Assalamualaikum korang...^_^
Pernah tak korang rasa baru jer nak bahagia...tiba-tiba Tuhan bagi dugaan.
Dugaan yang bagi korang sangat susah nak terima..
Pernah tak bertanya pada diri sendiri "Apa itu bahagia??"
kenapa saya tak pernah rasa bahagia macam orang lain...
ermm....saya kerap bertanya kan soalan macam ni kat diri sendiri..
rasa sunyi takde teman...kemudian tuhan hantarkan seorang teman tetapi hati tetap jugak tak tenang..
emm..kenapa ye?
Bagi pendapat korang apa itu erti bahagia.?
Mungkin ada yang mengatakan bahagia itu sesuatu yang indah dan sangat mengembirakan.
Tapi sedarkah kita bahagia sebenarnya bersifat subjektif. Definisi bahagia berbeza-beza untuk setiap induvidu. Bagi orang miskin, berharta itu adalah satu kebahagian tetapi berlainan pula bagi orang yang sedia maklum kaya. Harta bukan satu kebahagian bagi si kaya. Bagi yang sakit, kesihatan adalah satu kebahagian, tetapi tidak bagi si sihat. Jadi jelaslah disini hakikat bahagia bukan spesifik kepada sesuatu perkara sahaja. Jadi apa itu bahagia??
Hakikat kebahagiaan adalah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Bahagia itu terletak pada hati seseorang. Kalau hatinya redha dengan ketentuan Allah. Insyallah rasa bahagia itu akan datang dengan sendirinya.
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang "
Ps: Entri ini adalah nasihat dan ingatan untuk saya. :-)
May everyone always have smile on their face. =)