Showing posts with label ImpiaN ku. Show all posts
Showing posts with label ImpiaN ku. Show all posts

Friday, 27 December 2013

Day Dream

I had a dream.
In my dream, I have a baby.
I don’t know her real name but I call her ‘Amna’.
She is very clever and talkative child. J

Baby yang saya pegang tu anak sedara kawan saya.
Her name is Husna. :)

Habis mimpi saya sambung berangan pulak....haha
K.A.L.A.U saya ada anak perempuan, saya nak letak nama AMNA NAFEESA.
Amnah means ketenangan.
Nafisah means yang amat berharga/kedudukan tinggi
Ngeee ~~

Hihi (^_^)

My 'Amna'...insyaAllah :)
NotaKaki: Ouh..rupa-rupanya Amna Nafeesa ialah nama anak Wardina Safiyya. Amna Nafeesa bermaksud Ketenangan yang berharga. Lepas google lam tenet bru tau...sebelum ni tak pernah ambil tau pn..huhu :)

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 21 January 2012

Koleksi Mutiara Kata Al-Qurni

Assalamualaikum....salam ceria buat semua..
kali ni saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang saya ambil dari buku koleksi mutiara kata al-qurni
buku ini adalah hadiah dari kawan saya kepada saya..
saya sangat berterima kasih atas pemberian yang tak seberapa ini kerana..
ketika buku ini saya terima saya sedang bersedih..
kesian kawan saya...terpaksa melayan perasan sedih saya..
kebetulan ketika itu kawan saya pun sedang bersedih juga..
kami sama-sama sedang bersedih...;)

dalam buku ini terdapat seratus dua puluh empat mutiara kata
dan mungkin salah satu dari seratus dua puluh empat mutiara kata akan terkesan pada diri anda..
tak mustahil kan??

#1 Mutiara Kata
Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang saleh.

#2 Mutiara Kata
Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahnya dan tidak membocorkan rahsia anda.


#3 Mutiara Kata
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datanya kesusahan dan kesedihan.


#4 Mutiara Kata
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.

#5 Mutiara Kata
Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.

#6 Mutiara Kata
Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan,dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.

#7 Mutiara Kata
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada mengangur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.

#8 Mutiara Kata
Bersendirian lebih baik daripada kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara berfikir adalah ibadah dalam bentuk yang lain.

#9 Mutiara Kata
Beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaul adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan tidak bermanfaat.

#10 Mutiara Kata
Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugiaan.
  
NotaKaki:: eh..eh..kata banyak tapi kenapa sampai no.10 jer..huhu
Nanti ada masa saya sambung taip mutiara kata sampai habis yer....hehe ;)

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 12 January 2012

Cinta pandang pertama.

Assalamualaikum...bloggers.
ni saya nak bercerita pasal cinta pandang pertama.
ye..memang sekali pandang terus jatuh cinta...
macamane nihh??
ensem sangat..sumpah macho tahap dewa..

 Nikon D3100 Red color

Nak ni...nak dia ni..nak jugak...
hensem kan??
macho kan??
malam ni mimpi dia.
ok bye ^_^
 
notasukasuki:: saya review kamera nih lepas tengok wishlist dalam blog Dena Bahrin...patut ar si dena tu terus terima proposal lepas tunang dia bagi kamera nih dan bunga plus video suweet giler..untung la dena..dah la tunang ensem tambah ensem lagi bila bagi kamera macho cangini....saya jeless...haha kbai..

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 1 January 2012

Selamat Datang 2012.

Assalamualaikum...semua
selamat datang tahun baru 2012
 saya berdoa semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum
saya berharap tahun ini adalah permulaan untuk lebih berjaya dan terus berjaya 
saya memohon semoga di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat...
amean..

 semoga penulis lebih rajin belajar, lebih berakhlak mulia, lebih berjaya, lebih ramah, lebih pemaaf, lebih pemurah, lebih kurus, lebih cantik, lebih segala nyer...eh..eh macam lebih-lebih pulak kan..kbai..
hehehe

May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 23 September 2011

Impian oh impian.

Bagi saya hidup tanpa impian ibarat layang-layang terputus tali. Melayang tanpa arah dan tujuan. Saya tak nak hidup saya jadi macam layang-layang terputus tali. So cekedaut impian yang dah lama saya setting dalam kepala tapi segan nak bagitau kat orang.

Senarai impian yang ingin di capai dalam hidup:
  1. Saya ingin melihat bonda dan ayahda saya tersenyum bangga mempunyai anak perempuan macam saya. InSyaAllah...walaupun saya tahu saya ni bukan kategori wanita solehah kebanggaan tapi saya harap saya dapat menjaga adat sopan dan tatasusila sebagai umat islam.
  2. Saya ingin menjadi seorang pendidik yang di sayangi oleh anak-anak didiknya. Sebenar nya ini cita-cita bonda dan ayahda saya tapi akan di realisasikan melalui anakanda mu ini. Saya selalu berdoa..Ya Allah perkenankan lah impian saya yang ini. Amean.
  3. Saya juga ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya since saya minat gak berniaga..dari kecil lagi ayahda saya selalu sangat bawak saya pergi berniaga. dah serasi sangat dah jadi darah daging dah pun.
  4. Saya ingin membantu adik-adik saya dan menjadi inspirasi kepada mereka untuk berjaya. Biar dorang bangga sikit ngn kakak dorang.
  5. Dan yang paling utama saya ingin menjadi wanita paling bahagia dan berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.
May everyone always have smile on their face. =)