Saturday, 13 December 2014

Resepi cheesekut

Sebelum ni,
 aku pernah cakap nk update resepi stail norawanisz kan??
Nah..
ni resepi cheesekut..
sape suka makan cheesekut boleh geng ngan aku...
Ekekeke~~

Simple jer...

Ni antara bahan-bahan yang di perlukan


1. Biskut 
2. Susu pekat
3. Susu cair
4. Cream cheese (aku guna brand tatura)
5. Milo/oreo/nestum (optional)
5. Bekas untuk isi cheesekut


Mula-mula ambik tiga bahan ni then kacau guna mixer. Kalau korang nak guna blander pun boleh. Cheese cream aku guna semua yang 250g campur 1/2 tin susu pekat dan beberapa sudu susu cair (aku letak 5@6 sudu susu cair). Kalau nak lagi manis tambah lagi banyak susu cair. 


Lepas tu ambik biskut dan rendam dalam susu cair. Tak payah rendam lama sangat. Bagi biskut tu tenggelam dalam susu sudah la. Pahtu angkat susun dalam bekas. Selangkan dengan bahan yang di blend/mixer td. Letak selapis demi selapis berselang seli. Mulakan dengan cream cheese kemudian biskut. Lapisan paling last letak cream cheese.


Optional. Boleh guna milo atau oreo atau nestum sebagai topping cheesekut korang. Aku guna milo. Senang. Balance nanti aku boleh buat air milo..haha 


Aku susun cheesekut dalam bekas ni. Bekas ni aku beli kat parkson. Rm8.99 untuk 9 bekas. Aku rasa sangat mahal. Tapi aku beli jugak..huhuhu demi mu cheesekut :'(


So, tadaaa~~♥♡♥
My cheesekut ready to eat . 

Ittadakimasu (~_^)

Pesanan penaja: 
Nak sedap lagi simpan dalam peti sejuk semalaman
Lau dah tak sabar boleh terus ngap.haha

Sayonara..ai shiteru~~♡


May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 12 December 2014

Resepi ringkas lagi sedap

Weyh...nak share kat korang resepi paling ringkas tetapi sedap..hihi :)
Nah..siap step by step lagi..
Bahan-bahan pun tak banyak..
nama pun resepi ringkas...
harus la ringkas dan padat kan..hihi :P

















Semua pun nampak menyelerakan..
Adoi...tiba-tiba rasa lapar pulak..hahaha :)
Happy cooking and eating..
Ittadakimasu ; )

#psst..nati aku share resepi ringkas gaya norawanisz plak.hihi

May everyone always have smile on their face. =)

Review buku 140 tips mencari rezeki yang halal untuk mencapai kekayaan

Terjumpa buku ni kat almari masjid At-Takwa. Sambil belek-belek buku ni terus cakap "nak curi kejap lah buku ni".  My mom kat sebelah dengar terus menyampuk " apa pulak curi, nak baca pinjam je la..." hehehe marah nampak...orang gurau jela... :)


Actually belum betul-betul baca buku ni lagi. Tips ke-100 menarik minat aku.. Membayar hutang dapat membuat orang menjadi kaya..huh camne tu? 

'Dalam Islam kekayaan yang sebenar bukanlah setakat kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta, ia sebenarnya memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu. Seseorang itu belum dianggap kaya jika ia tidak dapat menseimbangkan kekayaan material dengan kekayaan rohaninya yang berdasarkan kepada nilai-nilai Islam yang sejati. Sebab jika ia hanya kaya dari segi zahir sahaja, tetapi dihatinya tersemat perasaan tamak, dengki, khianat, sombong, 'ujud, tinggi diri, bakhil dan sebagainya, maka tidak ada gunanya kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu. Sebab kekayaannya itu tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, tidak dapat memberi faedah kepada anggota masyarakat yang fakir dan yang miskin. Ia hanya kaya untuk dirinya. Tidak untuk orang lain. Kekayaan seperti ini bertentangan dengan semangat Islam. Sebab orang Islam apabila ia kaya dan berharta, di sana ada hak untuk orang lain.'

Ni sebahagian catatan dalam buku ni... Best sangat tulisan Haji Hasan Muhammad Al-Khairun setandingan dengan buku-buku penulis barat seperti How to be a millionare yang membawa ideologi barat yang hanya mementingkan fahaman kebendaan (materialisme). So, I recommend all of you dis book.. happy reading..lets discover :)


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 11 December 2014

Al-QURAN MENUNJANGI KEHIDUPAN

Tu tema majlis khatam hafazan al-quran sekolah adik aku (Luqman Hakim). Semalam banyak kali ayahanda pesan kat aku suh bawak kamera. Nak ambik gambar akim katanya.. kebetulan ayahanda tak dapat ikut sama... maka jadi lah aku merangkap driver dan photography tak bertauliah pada hari kejadian.. hehe :)

Tahniah akim.. we proud of you :)
Terima ijazah dari tuan pengetua.

Para hafiz.. 27 orang semuanya. 


