Saturday, 30 November 2013

Cikgu tak kesian kat kitorang ke??

#flashback

Teringat hari terakhir saya sebagai cikgu ganti di sebuah sekolah menengah islam,
perasaan sedih dan sebak untuk meninggalkan sekolah membuak-buak,
tapi saya diamkan saja.
Riak muka, saya pamirkan setenang yang mungkin.

Selepas jumpa pengetua sekolah untuk hantar surat letak jawatan.
Perlahan-lahan saya menyusuri kaki lima sekolah.
Mengintai adik-adik yang sedang belajar dalam kelas.

Dalam hati berbisik, “Selamat tinggal semua. 
Semoga kamu semua dapat memanfaatkan ilmu yang telah cikgu ajar sepanjang cikgu berada di sini".

Walaupun tempoh masa yang sekejap,
tapi saya rasa benar-benar rapat dengan mereka.

Bagi setiap kelas yang saya ajar,
saya masuk ke dalam kelas dan beri sedikit kata-kata nasihat terakhir.

Lagak seperti pesanan seorang kakak kepada adik-adiknya.
Masing-masing menunjukkan riak muka sedih,
terkejut dan tidak menduga saya akan berhenti kerja secepat itu.

Tiba-tiba seorang murid bersuara
“Cikgu janji tak nak tinggalkan kitorang. 
Sampai hati cikgu, cikgu tak kesian kan kitorang ke? ”

Ya allah, saya benar-benar rasa tersentak dan tidak tahan sebak. 
Terus berlari keluar dari kelas dan sampai di kereta hati terasa hangat. 
Pipi terasa basah. Ya, ketika itu memang saya menangis. 
Sedih nak tinggalkan anak-anak didik saya yang dah saya anggap macam adik-adik saya sendiri.

Tapi apakan daya, ini adalah jalan yang telah saya pilih. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan saya dan anak-anak didik saya 
di dunia dan di akhirat.

“Robbi yassir wala tu’assir”

May everyone always have smile on their face. =)

No comments:

Post a Comment