Assalamualaikum wbt...
Lamanya tak taip entri kat sini….tiba-tiba rasa rindu pulak :')
Selama aku tak menaip kat sini macam-macam dah berlaku..
Aku tamat kontrak di kementerian pertanian, kemudian kerja
kat Taska di Puchong, kemudian sempat menjadi penganggur untuk beberapa bulan,
kemudian kerja di Taska lagi dan akhirnya aku berkerja sebagai guru ganti di sek men ugama…
Fuhh..dalam beberapa bulan jer aku pegang banyak jawatan… :P
Dan dalam banyak-banyak jawatan yang aku sandang tu…kerja kat
sekolah lah yang paling best..
Aku sangat minat mengajar, jadi aku rasa mengajar macam
sebahagian dari jiwa aku..eh..boleh?? hihi :')
Hari pertama mengajar, aku tak berapa suka sangat sebabnya sekolah yang aku mengajar tu still pakai blackboard dan kapur. Aku pulak alergik dengan debu kapur dan dengan kelas
bersepah lagi..masyaallah…nak menangis rasa :'(
Tapi perasaan tu sekejap jer…lama sikit kat sekolah tu aku
mula dapat adapt dengan suasana….sebelum mula kelas aku bagi arahan supaya semua murid kemas dan
sapu sampah…kemudian baru dapat belajar dengan selesa nya.. : )
Nak tahu tak?? Aku mula jatuh cinta dengan suasana sekolah…mungkin
sesuai dengan jiwa aku kot…kalau cuti sekolah jumaat sabtu..mesti aku rasa tak
sabar-sabar nak tunggu hari ahad.
Dua bulan berlalu dengan sekejap nya…pejam celik pejam celik
guru yang aku ganti dah kena masuk bertugas..and I have to say good bye to my
students…
Sedih tau :’(
But, I have to go…pergi dengan hati yang tak
rela..
Doaku semoga kalian menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat..
Best moment ever.... :')
Doaku semoga kalian menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat..
Best moment ever.... :')
They are so adorable...miss them so much. :')
May everyone always have smile on their face. =)
No comments:
Post a Comment