walaupun jarang-jarang jumpa..
petang semalam kawan saya call saya..dia menangis, menangis dan menangis..
huhuhu~~ nape ek?? suspen jugak saya... 
dah reda dia menangis saya tnya kawan saya kenapa??
dia cakap dia terserempak dengan pakwe dia bersama perempuan lain....
owh...yeke...saya ingat kan apa tadi...
apa yang mampu saya cakap kan ialah banyak-banyak la berS.A.B.A.R


emm...kadang kala saya terpikir jugak..
macam ni ke perangai lelaki yang selama ini berjanji nak setia
saya tak faham apa sebenarnya yang lelaki nak dalam perhubungan...
mungkin lelaki curang hanya layak untuk perempuan curang jer kot...
baru dia tahu apa itu erti keSETIAan..


saya agak emo bila bercakap pasal lelaki curang..
dan saya rasa pelik dengan sikap sesetengah lelaki.(bukan semua lelaki yer..)
dah tak tahu macamane nak mintak clash..
akhirnya bagi alasan yang tak munasabah
iaitu tak sama taraf...konon nya perempuan tu lebih dan lelaki kurang..
padahal sebelum ni tak pernah timbul pun soalan tu....
kenapa baru sekarang nak persoalkan soal tu??
kenapa tak pikir dulu masa mula-mula bukak langkah pertama..
cakap je la yang kamu sudah ada pengganti yang baru.. kan senang...
konon nya kamu dan saya tak sama taraf..
hubungan bagaikan langit dengan bumi..
tak boleh bersama..
tahu tak....langit dan bumi di ciptakan untuk saling lengkap melengkapi..
pernah ke kamu berjalan di atas bumi yang tak berbumbungkan langit...
fikir sikit sebelum bagi alasan..

tolong lah jangan bagi harapan palsu 
kalau dah tak suka tu cakap jer la tak suka...
jangan cuba untuk berdalih lagi....
perempuan boleh terima kenyataan yang pahit
berbandingan penipuan yang menyakitkan.


//Please Take Note//:(lelaki yang setia tidak termasuk dalam senarai yang saya cakapkan...kalau ada yang terasa mintak maaf ye...dengar sini semua....ini untuk mereka-mereka yang tak setia  jer...yang setia Alhamdulillah..teruskan kesetiaan anda..(^_^))


//Saya nak tambah sikit//:(kepada kaum hawa...kalau dah tahu lelaki tu BUAYA DARAT...janganlah nak gatal-gatal serahkan seratus peratus hati kat lelaki...kenapa nak sakit kan hati sendiri...cinta terlalu mahal untuk disakiti dan air mata terlalu bernilai untuk ditangisi....pilih lah untuk mencintai yang paling berhak...pemilik cinta agung...iaitu ALLAH dan RASULNYA...kemudian barulah mencintai pemilik cintamu selepas allah dan rasul...(*_*)) 


May everyone always have smile on their face. =)

Lupa

Semenjak balik cuti sem ritu ayah saya selalu ajak saya ikut dia keje...
saya ikut kan ajer...kan tak ikut kan merajuk plak...
keje orang lelaki lak tu...
oh ayah lupa ke yang anak ayah ni perempuan..
atau ayah buat-buat lupa.....
kesian kat anak ayah ni....
dah besar panjang tapi ayah still layan macam dulu...
saya kesian jugak kat ayah buat keje sorang-sorang..
kalau orang lain yang ajak mmg saya tak layan..
saya buat keje tu semua bukan nya nak pujian,
bukan jua nak kan wang..
tapi sebab saya anak ayah...
saya sayang ayah saya...^_*

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 12 February 2012

Kuch Kuch Hota Hai

Assalamualaikum....
Korang tahu tak apa yang di maksud kan dengan Kuch Kuch Hota Hai.
maksud nya "Something Happens" 
atau dalam bahasa melayu nya "Terasa sesuatu di dalam hati".
Saya berminat nak tahu maksud Kuch kuch hota hai selepas tengok citer ni kat Tv3 semalam...

