Thursday 24 November 2016

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers

For full recipe boleh refer blog cik apple.


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers sangattt :')


1 ekor ayam - Dibersihkan tanpa dipotong


Bahan-bahan untuk perap ayam :

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
sedikit air untuk blend bahan perap
dan sedikit butter

Blend semua bahan-bahan untuk perap kecuali butter.

Cari-cari Mixed Herbs kat kedai tak jumpa..
jadi aku ganti dengan serbuk ketumbar jenama Baba's.
Ini jer yang ada kat dapur. T.T
Cara-cara untuk buat ayam panggang ala Kenny Rogers yang sedappp dan simple sangatttt.. :)


1. Kupas bawang besar, bawang putih dan halia. (hehe..ni semua orang pun tahu kan!!).


2. Campak jerr semua dalam blender. Kalau nak bagi senang blend, boleh potong empat bawang tersebut ye puan-puan.. :')


3. Blend bersama-sama 3 sudu besar sos lada hitam, 1 sudu besar lada hitam kasar, 2 sudu besar madu, 1 ketul kiub ayam Knorr, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar mixed herbs (aku guna serbuk ketumbar..kuantiti sam jer), 1 1/2 sudu teh garam halus dan sedikit air untuk memudahkan proses blender bahan-bahan perap.


setelah di blend.
4. Lumurkan bahan-bahan yang di blend tadi pada keseluruhan badan ayam. Masukkan juga kedalam bahagian dalam ayam dan celah-celah kulit.




5. Bahan perap tadi, tinggalkan separuh untuk disapu selepas dibakar pada 30 minit pertama. Perap selama 1 jam 30 minit.



6. Dah perap selama 1 jam 30 minit. Panaskan oven selama 20 minit. Suhu 180 Calcius, guna api atas dan bawah. Bakar selama 1 jam 30 minit.

Sebelum masuk dalam oven, letakkan butter di atas ayam.

7. Sebelum tu, bakar selama 30 minit dahulu, kemudian keluarkan dan lumur dengan separuh lagi bahan perap yang tinggal.


8. Kemudian bakar lagi selama 1 jam. Ok!! dah siap... ^_^


Selamat mencuba. Rasa ayam panggang ni sedap sangat..tapi rasanya sedikit lain dari resepi asal kot..sebab aku dah ubah resepi sebenar...guna serbuk ketumbar. Next time nak cuba guna mixed herbs pahtu compare rasa camne.. :')

xoxo

May everyone always have smile on their face. =)

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFI'I

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
-(Imam asSyafie)-

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
-(Imam asSyafie)-

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
-(Imam asSyafie)-

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
-(Imam asSyafie)-

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
-(Imam Syafie)-

"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
-(Imam Syafie)-

"Ilmu itu bukan hanya yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
-(Imam Syafie)-

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan"
-(Imam asSyafie)-

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
-(Imam asSyafie)-

"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"
-(Imam asSyafie)-


-Semoga bermanfaat-

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday 20 November 2016

Resepi coleslaw ala kfc

Masa jamuan akhir tahun tingkatan 2 (kelas 2 Ibnu Battuta) aku di jemput sekali untuk makan ayam bakar dan main air sungai di Sg. Congkak. Sumpah sejuk giler air kat situ.. Beshh :)

Aku ingatkan aku di jemput untuk makan-makan dan bersuka ria saje. Sekali kena join depa masak. 
Bakar-bakar tu bagi kat laki. Depa lagi teror..hehe aku dan geng-geng banat di tugaskan untuk buat coleslaw...

Aku macam blurr..coleslaw tu natang apa?? haha padahal tiap kali pergi kfc order natang ni.. aku tanya kat students aku. "macamane rupa dan rasa coleslaw?" Students aku jawab.."alaa...yang selalu tcer makan kat kfc tu..ada kobis, carrot dan mayonis semua"...hahaha

Sungguh...ini pestime aku buat coleslaw...aku potong kubis besar-besar alam dan carrot panjang-panjang....lantak depa lah..asalkan depa tak makan sebijik kobis masuk dalam mulut.. kata aku dalam hati....keh keh keh.

