Friday 11 November 2016

Kagum dengan pelajar sendiri

Seorang guru hakikatnya sedang belajar sesuatu dari pelajar-pelajarnya.

Seorang pelajar yang tugasnya adalah untuk memastikan semua pelajar-pelajar lain solat berjemaah setiap waktu solat (kecuali yang uzur). Setiap tiba waktu solat akan kedengaran suara nyaring memanggil rakan-rakannya untuk solat berjemaah (terutamanya waktu subuh dan maghrib).

''Solat...solat...semua masuk saf..''

Suatu hari, kakak pelajar tersebut datang ke sekolah untuk menjemput pelajar tersebut pulang di sebabkan ibu pelajar tersebut meninggal dunia. Kakak pelajar tersebut datang awal pagi sebelum azan subuh.

Kami, cikgu-cikgunya berpakat untuk melawat pelajar tersebut pada sebelah petang. Di rumah pelajar tersebut kelihatan tenang-tenang sahaja.. Saya kagum dengan didikan dan ketabahan pelajar tersebut. Satu soalan dari mulut pelajar tersebut yang membuatkan saya rasa terharu.

''Cikgu, pagi tadi macamane budak-budak solat subuh. Dorang bangun solat subuh tak? Siapa yang kejutkan dorang.?''

Allah.

Dalam keadaan mak nya sudah tiada di dunia ini. Yang menjadi kerisauannya ialah solat kawan-kawannya. Saya benar-benar rasa terkesan. Besar sungguh pahala yag dia dapat. Setiap hari. Lima kali sehari ditambah dengan solat dhuha dan solat-solat sunat yang lain.

Saya, cikgunya rasa kagum...dan rasa terlalu kecil kalau nak di bandingkan dengan kebaikan yang telah pelajar saya lakukan.

Semoga dia mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Aaminn. :')

May everyone always have smile on their face. =)

No comments:

Post a Comment