Sebenarnya saya nak share satu cerita...
yang saya rasa terkesan di hati....
saya pun tak tahu apa kaitan nya cerita ni dengan cerita hindustan.
citer yang saya dengar dari ceramah youtube...
di sampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha

Cerita nya macam ni...ada satu ketika dimana seorang gadis sedang menunggu teksi.
sedang asyik menunggu tiba-tiba datang seorang lelaki dan marah-marah 
sambil menuduh gadis tersebut mencuri henset nya.
gadis tersebut rasa sangat sedih atas tuduhan lelaki itu. 
Kemudian lelaki itu mengajak gadis itu kebalai polis. 
Gadis tersebut tanpa rasa syak wasangka terus mengikut lelaki itu ke balai palis.
di pertengahan jalan lelaki itu memujuk gadis itu berehat di sebuah hotel untuk menenangkan perasaan sedih si gadis....setiba di hotel..gadis itu di rogol..

Persoalan nya sekarang..tak terasa kah di hati gadis itu...rasa syak...rasa lelaki itu nak tipu dia.
Tu la yang kita takut bila Allah nak uji kita....Allah cabut rasa di dalam hati kita.. 
kita seakan tak ada rasa nak buat keputusan yang baik untuk hidup kita.
tak ada rasa nak menilai benda-benda yang baik....
tak ada rasa nak buat pilihan yang lebih baik.....
Tak rasa seronok untuk buat kebaikan....SUBAHANALLAH.
Sama-sama lah kita ikhlaskan diri dengan Allah.. 
Moga-moga Allah menyuntik rasa di hati kita..


May everyone always have smile on their face. =)

Friday 10 February 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran.

Assalamualaikum....dan salam sejahtera
Sedar tak sedar dah 25 tahun saya bernafas di atas bumi Allah...dan 25 tahun juga lah saya cuba mengenali dan meneroka isi dunia. Belajar untuk mengenali apa itu kehidupan? Mengapa kita dilahirkan? Untuk apa kita dilahirkan? dan Untuk siapakah kita dilahirkan??

Jatuh bangun, menangis ketawa dan suka duka, semua tu adalah asam garam kehidupan.

*Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dan terus bernafas di bumi Allah.

*Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk ummi dan ayah yang tak pernah putus asa dalam mendidik dan mendoakan kesejahteraan saya.

*Juga terima kasih kepada kakak, adik-adik dan kawan-kawan atas ucapan ulangtahun.

*Sempena ulangtahun yang ke suku abad ini, saya berharap semoga saya jumpa apa yang saya cari-cari dalam hidup.

"The most beautiful thing in this world is to see your parents smiling, and knowing that you're the reason behind that smile."

*Terima kasih Ummi kerana melahirkan saya dan menjadikan saya seperti saya sekarang.

*Terima kasih Ayah kerana tak pernah putus asa dalam mendidik dan mengajar erti hidup pada memberi.

*Terima kasih Kakak dan Adik-adik yang selalu menyokong dan memberi semangat kepada saya dikala saya sedang berputus asa.

*Terima kasih Sahabat kerana selalu ada di kala saya suka dan duka.

**TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA**.



- KEEP SMILING - ^_*

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 9 February 2012

Berakhir sudah Gemersik Kalbu

Salam...
korang tengok tak drama kat tv 3 "Gemersik Kalbu"
Bestkan...sebenarnya saya takde la follow sangat citer tu.
tengok pun last episode....tapi best la kan..
gandingan mantap Ayu Raudhah dan Aqasha....serasi sangat..
sebelum ni dah pernah baca novel Gemersik Kalbu tapi tu novel lama
dah lupa pun jalan citer macamane....

Bila tengok drama citer ni rasa macam ni korek balik stor nak cari novel Gemersik Kalbu.
Rindu nak baca novel.....dah lama tak baca novel.

**Kelakar bila kawan saya tegur cakap lirik lagu Obsesi nyanyian Aqasha tu lagu 'gatai'...

May everyone always have smile on their face. =)