Assalamualaikum....salam ceria buat semua..
kali ni saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang saya ambil dari buku koleksi mutiara kata al-qurni
buku ini adalah hadiah dari kawan saya kepada saya..
saya sangat berterima kasih atas pemberian yang tak seberapa ini kerana..
ketika buku ini saya terima saya sedang bersedih..
kesian kawan saya...terpaksa melayan perasan sedih saya..
kebetulan ketika itu kawan saya pun sedang bersedih juga..
kami sama-sama sedang bersedih...;)
dalam buku ini terdapat seratus dua puluh empat mutiara kata
dan mungkin salah satu dari seratus dua puluh empat mutiara kata akan terkesan pada diri anda..
tak mustahil kan??
#1 Mutiara Kata
Ibadah   adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang  terus  berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa, maka ia  adalah  seorang hamba Allah yang saleh.
#2 Mutiara Kata
Sebaik-baiknya  sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya,  anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan  kepada anda kesusahnya dan tidak membocorkan rahsia anda.
#3 Mutiara Kata
Jangan  bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan  saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini.  Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian  bererti anda ingin mempercepatkan datanya kesusahan dan kesedihan.
#4 Mutiara Kata
Jangan  sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi  yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda  berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka  hal itu adalah mustahil.
#5 Mutiara Kata
#6 Mutiara Kata
Kemampuan  melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingati  nikmat-nikmat adalah kebaikan,dan tidak memikirkan kekurangan orang lain  adalah satu keutamaan.
#7 Mutiara Kata
Memberi  maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat  daripada mengangur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan  lebih baik daripada kekayaan.
#8 Mutiara Kata
Bersendirian  lebih baik daripada kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik  daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara berfikir adalah  ibadah dalam bentuk yang lain.
#9 Mutiara Kata
Beruzlah  adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaul adalah bodoh,  menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan  memusuhi mereka adalah tindakan tidak bermanfaat. 
#10 Mutiara Kata
Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugiaan.NotaKaki:: eh..eh..kata banyak tapi kenapa sampai no.10 jer..huhu
Nanti ada masa saya sambung taip mutiara kata sampai habis yer....hehe ;)
May everyone always have smile on their face. =)


