Sunday, 12 February 2012

Kuch Kuch Hota Hai

Assalamualaikum....
Korang tahu tak apa yang di maksud kan dengan Kuch Kuch Hota Hai.
maksud nya "Something Happens" 
atau dalam bahasa melayu nya "Terasa sesuatu di dalam hati".
Saya berminat nak tahu maksud Kuch kuch hota hai selepas tengok citer ni kat Tv3 semalam...

Sebenarnya saya nak share satu cerita...
yang saya rasa terkesan di hati....
saya pun tak tahu apa kaitan nya cerita ni dengan cerita hindustan.
citer yang saya dengar dari ceramah youtube...
di sampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha

Cerita nya macam ni...ada satu ketika dimana seorang gadis sedang menunggu teksi.
sedang asyik menunggu tiba-tiba datang seorang lelaki dan marah-marah 
sambil menuduh gadis tersebut mencuri henset nya.
gadis tersebut rasa sangat sedih atas tuduhan lelaki itu. 
Kemudian lelaki itu mengajak gadis itu kebalai polis. 
Gadis tersebut tanpa rasa syak wasangka terus mengikut lelaki itu ke balai palis.
di pertengahan jalan lelaki itu memujuk gadis itu berehat di sebuah hotel untuk menenangkan perasaan sedih si gadis....setiba di hotel..gadis itu di rogol..

Persoalan nya sekarang..tak terasa kah di hati gadis itu...rasa syak...rasa lelaki itu nak tipu dia.
Tu la yang kita takut bila Allah nak uji kita....Allah cabut rasa di dalam hati kita.. 
kita seakan tak ada rasa nak buat keputusan yang baik untuk hidup kita.
tak ada rasa nak menilai benda-benda yang baik....
tak ada rasa nak buat pilihan yang lebih baik.....
Tak rasa seronok untuk buat kebaikan....SUBAHANALLAH.
Sama-sama lah kita ikhlaskan diri dengan Allah.. 
Moga-moga Allah menyuntik rasa di hati kita..


May everyone always have smile on their face. =)

No comments:

Post a Comment