Lepas bacaan al quran oleh para hafiz dan doa khatam al quran...aku tgk mata umi merah dan berair...tangisan gembira seorang ibu.. aku yang melihat ni pun terasa sebak... dalam hati mula tanam cita-cita...lau ada anak nak hantar sekolah tahfiz jugak... biar ikut jejak ayah sdara dia gak..hehe jauh nau berangan...kikiki :D

♡♥♡ Sayonara ai shiteru~~`♥♡♥

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 9 December 2014

New Sport Shoes

Assalamualaikum dearly...
Ohayou gozaimasu watashi no ai..... :) 

Al-kesah nyerrr.

Baru-baru ni kawan baik ajak pergi jogging.. aku punyer la semangat nak pergi...tercari-cari kasut sukan tak jumpa...aikk pelik jugak....rupa-rupa nya kasut ku di rembat oleh kakak tersayang...aduyai..aku jugak yang bagi pinjam...camne leh lupa ni...ishh.. :') Bila mintak balik kasut tu..boleh pulak my sis cakap " ko beli la yang lain.. yang ni bagi aku...aku tak de kasut sukan ni "... huk huk huk nangess.. T.T

Jadi nyer aku pergi lah mencari kasut sukan yang baru....

Jumpa kasut ni terus jatuh chenta..hihiihii (@_@)

hoih...cantik, murah dan tersangatlah selesa...sape tak jatuh cinta kan??hehehehe

Kasut ni ada extra kusyen...sangat lembut dan selesa..hihihi :P

Kasut ni besar satu saiz dari kasut sukan yang lama....tapi kasut ni tersangat selesa sebab ada extra kusyen.. lagi satu kasut ni tersangatlah murah sebab masa aku beli ada 50percent discount... time-time ekonomi gawat ni..haruslah bijak membeli kan??hihi

Overall....aku sangat berpuas ati dengan kasut baru....jadinya aku pun hantar sms kat bff ..


"yunk..aku dah beli kasut sukan..jom jogging nak??"

"yeke? Jom la..bila?"

"pagi esok nak?"

"ok..boleh jer"

"Pas jogging kita pergi pekene roti ngan teh tarik nak?"

"beress bohh.."


Lepas jogging pergi makan roti canai ngan teh tarik..elok sangat la..hehehe ;P

sayonara watashi no ai~~

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 2 October 2014

Doa yang selalu aku baca sebelum mula mengajar.

Kebiasaannya bila guru masuk kelas, murid akan berdiri, guru bagi salam, kemudian murid akan baca doa sebelum belajar..

Dan aku pun ikut sekali baca doa...

Ni doa yang selalu aku baca sebelum mula mengajar..

Doa Kelancaran Lidah

Rabbisyrahlil shadril wayassirlli amril wahlui 'uqdatan millisaanii yafqahu qaulli..

" Ya Tuhan kami! Luaskanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah ikatan dari lidahku semoga mereka akan mengerti perkataan ku"

Semoga mereka mudah faham dan cepat tangkap apa yang aku bebel kat depan.. Ini salah satu usaha aku untuk membantu anak didik ku...

Segala ilmu yang ada adalah milik Allah...dan hanya Dia yang layak untuk memberi pada sesiapa yang dihendakiNya...Aku hanya lah menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan..seadanya.. :)

May everyone always have smile on their face. =)

Don’t you think they are so adorable??

Assalamualaikum wbt...

Lamanya tak taip entri kat sini….tiba-tiba rasa rindu pulak :')

Selama aku tak menaip kat sini macam-macam dah berlaku..

Aku tamat kontrak di kementerian pertanian, kemudian kerja kat Taska di Puchong, kemudian sempat menjadi penganggur untuk beberapa bulan, kemudian kerja di Taska lagi dan akhirnya aku berkerja  sebagai guru ganti di sek men ugama…

Fuhh..dalam beberapa bulan jer aku pegang banyak jawatan… :P

Dan dalam banyak-banyak jawatan yang aku sandang tu…kerja kat sekolah lah yang paling best..
Aku sangat minat mengajar, jadi aku rasa mengajar macam sebahagian dari jiwa aku..eh..boleh?? hihi :')

Hari pertama mengajar, aku tak berapa suka sangat sebabnya sekolah yang aku mengajar tu still pakai blackboard dan kapur. Aku pulak alergik dengan debu kapur dan dengan kelas bersepah lagi..masyaallah…nak menangis rasa :'(

Tapi perasaan tu sekejap jer…lama sikit kat sekolah tu aku mula dapat adapt dengan suasana….sebelum mula kelas aku bagi arahan supaya semua murid kemas dan sapu sampah…kemudian baru dapat belajar dengan selesa nya.. : )

Nak tahu tak?? Aku mula jatuh cinta dengan suasana sekolah…mungkin sesuai dengan jiwa aku kot…kalau cuti sekolah jumaat sabtu..mesti aku rasa tak sabar-sabar nak tunggu hari ahad.

Dua bulan berlalu dengan sekejap nya…pejam celik pejam celik guru yang aku ganti dah kena masuk bertugas..and I have to say good bye to my students…

Sedih tau :’(

But, I have to go…pergi dengan hati yang tak rela..

Doaku semoga kalian menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat..

Best moment ever.... :')






They are so adorable...miss them so much. :')

May everyone always have smile on their face. =)