Thursday 10 November 2016

Memori budak 17 tahun


Esok ialah hari kedua peperiksaan SPM seluruh negara.
Bila tengok pelajar-pelajar form 5 tengah struggle untuk menghadapi peperiksaan.
Teringat suatu ketika dahulu pernah berada di tempat mereka. SPM tahun 2004.

#throwback

Hari pertama exam semua pelajar berkumpul di dewan terbuka sekolah untuk taklimat sebelum masuk ke dewan exam.
Ibu bapa juga di jemput untuk datang memberi semangat kepada anak masing-masing.
Pagi itu hujan turun dengan agak lebatnya di sebabkan exam biasanya akan serentak dengan musim banjir di sekitar negeri-negeri di pantai timur.
Aku lihat sudah ramai ibu bapa kawan-kawan aku datang untuk bagi semangat dan doa terakhir.
Aku masih tercari-cari kelibat ayahanda atau bonda atau sesiapa sahaja yang datang untuk bagi semangat sebelum aku masuk dewan exam.

Petang semalam aku sudah menelefon bonda dan ayahanda untuk meminta restu dan memohon maaf.
Ayahanda berjanji akan datang pagi sebelum exam.
Aku masih menunggu.

Kedengaran arahan daripada guru untuk masuk ke dewan exam.
Aku resah....

Tiba-tiba aku lihat dari kejauhan seorang lelaki berbaju hujan sedang meredah hujan..
Lelaki itu berseluar track yang di lipat hingga ke paras bawah lutut...berselipar jepun...di tangan ada kasut yang di bungkus kemas dengan plastik ...mungkin untuk mengelakkan dari kebasahan.

Aku hampir melompat gembira melihat lelaki tersebut.
Ternyata ayahanda tidak mungkir janji... :')

Ayahanda datang dan memeluk aku sambil berkata "Minta maaf ayah lambat sampai. Rumah kita banjir...ayah terpaksa naik bot untuk datang ke sekolah...nak jumpa kak ngah...jawab pekso molek deh.. ummi dan ayah doakan kak ngah''.

Allah.
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana..
Walaupun sudah 12 tahun berlalu...hangat pelukan seorang ayah dan semangat yang di berikan itu masih terasa...

Terima kasih Allah kerana anugerahkan seorang ayahanda yang hebat..
Terima kasih ayahanda untuk kenangan yang indah ini. :')

Mungkin lain orang lain kenangan ketika SPM. THIS IS MINE... 
Thank you for reading.


Dah kenapa Cikgu yang rasa berdebar-debar terlebih ni.. Y_Y
Haip... semoga Allah permudahkan urusan pelajar-pelajar ku..Aaminn.

May everyone always have smile on their face. =)

No comments:

Post a Comment