Assalamualaikum semua...
Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa semua..yang bakal jadi bapa pun selamat hari bapa jugak..
Semalam pagi-pagi lagi kakak saya mesej "Hari ni hari bapa". Saya reply "Selamat hari bapa.. : )"
akak saya jawab "aku bukan bapak ko la..mesej kat ayah."..hehehe yelakan...asal saya lembab sangat ni.
kemudian saya terfikir nak mesej apa kat ayah...bagi saya pengorbanan ayah terlalu banyak untuk kami sekeluarga..terlalu besar jasanya..dan terlalu mahal kasih sayang yang diberikan..
Ayah adalah anugerah paling indah dalam hidup saya...Terima kasih Allah kerana telah memberikan saya satu keluarga yang bahagia. Yang dapat saya menumpang kasih sayang di atas dunia ni..tanpa ummi dan ayah siapa lah saya. : )
Dalam hidup saya ada tiga manusia yang paling saya sayang iaitu
1) Ummi
2) Ayah
3) Mak (mak adalah panggilan kepada nenek)
tapi oleh sebab sempena hari bapa saya nak dedikasikan entri ni kat ayah saya. : )
i. ayah adalah lelaki pertama yang saya sayang.
ii. selalunya kalau ada apa-apa masalah, ayah lah orang pertama yang saya cari. (tak kisah malah masalah apa pun...ayah layan kan jer...muahahhh)
iii. ayah bukan seorang yang suka memaksa. kalau ayah tak suka dia akan slow talk dengan anak-anak.
iv. dari kecik lagi saya memang suka ikut ayah saya berkerja..tak kisah lah keje apa yang ayah saya buat saya akan buat jugak..even angkat beras, angkat padi, jual ayam, bawak lori..semua saya pernah buat.
v. selalunya ayah akan support apa jua minat saya dan kalau tak suka dia akan perlahan-lahan bercakap ngn saya dan cuba faham kan saya kenapa dia tak suka benda tu.
Sweetkan ayah saya (^_^)
Sebenarnya banyak benda yang tak nak saya lupa tentang ayah. Salah satu kenangan manis ialah ketika saya nak ambik peperiksaan SPM. Ayah saya datang ke sekolah untuk bagi semangat kat saya walaupun masa tu terpaksa meredah hujan dan kebetulan kampung saya dilanda banjir. Dan ketika nak pergi ambik result spm ayah lah paling berdebar. Ayah cakap kat saya yang ayah tak mintak banyak. Ayah harap saya lulus 4 subjek penting jer. dan bila saya cakap kat ayah yang saya lulus kesemua subjek. ayah lah yang bahagia. suka sangat dia masa tu... ^_^
saya suatu masa dahulu pernah meluka kan hati ayah saya. Berhari-hari saya merajuk. tapi bila saya datang kat ayah saya untuk mintak maaf ayah saya tetap akan cakap "Ayah dah maafkan angah..angah kan anak ayah.." isk..isk.. :'( . Sejak peristiwa tu saya berazam tak nak lukakan hati ayah saya lagi.. Saya sayang ayah saya..
Ayah,
thank you very much for everthing,
you will always be my number one.
May everyone always have smile on their face. =)