Sunday, 30 June 2013

Would you??

~ 'It is so easy to judge me, based on what you think you know about me. But, would you walk a mile in my shoes?' ~

cantik sport shoes nie..ok nanti nak letak dalam wish list la..muahaha :)



May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 5 April 2013

Ragam

Keluar dari bilik air, adik menangis teresak-esak..

me   : La...kenapa adik menangis ni?
adik :  isk..isk kakak. (sambil lap inguss)
me  : kenapa dengan kakak??
adik : tadi lepas mandi kakak sentuh adik. batal air sembahyang adik..
me  : Lah..dah kan adik beradik mana batal air sembahyang.. dah g naik pakai baju..

Adoi geram jer rasa. sorang suka menyakat dan sorang lagi tersangatlah manja. ;(


May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 1 April 2013

Me as a Teacher :)

Assalamualaikum.w.b.t

Pengalaman pertama kali mengajar adalah pengalaman paling manis bagi saya. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan mengajar buat masa terdekat ini memandangkan saya baru sahaja tamat latihan praktikal. Benarlah kata-kata orang, Rezeki ALLAH ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.


Teringat perbualan saya dengan bekas pengetua sekolah menengah Chabang Empat beberapa tahun yang lalu. Ketika tu, saya baru tamat SPM dan pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk cop dan tandatangan sijil-sijil sekolah.

Pengetua : Awk, lepas belajar nak jadi apa?

Saya       : Saya nak jadi cikgu, macam cikgu. 
(ketika tu tuan pengetua adalah inspirasi saya..hihi)

Pengetua : Kenapa nak jadi cikgu?

Saya       : ............
(saya memang tak ada alasan kenapa nak sangat jadi cikgu.
yang saya tahu, itu cita-cita saya sedari kecil lagi)

Pengetua : Kalau nak kaya jangan jadi cikgu. 
Jadi cikgu ni, kaya dengan pengalaman jer. Duit tak ada.

Saya       : Baiklah cikgu. :)

Tapi bagi saya jadi cikgu tak kaya di dunia tapi kaya di akhirat. Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. TERIMA KASIH CIKGU :D dan kepada bakal2 cikgu, selamat berkhidmat.

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 22 December 2012

Thank you for all beautiful moments.

Dear friends, 
Thank you for all the loving memories, wishes and supports. Those are the beautiful moments of my life. For those who wish me farewell wishes, I really appreciate those things. It might be simple to others but I love it so much. For me farewell is most difficult moment but sometimes it makes me feel special with those things. Thank you dear..thank you very much. =)
"Just a note to say, as you move into a new venture,
may luck and success will always be with you ♥"
A wishes from Adibah Zamri
Those 'duyan' are for my farewell as I love duyan so much.
From Farhani Hanania
Anak katak hijau gemuk gedepong for me,
A couple of smiley for Adibah,
and A couple of bear in pink car for Farhani.
Symbolic of three girlfriends...
Friendship Never Ends! InsyaAllah ♥
Note: Esok saya balik kampung...seronok tapi sedih nak tinggalkan kawan-kawan especially my rumate. sobss ;'(

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 20 December 2012

Thanks GOD

الحمد لله Segala puji bagi Allah =) 
Sebenarnya saya tak sangka akan sampai ke tahap hari ni...dan paling saya tak sangka saya dah habis praktikal. Habis praktikal membawa maksud saya dah complete study. dah habis degree cuma nak tunggu konvo jer lagi...alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana telah hantarkan kepada saya orang yang baik-baik sepanjang perjalanan saya sampai lah ke hari ni..Terima kasih umikusayang dan ayahda yang tak pernah putus-putus bagi sokongan dan paling penting doa ummi dan ayahlah yang banyak membantu dan kehadiran kakak, adik-adik dan teman-teman yang tak pernah nak bagi peluang kat saya merasa erti sunyi...terima kasih sebab selalu ada di saat suka dan duka...I love u all <3

May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday, 12 December 2012

Mimpi~~

“Semalam mimpi dia…saya tengah termenung sorang diri...kemudian dia datang dari arah belakang. Tepuk-tepuk belakang saya...dan bila saya tersedar baru saya ingat yang dia dah tak ada di dunia ni.... dia dah pergi meninggalkan saya dan orang-orang yang dia sayang...AL FATIHAH untuk dia...moga aman disana..”

