Ayam Panggang Ala Kenny Rogers sangattt :')
1 ekor ayam - Dibersihkan tanpa dipotong
Bahan-bahan untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
sedikit air untuk blend bahan perap
dan sedikit butter
Blend semua bahan-bahan untuk perap kecuali butter.
Cari-cari Mixed Herbs kat kedai tak jumpa.. jadi aku ganti dengan serbuk ketumbar jenama Baba's. |
Ini jer yang ada kat dapur. T.T |
Cara-cara untuk buat ayam panggang ala Kenny Rogers yang sedappp dan simple sangatttt.. :)
2. Campak jerr semua dalam blender. Kalau nak bagi senang blend, boleh potong empat bawang tersebut ye puan-puan.. :')
setelah di blend. |
5. Bahan perap tadi, tinggalkan separuh untuk disapu selepas dibakar pada 30 minit pertama. Perap selama 1 jam 30 minit.
6. Dah perap selama 1 jam 30 minit. Panaskan oven selama 20 minit. Suhu 180 Calcius, guna api atas dan bawah. Bakar selama 1 jam 30 minit.
Sebelum masuk dalam oven, letakkan butter di atas ayam. |
7. Sebelum tu, bakar selama 30 minit dahulu, kemudian keluarkan dan lumur dengan separuh lagi bahan perap yang tinggal.
8. Kemudian bakar lagi selama 1 jam. Ok!! dah siap... ^_^
Selamat mencuba. Rasa ayam panggang ni sedap sangat..tapi rasanya sedikit lain dari resepi asal kot..sebab aku dah ubah resepi sebenar...guna serbuk ketumbar. Next time nak cuba guna mixed herbs pahtu compare rasa camne.. :')
xoxo
May everyone always have smile on their face. =)
Casino Site | Lucky Club
ReplyDeleteLucky Club Online Casino Review 2021 | Get Your €1000 Welcome Bonus ✓ luckyclub.live 100% Up To €1000 ✓ Fast Payouts ✓ Available Games, Slots, Roulette and more.