Tuesday, 31 December 2013

My New Year Resolutions : 2014

Assalamuaikum, dear diary.. J

Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan meninggalkan tahun 2013.
That’s mean 2014 will be coming soon.
Bertambah 1 tahun lagi usia kita.
Cuba check balik azam tahun 2013.

Urmmm….
Ada yang dah complete
dan banyak lagi yang belum complete…. L
So, for the incoming year tak payah wat azam baru…
RECHECK balik azam tahun lepas..

Work hard on its and make its complete….INSYA ALLAH J

Pssstt//: Azam tahun ni nak dapatkan jugak jam tangan bonia…boleh?? hihi J

May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 27 December 2013

Day Dream

I had a dream.
In my dream, I have a baby.
I don’t know her real name but I call her ‘Amna’.
She is very clever and talkative child. J

Baby yang saya pegang tu anak sedara kawan saya.
Her name is Husna. :)

Habis mimpi saya sambung berangan pulak....haha
K.A.L.A.U saya ada anak perempuan, saya nak letak nama AMNA NAFEESA.
Amnah means ketenangan.
Nafisah means yang amat berharga/kedudukan tinggi
Ngeee ~~

Hihi (^_^)

My 'Amna'...insyaAllah :)
NotaKaki: Ouh..rupa-rupanya Amna Nafeesa ialah nama anak Wardina Safiyya. Amna Nafeesa bermaksud Ketenangan yang berharga. Lepas google lam tenet bru tau...sebelum ni tak pernah ambil tau pn..huhu :)

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 9 December 2013

My Ex-roommate's Wedding.

Selepas wedding yana dan wan....sorang lagi bff saya akan berkahwin...kali ni saya akan ke Terengganu pula...wahhh excited sebab awal-awal lagi bakal pengantin dah tempah tiket flight kat saya...weee~~~

Suasana pagi di atas awan.. :')
Sampai jer kat terengganu terus cari nasi dagang tganu...hehehe :) 

#savethedate 06 december 2013

Seperti pinang di belah dua...
sama cantik dan sama padan :)
Husna yang comeyy.. :')

Dear friends Adibah Zamri dan Azrin Raimi, 
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair. 
Mudah-mudahan Allah memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, 
dan moga-moga Allah himpumkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 30 November 2013

Cikgu tak kesian kat kitorang ke??

#flashback

Teringat hari terakhir saya sebagai cikgu ganti di sebuah sekolah menengah islam,
perasaan sedih dan sebak untuk meninggalkan sekolah membuak-buak,
tapi saya diamkan saja.
Riak muka, saya pamirkan setenang yang mungkin.

Selepas jumpa pengetua sekolah untuk hantar surat letak jawatan.
Perlahan-lahan saya menyusuri kaki lima sekolah.
Mengintai adik-adik yang sedang belajar dalam kelas.

Dalam hati berbisik, “Selamat tinggal semua. 
Semoga kamu semua dapat memanfaatkan ilmu yang telah cikgu ajar sepanjang cikgu berada di sini".

Walaupun tempoh masa yang sekejap,
tapi saya rasa benar-benar rapat dengan mereka.

Bagi setiap kelas yang saya ajar,
saya masuk ke dalam kelas dan beri sedikit kata-kata nasihat terakhir.

Lagak seperti pesanan seorang kakak kepada adik-adiknya.
Masing-masing menunjukkan riak muka sedih,
terkejut dan tidak menduga saya akan berhenti kerja secepat itu.

Tiba-tiba seorang murid bersuara
“Cikgu janji tak nak tinggalkan kitorang. 
Sampai hati cikgu, cikgu tak kesian kan kitorang ke? ”

Ya allah, saya benar-benar rasa tersentak dan tidak tahan sebak. 
Terus berlari keluar dari kelas dan sampai di kereta hati terasa hangat. 
Pipi terasa basah. Ya, ketika itu memang saya menangis. 
Sedih nak tinggalkan anak-anak didik saya yang dah saya anggap macam adik-adik saya sendiri.

Tapi apakan daya, ini adalah jalan yang telah saya pilih. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan saya dan anak-anak didik saya 
di dunia dan di akhirat.

“Robbi yassir wala tu’assir”

May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 29 November 2013

Tips : Cara minum air yang baik : )

Cara minum air yang baik....

a) Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

b) Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

c) Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum.

Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

Wallahu’alam

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.”
(HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidz)


May everyone always have smile on their face. =)

Semasa di Bandung

Pagi sabtu yang lepas, saya terima panggilan telefon daripada ayahanda jauh dari Bandung.

Ayahanda : Macamane interview. Ok tak?
Saya : Tak tahu la dapat ke tak? Peluang untuk lulus cuma 25% jer.
Ayahanda : Kenapa sikit sangat tu? Tak pe la dari tak ada langsung. (ayat untuk sedapkan hati)
Saya : Kenapa susah sangat nak dapat apa yang kita ingin kan? Bla..bla..bla..bla (yang keluar semua ayat mengeluh dan merungut. Tapi jawapan ayahanda paling sempoi. Nak pengsan dengar)
Ayahanda : BIASA LA TU. NAK DAPAT PAHALA ALLAH BUKAN SENANG. PERLU MUJAHADAH & ISTIQAMAH YANG TINGGI.
Saya : Adoi..pengsan : )

Ayahanda semasa di Bandung

Ayahanda bersama rakan-rakannya

#Insya Allah....rezeki, ajal, maut, jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Kalau ada rezeki ada la kan? Kalau tak mungkin tu tak terbaik untuk kita. ROBBI YA SIRR WALA TU A SIRR ( Ya Allah kau permudahkan jangan kau susahkan.)

Tolong doakan yang terbaik untuk saya ye. : )
 
May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 28 November 2013

Silly of me: cries over small matter...hahaha(laugh to myself) ;P

Selalunya kalau saya tengah bersedih atau tengah menangis..
Mesti lepas tu akan dapat panggilan dari ayahanda terchinta.
Sixth sense seorang ayah memang kuat eh?

Ayahanda : Angah ada masalah ke?
Angah : Takde lah (ayat cover padahal ada jer problem) bakpo ayah?
Ayahanda : Tak tahu la. Ayah rasa macam ada benda tak kena jer...
Ingat angah ada masalah.
Angah : Ayah rindu angah la kot. Tu yang tak senang hati tu.
Ayahanda : Mungkin la kot. Bila angah nak balik kampung ni?

Uwaaa..memang sambung nangis la lepas tu...
Tengah sedih-sedih pahtu ada pulak yang tanya kenapa...
dan tanya bila nak balik.
Memang saje jer kan....hukhukhuk :'0


Noted : Ada sorang kawan cakap muka saya sangat buruk bila menangis....
buruk ke? Muahaha..kejam sungguh..

Memang tak menjaga hati langsung..hahaha : )


Compared of my crying face,
I love my smiling face the most....
muahahaha gitew. : )
Bersabar itu tiada rugi...dan dalam bersabar itu teruskanlah berusaha lagi...kita tak tahu apa yang Allah telah susun untuk kita...tapi kita harus yakin dan tahu bahawa Allah hanya susunkan yang baik-baik untuk kita... : )

May everyone always have smile on their face. =)