Dia ialah cikgu matematik sekolah rendah saya....

Dalam mimpi tu saya tengah termenung kat padang sekolah... tiba-tiba cikgu datang dari arah belakang dan sentuh bahu saya...sambil tepuk belakang saya.. tepukan tu semacam nak bagi semangat kat saya...betul ke!!?. Mungkin jugak, sebab dalam minggu ni saya asyik sedih, stress dan rasa macam nak makan orang jer...(jangan terkejut..I am monster you know...)

Saya sebenarnya tak tahu lepas praktikal nak buat apa...sama ada nak sambung master, nak kerja ataupun nak kawin jer...(jadi surirumahtangga yang ada degree pun ok apa??hehe) Nak sambung master? kebanyakan orang cakap master tu susah...lagi-lagi master in applied mathematics....tanya kawan-kawan yang lain, semua cakap tak nak sambung belajar dah....semua nak kerja.... tanya senior,  diorang pun cakap master susah....sedih nya dan stress nya.....tanya lecture untuk mintak pendapat pulak...masing-masing bagi pandangan yang negatif dan sedikit jer yang positif... jumpa lecture A... lecture A cakap “ saya tak sokong awk ambik master, saya takut awak tak mampu. ”... Lecture B pulak cakap “ why not u cari keje dulu, then klu rajin smbung master”....Lecture C pulak cakap “saya tak berapa berkenan kat awak..awak cari lecture lain jer la”...iskiskisk...menangis dalam hati jer lah yang mampu ;’(

Stress sangat bila kita nak kan sesuatu dan tak dapat sokongan dari kawan-kawan dan lecture....time-time macam ni la rasa bersyukur sangat dapat family yang sokong 100% dan faham dengan apa yang kita nak... dan pada masa macam ni jugak mimpi dia datang bagi sokongan...terima kasih ;')

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams 
Nak kerja...saya rasa macam tak yakin dapat adapt dengan suasana kerja....terasa diri ni tak cukup lagi ilmu dan rasa tak layak untuk kerja lagi...lagipun memikirkan ramai siswazah yang dah lama graduate pun tak dapat kerja..inikan pula saya yang masih baru nak bukak tirai cari kerja....dan untuk kawin pula..memang saya tak layak pun nak kawin lagi....mana ada duit...dah ler study pun pakai duit mak ayah takkkan la nak kawen pun guna duit mak ayah jugakkkk....tak tahu malu ker??? Hikhikhik  ;'P..sekian bye.

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 9 December 2012

Instiadat konvokesyen ke-77

Alhamdulillah.....selepas tiga tahun menyambung pengajian dalam bidang matematik perkomputeran akhirnya tamat....penat lelah selama tiga tahun terhasil dengan penerimaan ijazah saujana muda...tapi bukan saya yang konvo...kawan-kawan saya....saya belum konvo lagi...sekarang tengah praktikal ye..harap maklum =P
wawa dan wani ^_^
Cik wani...Antara kawan yang baik...mula kenal masa pertama kali masuk degree...satu-satunya kawan senegeri iaitu negeri cik siti wan kembang.
wani jb, mira dan syam =)
Selain wani, jumpa mira, syam dan wani jb (dalam kelas ada tiga orang yang nama wani. jadi kitorang panggil nama wani ikut negeri masing-masing...wani jb, wani penang dan wani klate..antara ketiga-tiga wani yang ada, saya paling rapat dengan wani klate..dengan kawan-kawan yang lain pun rapat jugak..hihi). Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan saya yang konvo...tapi mungkin tak ada jodoh nak jumpa hari tu...takpe ada jodoh kita jumpa lain kali.

Untuk kawan-kawan saya yang telah konvo...saya ucapkan TAHNIAH...In Sya Allah...tahun depan giliran saya pula...Instiadat konvokesyen ke-78 =)

May everyone always have smile on their face. =)