30hb 11 adalah tarikh akhir es pie em pelajar-pelajar aliran ekonomi manakala 29hb adalah tarikh akhir untuk pelajar aliran sains iaitu paper kimia.
Teringat kata-kata dari salah seorang ibu kepada pelajar aku iaitu Dr. R(bukan nama sebenar).
"Hati-hati dengan last paper sebab masa tu kita dah tak ada mood untuk study dan rasa nak cepat-cepat habis exam. Saya dulu masa Spm paper last adalah add math. Masa tu study pun macam-macam tu jer...pikir nak habis jer. Last-last rasa menyesal sampai sekarang sebab tak belajar betul-betul masa tu."
See...
Dr.R bg aku seorang yang hebat sebab walaupun dah lama tinggalkan spm tapi still mampu untuk ajar anak-anak dia subjek spm. Dr.R ambil spm tahun 1987 kot... 29 tahun tu... I is respek... cuba tanya aku...nganga la jawabnya. :'o
My point is...last paper adalah scary paper.
Okeih...abis iklan
Berbalik kepada tajuk aku...sabar dan redha adalah significant sebab.....
Sabar adalah sejenis yang senang dilafazkan pada mulut namun amat susah nak di praktikkan pada real life. Sungguh aku tak tipu.
Manakala redha adalah lebih senang untuk di ungkapan di bibir tetapi susah untuk di terima pakai pada hati.
Berbalik kepada cerita dr.R. Adakah dr.R tidak redha dengan result spm nya.? Padahal dr sudah meninggalkan dunia high school berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Aku mungkin sekali tidak dapat meneka hati dr.R tetapi aku agak dr sudah redha dengan keputusan spmnya tetapi mungkin dr rasa kesal sebab tidak melakukan yang terbaik untuk exam spm. Mungkin sedikit terkilan sebab rasa kurang berusaha pada ketika itu.
Persoalan aku adalah : Adakah pelajar patut merasa redha dengan keputusan yang sedikit disebabkan kurang berusaha @ usaha yang sedikit?
Sepatutnya rasa redha patut ada selepas berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu dan kemudian bertawakkal kepada yang Esa. Bagi aku, kalau tak dapat ada yang dihajati pun..rasa berbaloi-baloi sebab dah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Sabar pula....
Em....susah nak cakap macam mana.
Aku cuba bagi perumpamaan. Ada sekumpulan ostad melakukan kesilapan yang sama (ala tak besar mana pun salahnya)..tetapi ostad A sahaja yang di persalahkan. Kemudian ostad A bertanya "kenapa saya seorang yang dipersalahkan?" Kemudian soalan itu dijawab oleh orang yang mahir dalam bidangnya " mungkin ostad lah yang paling luas sabarnya."...(sejuk sikit rasa membara ostad apabila mendengar jawapan tersebut. :'P)
Persoalan aku ialah : Dimanakah terletaknya nilai sabar seseorang itu?
Adakah pada title ostad atau ostajah?
Pada aku, nilai sabar adalah bila seseorang mempunyai kuasa atau kemampuan untuk melepaskan kemarahannya tetapi tetap memilih untuk bersabar dan menahan kemarahan. Itu adalah yang terbaik..
Sebab nilai marah itu adalah ketika mana seseorang sedang menahan marahnya...apabila ia telah melepaskan kemarahannya. Maka hilanglah nilai sabar tersebut.
Itu lah nilai sabar dan redha pada aku.. ^_^
@_@ dan pada aku sabar dan redha adalah significant.
Sebab aku pun tak pasti adakah aku mampu untuk bersabar apabila diuji..dan adakah aku mampu untuk redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah?
Mungkin ini adalah ujian sebenar-benarnya ujian..
Ujian Es pie em apalah sangat!!! Hew hew hew :'P
Iklan jap!!!
#Cikgu takpe la em pie em dah lepas!!! Kami result tak kuar lagik ni camno??!
#redho jer la nop (^_*)
xoxo
Eh eh...belum abis lagi....
Maaf fin aku jikalau aku ada mengguris hati mana-mana makhluk tuhan paling comey...tapi siyes aku tak berniat macam tu...
Lastly, aku memohon dari yang Esa supaya kita semua dikurniakan manisnya rasa redha dan seluas lautan rasa sabar..supaya kita semua mampu untuk bangkit berdiri dan terus tersenyum.
This is my points of view....lain orang lain pandangan dan sisi lihatnya. (*_*)
Kbai assalamualaikum...
May everyone always have smile on their face. =)