Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh.
Kehadapan adinda Akim yang Kak Angah sayangi dan kasihi selalu.
Alhamdulillah, Akim akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini 2015.
Peperiksaan yang insyaalah akan menjadi titik penentu perjalanan masa depan Akim.
Kak Angah harap Akim berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita dan
impian Akim. Kejarlah impian Akim walau sejauh mana pun, gapailah ia walau
setinggi apa pun.
Akim, hormatilah dan sayangilah kedua ibubapa kerana meraka sanggup
berkorban nyawa, harta dan tenaga untuk anak-anak mereka. Hormatilah orang yang
lebih tua dan kasihilah meraka yang lebih muda. Berbuat baik sesama sahabat,
kasihilah meraka kerana doa seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain akan
didengar oleh Allah dan di amin kan oleh para malaikat.
Akim, warkah ini tak akan terhasil tanpa selaut rasa kasih sayang dan
keinginan untuk melihat Akim berjaya di dunia dan di akhirat. Berusahalah tanpa
jemu. Kutiplah setiap mutiara ilmu dari guru-guru di sekolah. Hormatilah
mereka. Kasihilah meraka kerana meraka jua tanpa jemu berkorban masa dan tenaga
untuk melihat anak-anak didiknya berjaya. Ketahuilah Akim, guru yang baik akan
sentiasa beri yang terbaik kepada anak didiknya. Guru yang baik juga ingin
melihat anak didiknya lebih pintar darinya dan anak didik yang baik haruslah
mengakui kepintaran gurunya.
Akim yang Kak Angah sayangi selalu.
Ilmu itu sifatnya nur (cahaya). Cahaya tidak akan dapat memasuki ke dalam
hati yang penuh dosa. Mohonlah ampun dan maaf dengan sesiapa saja yang pernah
Akim sakiti hatinya. Jangan sesekali rasa malu dan ego, kerana rasa malu dan
ego untuk berbuat baik adalah kesalahan yang besar dan akan membawa kepada penyesalan
kelak.
Akim, impian dan cita-cita Akim adalah hak Akim seratus-peratus. Akimlah
yang akan bertanggungjawab ke atas impian Akim sendiri. Nobody else.
Bonda dan ayahanda hanyalah sebagai pendorong dan pemberi jalan sahaja. Kak Angah
dan adik-beradik yang lain tidak mampu untuk merubah apa-apa. Akim lah yang
akan menentukan sama ada impian Akim berjaya atau tidak. Ketahuilah bahawa cabaran
bukan lah penghalang yang sebenar-benarnya tetapi cabaran adalah pemangkin dan
penguat untuk Akim lebih berusaha dan lebih berjaya. Insyaallah.
Akim yang disayangi,
Impian Kak Angah, ayahanda dan bonda ingin melihat Akim berjaya.
Berusahalah untuk menggapainya.
Jika peperiksaan SPM itu mudah bagi Akim, buktikan lah kepada kami semua
yang Akim mampu mendapat straight A+. Insyaallah, Kak Angah tak rasa itu adalah
sesuatu yang mustahil. Akim bijak cuma perlu rajin dan baiki sedikit cara
belajar. Insyaalah :’)
Akim yang di kasihi,
Jika dulu masa Abechik sambung belajar di Mesir, Kak Angah tak sempat pun
untuk hantar Abechik ke airport. Kak Angah betul-betul harap kali ni Kak
Angah dapat hantar Akim untuk sambung belajar di Maroko pula. Insyaallah.
Akim, berjanjilah untuk berusaha sehabis baik. Berjaya atau tidak itu bukan
kita yang tentukan. Kalau berjaya biarlah dengan usaha gigih kita sendiri.
Sekiranya gagal biarlah gagal dengan bermaruah iaitu gagal setelah berusaha
bersungguh-sungguh. Gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh adalah sesuatu
yang membahagiakan berbanding dengan gagal dengan usaha yang sedikit. Gagal
dengan usaha yang sedikit adalah gagal
yang akan mengundang penyesalan seumur hidup.
Sekian, wassalam.
Salam kasih dan sayang dari,
-Kak Angah-
18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436
02:01pm Kelantan darulnaim.
May everyone always have smile on their face. =)