Friday, 29 November 2013

Semasa di Bandung

Pagi sabtu yang lepas, saya terima panggilan telefon daripada ayahanda jauh dari Bandung.

Ayahanda : Macamane interview. Ok tak?
Saya : Tak tahu la dapat ke tak? Peluang untuk lulus cuma 25% jer.
Ayahanda : Kenapa sikit sangat tu? Tak pe la dari tak ada langsung. (ayat untuk sedapkan hati)
Saya : Kenapa susah sangat nak dapat apa yang kita ingin kan? Bla..bla..bla..bla (yang keluar semua ayat mengeluh dan merungut. Tapi jawapan ayahanda paling sempoi. Nak pengsan dengar)
Ayahanda : BIASA LA TU. NAK DAPAT PAHALA ALLAH BUKAN SENANG. PERLU MUJAHADAH & ISTIQAMAH YANG TINGGI.
Saya : Adoi..pengsan : )

Ayahanda semasa di Bandung

Ayahanda bersama rakan-rakannya

#Insya Allah....rezeki, ajal, maut, jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Kalau ada rezeki ada la kan? Kalau tak mungkin tu tak terbaik untuk kita. ROBBI YA SIRR WALA TU A SIRR ( Ya Allah kau permudahkan jangan kau susahkan.)

Tolong doakan yang terbaik untuk saya ye. : )
 
May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 28 November 2013

Silly of me: cries over small matter...hahaha(laugh to myself) ;P

Selalunya kalau saya tengah bersedih atau tengah menangis..
Mesti lepas tu akan dapat panggilan dari ayahanda terchinta.
Sixth sense seorang ayah memang kuat eh?

Ayahanda : Angah ada masalah ke?
Angah : Takde lah (ayat cover padahal ada jer problem) bakpo ayah?
Ayahanda : Tak tahu la. Ayah rasa macam ada benda tak kena jer...
Ingat angah ada masalah.
Angah : Ayah rindu angah la kot. Tu yang tak senang hati tu.
Ayahanda : Mungkin la kot. Bila angah nak balik kampung ni?

Uwaaa..memang sambung nangis la lepas tu...
Tengah sedih-sedih pahtu ada pulak yang tanya kenapa...
dan tanya bila nak balik.
Memang saje jer kan....hukhukhuk :'0


Noted : Ada sorang kawan cakap muka saya sangat buruk bila menangis....
buruk ke? Muahaha..kejam sungguh..

Memang tak menjaga hati langsung..hahaha : )


Compared of my crying face,
I love my smiling face the most....
muahahaha gitew. : )
Bersabar itu tiada rugi...dan dalam bersabar itu teruskanlah berusaha lagi...kita tak tahu apa yang Allah telah susun untuk kita...tapi kita harus yakin dan tahu bahawa Allah hanya susunkan yang baik-baik untuk kita... : )

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 26 November 2013

Barakaallah....

" Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah-mudahan Allah memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan moga-moga Allah himpumkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.

Princess of that day..yana :)

The Prince..wan :)
Baru jer nikah...
Wife & Husband.... ^^

Ambil berkat gaun kembang.. :)
wink..wink..who's next?? :)

#savethedate 09 november 2013

TAK SABAR NAK PERGI NEXT WEDDING
Terbang ke Terengganu pulak..muahahaha :P

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 23 November 2013

Hadiah yang sesuai untuk majlis kahwin.


Biasa nya kalau kawan nak kawen kita pun sibuk nak cari hadiah untuk kawan kawen.
rasa tak seronok kalau pergi majlis kawen kawan tapi tak bawak apa-apa kan.
paling kurang pun bagi choki-choki duit dalam sampul ke.

Baru-baru ni saya asyik terima jemputan kawen dari member-member..
kalau bukan majlis kawen mesti majlis tunang..kalau tak majlis tunang mesti majlis kawen..
camtu lah..fuhh.pening den..hahaha :)

Pening nak pikir adiah apa yang paling sesuai..haha poyoss
penat pikir, saya sms my loving sister.

I : kawan aku nak kawen, tapi aku tak tahu nak bagi adiah apa? any idea? please.
Sis : baju tidur seksi dan buku resepi.
I : Selain tu.
Sis : Jam dinding.
I : Selain tu.
Sis : Ko pikir sendiri la..malas aku nak layan..aku ngah sms ngn tunang aku ni..p main jauh-jauh
I : alah..sampai ati..btw tqvm.

**dua dialog kat atas tu adalah dialog tambahan..hehehe

Bila pikir-pikir balik...cadangan yang pertama tu boleh terima jugak..
orang tua-tua cakap nak tambat hati suami mesti lah dengan perut dan aksi dalam bilik tidur..
cadangan kedua pun orait jugak..boleh buat gantung kat rumah baru pasangan pengantin..

