Tuesday, 10 September 2013

Fobia

Setiap orang pasti ada sesuatu yang paling tak suka @ fobia. Betul tak??

Saya paling fobia dengan ulat sampah

Pernah suatu ketika dahulu ex-housemate pedajal saya dan rumate dengan meletakkan ulat sampah ke dalam baldi kain kitorang yang baru nak basuh. Cuba bayangkan macamane saya dan rumate nak buang satu per satu ulat sampah tu dan basuh semula baju-baju kitorang...yuck gelinya :'( 

Sampai sekarang fobia tu tak hilang..huhuhu~~"

Sekarang terpaksa menghadapi situasi yang sama dalam keadaan yang bebeza. 

Pernah ternampak ulat-ulat  tu menari-nari dalam kuali yang hampir seminggu tak basuh dan semalam nampak lagi ulat-ulat tu dalam bakul sampah yang beberapa hari tak buang. Dan dengan rasa berat hati dan mual+geli terpaksa ambik sampah-sampah tu dan buang keluar rumah. Satu rumah bau sampah tau. 

Nak cakap pun tak terluah.. 

Sebab mulut kena zip ketat-ketat, banyak hati nak kena jaga :'(

 May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 5 September 2013

I'm conscious one thing.

Cinta adalah bersebab dan apabila hilangnya sebab maka hilang lah cinta.

Contoh la kan.

Saya cintakan awak....

...sebab awak handsome

...sebab awak cute

...sebab awak comel

...sebab awak nakal

...sebab mata awk bundar

...sebab awak giler

...eh??

...err...maksud saya awk cantik giler

...hehehe :P

...ok..bye

hilang nya sebab maka hilang lah cinta...

kat dunia ni ada ke benda yang kekal???

tak ada kan??

jadi cinta pun tak kekal.

boleh datang dan pergi bila-bila masa jer.

saya pernah dengar orang cakap.

`Aku cintakan kamu kerana agamamu, hilang agamamu maka hilang lah cintaku padamu`


May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday, 4 September 2013

Mood percutian di Pangkor :)

Assalamualaikun :)

Mari menempuh hari yang baik dengan mood yang osemm. Teehe~~

Sampai jer kat opis 'ter'jumpa helaian edaran tentetif percutian kat Pulau Pangkor...wah.wah.wah. excited terlebih ni.. terus grab helaian tentatif dan tengok helaian demi helaian..ada 2 helai jer pun..hehe Sebenarnya bukan percutian sangat pn, semua ni adalah kursus kecemerlangan anjuran cawangan kewangan. Kursus pun kursus la..janji dapat pergi bercuti dan yang paling best semua nya free..dah nama nya kursus harus la company yang sponser. bru la gempak..ye dok??

Nak tahu apa aktiviti yang ada.??
  • Mini Explorace
  • Snorkeling
  • BBQ
Best tak aktiviti dia? Macamane la tuan rumah tak excited terlebih kan??

Hari Pertama (6Sept2013)
Check in
Makan malam
Modul 1 (Ice breaker)
Modul 2
Minum Malam

Hari Kedua (7Sept2013)
Senaman pagi
Sarapan pagi
Modul 3
Minum pagi
Modul 3 (samb.)
Makan tghari/Solat zohor
Modul 4
Minum petang
Modul 5 (Snorkeling)
Makan malam (BBQ)
Modul 6
Minum malam

 Hari Ketiga (8Sept2013)
Senaman pagi
Sarapan pagi
Modul 7
Minum pagi
Modul 8 (Aktiviti padang)
Majlis penutup & penyampaian sijil
Makan

Untuk aktiviti yang osem ni, tuan rumah telah bershopping 2 helai t-shirt (untuk aktiviti luar), 1 tudung syria (sayang nak pakai tudung yang selalu pakai untuk ke opis) dan yang paling penting BB cream (sunblock dengan spf 50). Ok la kot?? Tak payah nak beria sangat..ekekeke..

Sekian dulu..bye

May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 30 August 2013

Dare to Challenge....

The greater the obstacle, the more glory in overcoming it.
-Molière
 
L     I     S     T         T     O         D     O     
  • PERMANENT JOB
  • LOSS WEIGHT
  • HAVE SAVING
  • READ MORE AL-  QURAN
  • MEET SOULMATE

May everyone always have smile on their face. =)

Wednesday, 28 August 2013

Untuk lelaki yang menjadikan aku seorang aku.


.....kerana cintanya.
.....kerana marahnya.
.....kerana sempurnanya.
.....kerana kurangnya.

Lagu ni untuk ayahanda yang terchinta.

I DO LOVE & MISS YOU SOoo MUCH.

Klik video ni pahtu hayati lirik lagu nie.
BIAR

mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

Wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 27 August 2013

Serbu rumah terbuka rakan opis.

Putrajaya--->Sentul--->WangsaMaju--->Sri Petaling--->Sungai Pelek--->Banting...

Rumah Pakcik Wahab
Rumah Mai
Rumah kak K
This is Sungai Pelek.
Last trip Banting.

                                     

May everyone always have smile on their face. =)

He Miss Me :)


Semalam tido dalam pukul 12.00 malam..
Baru jer terlelap sekejap...dalam pukul 1.15 pagi tersedar semula dengar bunyi telefon.
Panggilan dari ayahanda ghupernyer..

Aku : Hello, Assalamuaikum..
Ayahanda : Waalaikumusalaam..
Aku : Ada gapo ayah? (dalam hati berdebar-debar...mesti ada benda penting ayah nak bagitau sampai tak sempat nak tunggu esok.)
Ayahanda : Emm....tak deok gapo pun. Ayah rindu kak ngah la.
Aku : Huh!! (otak aku masih blur-blur baru bangun tidur) Gapo ayah?? (mintak ayah ulang balik takut salah dengar)
Ayahanda : Ayah rindu kak ngah..
Aku : ....................................


Oh...I'm speechless...tak sangka ayah akan call semata-mata nak cakap 'He Miss Me'...huuhuhu~~"  I do miss my parents so much...Kan tak pasal-pasal ada yang call ayah pagi esok cakap..."Ayah mari la ambik kak ngah...kak ngah duk kb doh ni.".hahahhahhaha


May everyone always have smile on their face. =)