Seriusly....
depa ini kelaparan tahap seketul kubis ilek jer masuk dalam mulut...
hahaha ^_^
hahaha :)

Kesian sungguh kat depa semua.. :'D

Balik asrama aku cepat-cepat search resepi coleslaw...yeay jumpa dalam blog cik apple.

Jadinya, meh aku sekolah kan korang cara-cara nak buat coleslaw ala kfc yang sedap lagi senang...hehehe :)

Bahan-bahan yang di perlukan ialah:


1/2 bahagian sayur kubis
1 batang lobak merah
1 sudu besar jus lemon
5 sudu besar mayonis 
1/4 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara-caranya ialah;

1. Mula-mula potong halus-halus sayur kubis.



2. Potong dadu lobak merah.



3. Kemudian satukan lobak merah dan sayur kobis yang siap di potong halus ke dalam satu bekas.


4. Perasakan dengan 1 sudu besar jus lemon, 5 sudu mayonis, 1/4 cawan susu segar. 


 5. Tambah sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam.


6. Lastly, taraaaa....ready to eat :') yummy


x.x

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 17 November 2016

Wednesday 16 November 2016

Moving forward nass!!

Adakalanya, 

kenangan manis boleh menjadi racun dalam kehidupan kerana kita akan terbayang-bayangkan kenangan yang tidak mungkin kita miliki lagi.

Manakala kenangan pahit boleh jadi penawar untuk kita terus bangkit berjuang semula.

Keep moving forward nass!!



May everyone always have smile on their face. =)

Merajuk

Hi,

Okeh?!!.. Tengok tajuk pun dah tahu citer entah apa-apa kan? Memang entah apa-apa pun. Baik korang jangan baca. Kan menyesal karang..keh keh keh 

Korang yang sanggup baca harap mampu untuk sabar ye.. hihihi :')

Minggu lepas aku geram sangat dengan pelajar form 2. Aku masuk kelas dorang dengan semangat berkobar-kobar untuk mengajar dorang..dorang boleh buat muka tak berminat, muka mengantuk dan sebagainya. Mana tak geram aku menengoknyer. 

Masa aku masuk kelas tu rata-rata pelajar tengah tidur. Lena sungguh. Aku tengok jadual. Oh...rupa-rupanya dorang tidur dari awal pagi lagi sampai la masa aku. Dah dekat tengahari. Aku cuba untuk kejutkan dorang. Buat sedikit senaman bagi segar badan sikit, aku buat lawak bodoh dan cuba pelbagai cara untuk tarik perhatian mereka dengan apa yang aku ajar. Tapi hampa.. my method still not working  to them. Aku sedikit kecewa dan sedih gak la..

Then aku cakap kat dorang " Kalau macam ni la perangai awak, saya tak masuk kelas awak pun tak pe kan? Awak boleh sambung tidur sampai besok!! " dan kemudian aku kutip semua hand out yang aku dah bagi dan ambil semua buku-buku aku dan cepat-cepat keluar dari kelas tersebut. Mata aku berkaca menahan marah dan kecewa. Kira macam aku merajuk gak ar time tu.

Keluar dari kelas pelajar-pelajar banat(perempuan) cuba untuk pujuk aku. Dorang ambil inisiatif bagi surat apologize dan dua keping chocolate in order to cool down my temper (aku sangat hargai keikhlasan mereka). Tapi still tak terubat hati ini. :'(

Today, banins (pelajar-pelajar lelaki dalam kelas form 2) came to me and make an apologize. All of them inviting me to came in to their class. I'm still in sulking mood. (Sorry students for having me as a teacher, because of your teacher is not matured enough..isk isk T.T)

Some words from Putera make me realize something. " Cikgu nak kitorang buat macamane sebenarnya? ".

That words give me a shock!! At that moment I was realize that I am a selfish teacher. Without thinking of others, I only wanted others to understand me more, but on my side, I did not even tried to understand others especially my students.

Students have the right to be frustrated and mad for having me as their teacher.

Surat chenta ^_^
Sorry for breaking your heart, students.

Teacher will learn more about how to teach!! 

with love.
Tc. Asiah
(^_^)

May everyone always have smile on their face. =)

Friday 11 November 2016

Kagum dengan pelajar sendiri

Seorang guru hakikatnya sedang belajar sesuatu dari pelajar-pelajarnya.

