Tuesday, 26 April 2016

Love you in silent

I choose to love you in silence for in my silence I find no rejection.
I choose to love you in loneliness for in my loneliness no one owns your heart.
I choose to adore you from a distance for distance shields us both from pain.
I choose to imprison you in my thoughts cause in my thoughts, freedom is for me to decide.
I choose to kiss you on the wind for the wind is gentler than my lips.
I choose to hold you only in my dreams for in my dreams there is no end.


-unknown-

Sunday, 10 January 2016

Que Sera Sera Part II

Que sera sera maksud dia apa nak jadi jadi lah. Ini tema aku tahun ni..haha :')

Sepanjang tahun 2015 telah banyak suka duka yang telah aku lalui. 2015 meninggalkan banyak memori terindah buat aku. Bermula dengan kerjaya sebagai guru di sebuah sekolah agama kemudian aku menyambung pengajian jarak jauh pada 3 oktober 2015. Pahit manis kehidupan adalah kenangan paling indah bagi aku.

Syukur alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2016.



For 2016 I was a teacher and on the same time as a student.
 They are tough responsibilities for me.
Wish me luck.. ^_^

New year, new place, new environment, new semester, new classmate, new lectures and probably a new version of me!!


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 2 January 2016

Year 2016 Whatever will be will be


' Yesterday's the past, tomorrow's the future but today is the gift. That's why it's call the present. '

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2016. Alhamdulillah. Rasa macam sekejap jer masa berlalu. Ramai yang tengah ataupun dah merancang azam tahun baru. Azam tahun baru aku adalah untuk menaip seberapa banyak entri yang boleh dalam blog ni.hihi :) Rasa rindu nak meluah perasan dan membebel kat sini. Rasa macam dah tak reti dah nak menulis tu macamana..hii~~'

Selain nak tulis entri banyak-banyak dalam blog ni, azam tahun baru aku ialah aku nak jadi orang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. In sya Allah.

Doakan aku kawan :")

Doakan aku dapat bertahan dengan cabaran-cabaran yang akan aku tempuhi sepanjang kembara hidup ini. Aaminn.


May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday, 30 December 2015

Saturday, 26 December 2015

Rinduu nak menulis dalam blog ~~'

In sya Allah akan terus menulis lagi :')








May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 8 August 2015

Busuk yang wangi hodoh yang cantik.

This is my story...
Ketika aku masih berstatus pelajar.

Aku ada seorang kawan yang sangat prejudis dengan orang kelantan.

Semua pasal kelantan bagi dia sangat membencikan.

Dengan takdir Allah dia ter'berkawan' dengan aku yang memang pior dari kelantan. 

Kawan aku pernah cakap, kalau mula-mula dulu dia kenal aku dan dia memang dah tahu aku ni asal kelantan. Mesti dia awal-awal lagi tak nak berkawan dengan aku. Tapi oleh sebab dia tak tahu dan dah terlanjur berkawan dengan aku. Kami tetap jadi kawan.

Hari-hari dia kutuk kelantan. Mula tu rasa geram jugak. Tapi aku biar kan jer. Bagi aku apa yang dia cakap tu hanya lah pendapat dia sahaja. Dan pendapat dia tak semestinya betul.

Kami tetap berkawan.

Satu hari kami pergi pasar. Aku pergi beli nasi kerabu.

Masa tu lah kawan aku cakap kat aku. Nasi kerabu adalah nasi yang paling dia tak suka. Tanpa rasa bersalah pulak tu kutuk depan-depan aku.
Aku tanya dia kenapa tak suka nasi kerabu? Kawan aku cakap sebab warna nasi tu hodoh lepas tu pulak ada sos bilis yang entah apa-apa. Bau busuk lak tu. Hamboi sedap hati dia jer kutuk feberet aku. 

Aku tanya dia. Ko pernah rasa ke nasi yang ko cakap hodoh dan busuk tu.
Kawan aku cakap tak pernah.

So aku cakap kat dia. Apa kata kalau ko cuba rasa nasi hodoh tu.

Sekali dia ngap..terus jatuh cinta..hahahaha :'D

Tu la...lain kali 'Dont judge book by it cover.. try to open it and explore it. I am sure you will be falling in love with it'.

Mana tahu yang busuk tu sebenarnya wangi dan yang hodoh tu sebenarnya cantik. You'll never know kan. :')


My feberet ever.. :')

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 28 July 2015

Bukan ostajah

Peristiwa ini berlaku petang tadi. Masa kelas tambahan. Pukul 3 hingga 5 petang.

Saya mengajar sekelas sepatutnya ada lebih kurang 30 orang pelajar. Tapi yang tinggal hanya 11 orang sahaja. Pelajar yang lain hilang tanpa jejak.

Saya mula nak mengajar, tapi masing-masing buat muka tak minat belajar. Masing-masing penat dan muka excited nak balik rumah jer. 

Uish...rosak mood saya nak mengajar.

Then, ada dua tiga orang pelajar minta izin balik awal. Ada juga yang minta saya batalkan terus kelas hari ni. 

Saya diam sekejap. Kemudian saya tanya pelajar saya.

Saya : Kalau saya batalkan kelas hari ni. Apa saya nak jawab kat mudir kalau mudir tanya saya?

Pelajar 1 : Teacher ajar la sikit-sikit lepas tu dah boleh balik.

Pelajar 2 : Teacher cakap la tak de pelajar dalam kelas hari ni.

Pelajar 3 : Teacher kita rilek-rilek sudah la. Tak payah belajar hari ni.

Pelajar 4 : Teacher, kami dah penat.

(Macam-macam lagi jawapan mereka)

Saya : Ok!! Kata kan lah saya batalkan kelas hari ni dan bagi awak semua balik awal. Lepas tu mudir tanya saya, saya pula cakap yang saya dah mengajar awak semua. Padahal saya tak mengajar pun. Lepas tu saya terselamat dari mudir. Macamana pulak nanti bila Allah yang tanya saya. Apa yang saya nak jawab?

Masing-masing terdiam.

Akhirnya kelas ini berjaya tamat tepat pada masanya.

Hehe :'D

Untung mengajar di sekolah agama sebab kalau kita cakap sikit pun mereka boleh terima dan faham. Mungkin dah hari-hari kena tarbiah dengan ostad dan ostajah mereka kot. Tapi saya bukan ostajah..hihihi :)

Form 1

Geng kakak-kakak form 3.

Dorang kalau bab selpie memang terbaek..hihihi :)

Semoga berjaya dunia akhirat.

Sayang korang semua..

Last day with them. Winduu ~~'

SMU(A) Meheliah Geting dalam kenangan. :'D

May everyone always have smile on their face. =)