Wednesday, 28 August 2013

Untuk lelaki yang menjadikan aku seorang aku.


.....kerana cintanya.
.....kerana marahnya.
.....kerana sempurnanya.
.....kerana kurangnya.

Lagu ni untuk ayahanda yang terchinta.

I DO LOVE & MISS YOU SOoo MUCH.

Klik video ni pahtu hayati lirik lagu nie.
BIAR

mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

Wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 27 August 2013

Serbu rumah terbuka rakan opis.

Putrajaya--->Sentul--->WangsaMaju--->Sri Petaling--->Sungai Pelek--->Banting...

Rumah Pakcik Wahab
Rumah Mai
Rumah kak K
This is Sungai Pelek.
Last trip Banting.

                                     

May everyone always have smile on their face. =)

He Miss Me :)


Semalam tido dalam pukul 12.00 malam..
Baru jer terlelap sekejap...dalam pukul 1.15 pagi tersedar semula dengar bunyi telefon.
Panggilan dari ayahanda ghupernyer..

Aku : Hello, Assalamuaikum..
Ayahanda : Waalaikumusalaam..
Aku : Ada gapo ayah? (dalam hati berdebar-debar...mesti ada benda penting ayah nak bagitau sampai tak sempat nak tunggu esok.)
Ayahanda : Emm....tak deok gapo pun. Ayah rindu kak ngah la.
Aku : Huh!! (otak aku masih blur-blur baru bangun tidur) Gapo ayah?? (mintak ayah ulang balik takut salah dengar)
Ayahanda : Ayah rindu kak ngah..
Aku : ....................................


Oh...I'm speechless...tak sangka ayah akan call semata-mata nak cakap 'He Miss Me'...huuhuhu~~"  I do miss my parents so much...Kan tak pasal-pasal ada yang call ayah pagi esok cakap..."Ayah mari la ambik kak ngah...kak ngah duk kb doh ni.".hahahhahhaha


May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 26 July 2013

KFC

Sebenarnya dah lama janji ngan adik-adik nak belanja dorang makan. Tapi asyik tak jadi keluar dan kadang tu buat-buat lupa...hihihi sori la sayang..bukan tak nak bawak tapi bila dah matikan enjin kete tu memang malas nak keluar rumah lagi..penat..(hehehe alasan)

Sampai la satu hari tu, tiba-tiba jer terasa nak keluar then ajak dorang ngan si kembar keluar sekali....Bawak budak-budak pergi makan KFC...Hamboi seronok jer dorang..senyum sampai ke telinga. bagus-bagus makan kenyang-kenyang ye sayang. :P


Rupa-rupanya bukan senang bawak dorang keluar ni...kalau sorang dua tu mungkin terkawal lagi..ni sampai empat orang....risau jugak...sebelum sampai KFC saya banyak kali pesan...behave urself..jangan wat malu...makan elok-elok...jangan bergaduh...bla..bla..bla..hehehehe dah macam mak nenek dah pesan macam-macam....siap ugut lagi siapa yang buat perangai. tak dapat KFC.hehehe ^_^



Alhamdulilllah....semua ikut arahan....tapi itu sebelum dapat KFC..dah kenyang dorang start mengaktifkan diri masing-masing...tak larat nak kawal dah. bia jer la dorang bersuka-ria.



penat main...rest jap sambil minum air pepsi.



ok sambung main pulak.. 

Last tepek gambar saya ngan budak-budak..^_^

gambar kandid yang saya suka...hihi

Seronok dapat tengok budak-budak senyum dan ketawa....macam tak ada masalah langsung....kita yang tengok pun rasa bahagia...kalau tak pecaya cuba lah tengok adik-adik korang ketawa. Apa rasa?

Bye..assalamualaikum : )

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 30 June 2013

Would you??

~ 'It is so easy to judge me, based on what you think you know about me. But, would you walk a mile in my shoes?' ~

cantik sport shoes nie..ok nanti nak letak dalam wish list la..muahaha :)



May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 5 April 2013

Ragam

Keluar dari bilik air, adik menangis teresak-esak..

me   : La...kenapa adik menangis ni?
adik :  isk..isk kakak. (sambil lap inguss)
me  : kenapa dengan kakak??
adik : tadi lepas mandi kakak sentuh adik. batal air sembahyang adik..
me  : Lah..dah kan adik beradik mana batal air sembahyang.. dah g naik pakai baju..

Adoi geram jer rasa. sorang suka menyakat dan sorang lagi tersangatlah manja. ;(


May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 1 April 2013

Me as a Teacher :)

Assalamualaikum.w.b.t

Pengalaman pertama kali mengajar adalah pengalaman paling manis bagi saya. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan mengajar buat masa terdekat ini memandangkan saya baru sahaja tamat latihan praktikal. Benarlah kata-kata orang, Rezeki ALLAH ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.


Teringat perbualan saya dengan bekas pengetua sekolah menengah Chabang Empat beberapa tahun yang lalu. Ketika tu, saya baru tamat SPM dan pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk cop dan tandatangan sijil-sijil sekolah.

Pengetua : Awk, lepas belajar nak jadi apa?

Saya       : Saya nak jadi cikgu, macam cikgu. 
(ketika tu tuan pengetua adalah inspirasi saya..hihi)

Pengetua : Kenapa nak jadi cikgu?

Saya       : ............
(saya memang tak ada alasan kenapa nak sangat jadi cikgu.
yang saya tahu, itu cita-cita saya sedari kecil lagi)

Pengetua : Kalau nak kaya jangan jadi cikgu. 
Jadi cikgu ni, kaya dengan pengalaman jer. Duit tak ada.

Saya       : Baiklah cikgu. :)

Tapi bagi saya jadi cikgu tak kaya di dunia tapi kaya di akhirat. Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. TERIMA KASIH CIKGU :D dan kepada bakal2 cikgu, selamat berkhidmat.

May everyone always have smile on their face. =)