Aku seorang yang penuh dengan impian/ cita-cita..Dari kecil sampai la sekarang. Sentiasa berubah dari masa ke semasa.. kira up-to-date gitu.. puii :'p
Masa di sekolah rendah aku bercita-cita nak jadi seorang guru, pendidik atau pensyarah..rasa hebat sangat cita-cita aku masa tu..hehe polis.bomba.jpj.doktor.nurse aku tak minat( zaman aku dulu mana ada orang yang bercita-cita nak jadi angkasawan..semua cita-cita jenis oldschool jer termasuk lah aku..huhu nyesal dulu tak cita-cita nak jadi angkasawan..mana tahu jodoh ngan dato syeikh muzaffar ke..keh keh )
Masa ambik spm aku bercita-cita nak jadi arkitek..
Biasa la budak lkj kan..lkj tu lukisan kejuruteraan.. aku minat sangat lukisan kejuruteraan..memang jiwa lah.. siap ambil subjek seni lagi..kekonon nya nak apply arkitek tu kena berseni jugak..aku simpan cita-cita tu sampai lah aku abis spm.
Lepas spm dengan result yang cukup-cukup makan aku ke terengganu. Ambil diploma kos sains komputer.. hah!! Aku minat main games jer dalam komputer.. baiki- baiki dengan coding -coding komputer memang aku fail.tak minat langsung. Tiap-tiap hari nanges nak abis kan 3 tahun diploma.. cian kat ayahanda aku jadi mangsa aku nanges...huhuhu
Lepas diploma aku tukar kos... tak jauh mana pun kos yang aku tukar..dari diploma sains komputer aku tukar kepada ijazah matematik perkomputeran...hah!! Kan belakang dia sama tu.. komputer jugak.. tapi major in mathematics.. since aku minat matematik so much. Masa tu dalam fikiran aku aku nak jadi lecture in mathematics..aku cakap aku minat matematik kan?? Hehehe tapi nanges jugak nak abis kan degree tu..hahaha can u imaging yang aku ni memang minat nanges jer..isk T_T kesat hingus
Lepas habis degree aku bercita-cita nak sambung master.. kan aku dan cakap nk jadi lecture..korang ingat lau ada degree jer boleh jadi lecture ke?? Dengan result aku yang cukup-cukup makan tu.. emm..berangan jer boleh lahhh T_T
Sekarang ni aku cukup jeles tengok kekawan yang dapat capai cita-cita mereka. Ada kerja tetap, ada keluarga sendiri, pendapatan sendiri.. serius aku memang jeles..aku pun nak capai impian aku jugak..
Aku tahu...
Cita-cita tanpa usaha adalah sia-sia T_T
Usaha tanpa doa adalah sia-sia T_T
T_T
Kenapa cita-cita aku belum tercapai..
Mungkin usaha tak selari ngan cita-cita..mungkin juga doa tak selari ngan usaha..mungkin juga belum cukup berusaha.. mungkin doa belum betul-betul doa..T_T
Notakaki: entri ni bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku dah capai sekarang ni..hanya lah luahan perasaan yang bercelaru. Mungkin aku perlu buat sesuatu untuk baiki diri aku.
Sekian. Wassalam
May everyone always have smile on their face. =)
No comments:
Post a Comment