Assalamualaikum....dan salam sejahtera
Sedar tak sedar dah 25 tahun saya bernafas di atas bumi Allah...dan 25 tahun juga lah saya cuba mengenali dan meneroka isi dunia. Belajar untuk mengenali apa itu kehidupan? Mengapa kita dilahirkan? Untuk apa kita dilahirkan? dan Untuk siapakah kita dilahirkan??
Jatuh bangun, menangis ketawa dan suka duka, semua tu adalah asam garam kehidupan.
*Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dan terus bernafas di bumi Allah.
*Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk ummi dan ayah yang tak pernah putus asa dalam mendidik dan mendoakan kesejahteraan saya.
*Juga terima kasih kepada kakak, adik-adik dan kawan-kawan atas ucapan ulangtahun.
*Sempena ulangtahun yang ke suku abad ini, saya berharap semoga saya jumpa apa yang saya cari-cari dalam hidup.
"The most beautiful thing in this world is to see your parents smiling, and knowing that you're the reason behind that smile."
*Terima kasih Ummi kerana melahirkan saya dan menjadikan saya seperti saya sekarang.
*Terima kasih Ayah kerana tak pernah putus asa dalam mendidik dan mengajar erti hidup pada memberi.
*Terima kasih Kakak dan Adik-adik yang selalu menyokong dan memberi semangat kepada saya dikala saya sedang berputus asa.
*Terima kasih Sahabat kerana selalu ada di kala saya suka dan duka.
**TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA**.
- KEEP SMILING - ^_*
May everyone always have smile on their face. =)