Tuesday, 29 May 2012

Pesanan buat Adam dari Hawa.

Assalamualaikum to all my reader.....(^_^)


Saya nak share satu cerita yang saya baca.....


Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur Dan Hawa Melahirkan Anak Saat Dirinya Terjaga.


Fitrah seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya fitrah seorang perempuan, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah rasa sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakitnya saat keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari ketika Adam sedang tidur, agar Adam tidak merasa sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu(jantung dan hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah untuk menjaga qalbu, kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi hati.Sementara Adam diciptakan dari tanah untuk menjadi petani, tukang besi dan tukang kayu untuk menyara dan melindungi isterinya.

Seorang wanita selalu berinteraksi dengan hati dan perasaan kerana wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang wanita yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang setia.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok kerana jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok secara serta merta maka dia akan mematahkan perasaan yang ada pada diri seorang wanita.

Maka wahai Adam jangan lah merendahkan perasaan Hawa, kerana dia memang di ciptakan seperti itu.
Dan apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air matanya. Itu bererti dia menangis di dalam hatinya.

Apabila wanita tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, maka lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Wanita juga sukar untuk mencari sesuatu yang di benci pada diri seorang yang paling dia sayang.
✿~ LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..

✿~ WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥


May everyone always have smile on their face. =)

No comments:

Post a Comment