Seorang pelajar yang tugasnya adalah untuk memastikan semua pelajar-pelajar lain solat berjemaah setiap waktu solat (kecuali yang uzur). Setiap tiba waktu solat akan kedengaran suara nyaring memanggil rakan-rakannya untuk solat berjemaah (terutamanya waktu subuh dan maghrib).

''Solat...solat...semua masuk saf..''

Suatu hari, kakak pelajar tersebut datang ke sekolah untuk menjemput pelajar tersebut pulang di sebabkan ibu pelajar tersebut meninggal dunia. Kakak pelajar tersebut datang awal pagi sebelum azan subuh.

Kami, cikgu-cikgunya berpakat untuk melawat pelajar tersebut pada sebelah petang. Di rumah pelajar tersebut kelihatan tenang-tenang sahaja.. Saya kagum dengan didikan dan ketabahan pelajar tersebut. Satu soalan dari mulut pelajar tersebut yang membuatkan saya rasa terharu.

''Cikgu, pagi tadi macamane budak-budak solat subuh. Dorang bangun solat subuh tak? Siapa yang kejutkan dorang.?''

Allah.

Dalam keadaan mak nya sudah tiada di dunia ini. Yang menjadi kerisauannya ialah solat kawan-kawannya. Saya benar-benar rasa terkesan. Besar sungguh pahala yag dia dapat. Setiap hari. Lima kali sehari ditambah dengan solat dhuha dan solat-solat sunat yang lain.

Saya, cikgunya rasa kagum...dan rasa terlalu kecil kalau nak di bandingkan dengan kebaikan yang telah pelajar saya lakukan.

Semoga dia mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Aaminn. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday 10 November 2016

Memori budak 17 tahun


Esok ialah hari kedua peperiksaan SPM seluruh negara.
Bila tengok pelajar-pelajar form 5 tengah struggle untuk menghadapi peperiksaan.
Teringat suatu ketika dahulu pernah berada di tempat mereka. SPM tahun 2004.

#throwback

Hari pertama exam semua pelajar berkumpul di dewan terbuka sekolah untuk taklimat sebelum masuk ke dewan exam.
Ibu bapa juga di jemput untuk datang memberi semangat kepada anak masing-masing.
Pagi itu hujan turun dengan agak lebatnya di sebabkan exam biasanya akan serentak dengan musim banjir di sekitar negeri-negeri di pantai timur.
Aku lihat sudah ramai ibu bapa kawan-kawan aku datang untuk bagi semangat dan doa terakhir.
Aku masih tercari-cari kelibat ayahanda atau bonda atau sesiapa sahaja yang datang untuk bagi semangat sebelum aku masuk dewan exam.

Petang semalam aku sudah menelefon bonda dan ayahanda untuk meminta restu dan memohon maaf.
Ayahanda berjanji akan datang pagi sebelum exam.
Aku masih menunggu.

Kedengaran arahan daripada guru untuk masuk ke dewan exam.
Aku resah....

Tiba-tiba aku lihat dari kejauhan seorang lelaki berbaju hujan sedang meredah hujan..
Lelaki itu berseluar track yang di lipat hingga ke paras bawah lutut...berselipar jepun...di tangan ada kasut yang di bungkus kemas dengan plastik ...mungkin untuk mengelakkan dari kebasahan.

Aku hampir melompat gembira melihat lelaki tersebut.
Ternyata ayahanda tidak mungkir janji... :')

Ayahanda datang dan memeluk aku sambil berkata "Minta maaf ayah lambat sampai. Rumah kita banjir...ayah terpaksa naik bot untuk datang ke sekolah...nak jumpa kak ngah...jawab pekso molek deh.. ummi dan ayah doakan kak ngah''.

Allah.
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana..
Walaupun sudah 12 tahun berlalu...hangat pelukan seorang ayah dan semangat yang di berikan itu masih terasa...

Terima kasih Allah kerana anugerahkan seorang ayahanda yang hebat..
Terima kasih ayahanda untuk kenangan yang indah ini. :')

Mungkin lain orang lain kenangan ketika SPM. THIS IS MINE... 
Thank you for reading.


Dah kenapa Cikgu yang rasa berdebar-debar terlebih ni.. Y_Y
Haip... semoga Allah permudahkan urusan pelajar-pelajar ku..Aaminn.

May everyone always have smile on their face. =)