Tak puas ati...Saya buat research lagi....cuba tanya member-member yang akan berkawen tahun depan.

Saya : Nanti lau awak kawen awak nak hadiah apa dari kenkawan?
Kawan1 : Saya nak comforter set sekali ngn cadar. 
(terus muka jadi excited...maklum lah bakal raja sehari..mih mih)

Survey harga comforter kat pasaraya..
perhhhh..comforter paling murah RM99++ itu pun lepas less 70%
itu pun tinggal yang tak cantik...yang cantik-cantik semua orang lain dah rembat dulu..huhuhu
tak kan ko nak bagi adiah kat kawan comforter yang tak cantik kan..
terus cancel nak bagi adiah comforter kat kawan..muahhahaha ( " _ " )

Mesej seorang lagi kawan yang lain. Tanya soalan yang sama.

Saya : Nanti lau awak kawen awak nak hadiah apa dari kenkawan?
Kawan2 : Apa-apa pun boleh..saya terima jer..asalkan seikhlas hati..

Tiba-tiba rasa nak bagi bunga bau wangi yang di perbuat daripada sabun mandi. haha
Asal ikhlas kan?



muahaha just kidding :P

Nota kaki tangan :
Perasan tak..lau ngan kawan-kawan bukan main lagi ber saya awak..
tapi lau ngan kakak kandung sendiri selamba jer ber aku engkau..hahaha
Itu lah kasih sayang sebenar adik-beradik kandung kan? muahahhaha :P

K..bai..
Assalamualaikum :P

May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday, 30 October 2013

Homesick ;(

Ada ketikanya saya akan cakap 

"Sedapnya...tapi kalau ummi yang masak mesti lagi sedap".

"Kakak suka benda ni......" 

"Tengok budak tu, comel kan? sebijik macam si bongsu..hehe"

 "Kalau saya wat camni, mesti ayah akan mengamuk...."

 "Kucing kat umah saya kan......" 

...dah kenapa?? Tak ada modal nak bercakap ke apa ni?..hihi ;)

  Bila keluar ayat-ayat seumpama ni dari mulut saya, tu maknanya saya tengah rumah sakit ataupun dalam erti kata lain homesick..hukhukhuk :'(
       
  Mujur lah ada kawan-kawan yang sangat memahami dan selalu bersabar dengan kerenah saya yang entah apa-apa ni..hish ; P

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 28 October 2013

Duyan is Durian is The King of Fruits

Kawan saya jemput saya datang ke rumah keluarga  dia kat Banting.
katanya musim durian sekarang ni...
wahhh....saya suka duyan soo much..
apa lagi dengan suka hati saya ikut kawan saya balik kampung.

Kebun duyan dekat jer ngan rumah..
dari dalam rumah boleh dengan bunyi duyan gugur.
Tepat kul 11.00 malam kawan saya ajak saya pergi kutip duyan yang dah gugur.
pahtu kitorang makan duyan sepuas nya...
Seronok dapat makan duyan fresh-fresh yang baru jatuh dari pokok :)
Bukan setakat duyan jer..ada rambutan ngan langsat lagi.. :) :) double smile

Esok nya..pergi kerja dengan kepala yang pusing-pusing..
mana tak pening kalau sebijik duyan saya baham sorang jer.hihi
suka makan duyan tapi sangat tak tahan ngan bau dia..
perh...sedawa bau duyan...Buwekk.. *:puke! puke
loya.pengsan pahtu muntah..baru ok..huhuhuhu~~"


Peringatan untuk diri sendiri..
Durian is The King of Fruits..kalau tak de darah raja jangan berangan nak makan duyan banyak-banyak...huhuhu ^____^

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 13 October 2013

on diet.

Baru lepas makan sarapan pagi dengan nasi lemak dan teh tarik panas.
perut full sangat tapi bila singgah kat e-mart tiba-tiba teringin
air kotak dunch lady perisa coklat. sejuk2 bru lepas keluar dri peti ais...
perh sedap tu. cepat jer tangan ni capai air kotak tu.
tiba2 dgr kwn tegur dri belakang "aik..nak minum air kotak pulak.ker?
bukan ke tadi dah minum air manis? ni nak minum air manis pulak? dah dah la tu....
mcmne badan tak cepat naik?" huhu ayat last tu paling sentap.
tangan letak air kotak tapi hati ckp nk. xpela nanti tghari saya beli.air ni..hihi
lunch time (12.30am)
sy order chicken chop tanpa sebarang air. kwn tegur "x ambik air ke?" sy ckp xpe.la jap2.
lg sy ambik. dah nak abis makan kwn tnya lagi "nk air x? nak sy tlg ambk kan.ke?#
eh xpe la jap lagi sy nak singgah e-mart beli.air kotak..."amboi nak jugak air kotak dia tu"
mesti la sy cop dri pagi td lagi tau.hehehe

May everyone always have smile on their face. =)