Sunday, 21 October 2012

ENJOYable WeeKend :)

Assalamualaikum....dear friends =)

Weekend yang lepas merupakan hari pertunangan kakak sy...dan saya masih di sini, di shah alam...sedih tau tak dapat balik meraikan hari bahagia kakak kesayangan saya....kecewa...sedey..semua ada..nak balik..nak balik sekarang..nak balik sekarang jugak....huhu ;'( Asalnya memang plan weekend lepas saya berada di rumah dan menjadi salah seorang tulang belakang majlis akak saya tetapi kita hanya merancang Tuhan jua yang menentukan...saya terpaksa cancel cuti disebabkan hal yang tak dapat di elakkan (*tak payah la cerita kat dalam ni ye..) senang cerita hal peribadi jer lah..huhuhu

Demi untuk mengubat kekecewaan saya tak dapat balik kampung...Saya, rumates dan ex-rumate pergi berjimba...kami ke Asean Water Sports Village kat Puchong...so excited. =)

si garfield yang sibuk nak bergambar jugak =)
Layankan sajer gambar yang ada...Kebahagiaan milik kami...muahahha ;p


Uncle-uncle yang sporting.. yang turut sertai kitorang. ;')
kami berempat..
sedang menunggu bot yang akan membawa kami ke tempat kejadiaan.. ^_^
Ready untuk terjun kat dalam air..... ;'D

Banana boat yang osem ^_^
berkayak sampai lebam.. =)

Masing-masing cuak tapi pura-pura senyum dan gelak-gelak..dalam hati tuhan aje yang tahu.. =)
dah nak balik shah alam dah..bye..bye korang ^_^
balik dari water sports village..seluruh badan kami terasa sengal-sengal dan tak mampu nak bergerak...sakit oi..dah la keesokan harinya kami masing2 kerja..uwaaa.~~'' walaupun penat tetap jugak terasa puas..dapat berjimba dengan kawan2...this is enjoyable weekend and so happy moment..thank you friends =)

Note kaki :- Dapat panggilan dari ayahanda mengatakan majlis berjalan lancar...Syukur alhamdulillah...my sis selamat jadi tunang orang..Congrats.. =)

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 4 October 2012



"Pembaca al-Quran yang selalu membaca al-Quran dengan memahami maknanya dan mempelajari ilmu-ilmunya. Sesungguhnya dia semulia-mulia manusia dan sebaik-baik manusia.."

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 2 October 2012

Running away from a problem.

Assalamualiakum....( " ,)

Sedar tak sedar saya sedang melewati minggu ke-3 menjalani latihan praktikal di RMI (Institut Pengurusan Penyelidikan). Ini bermakna saya sudah berada di kemuncak ijazah saujana pengajiaan matematik perkomputeran..dan dah tak payah pergi kelas dah, tak pening ngn jadual kelas lagi, tak payah pikir pasal assignment, test, kuiz  dan macam-macam lagi dugaan sebagai seorang pelajar. =)

Saya ingatkan bila habis belajar jer masalah akan selesai. Rupa-rupanya saya silap, masalah tetap ada. Kemana ajer kita pergi, sebagai apa pun kita jadi, kita tidak boleh lari dari masalah. Masalah ni macam sumpahan yang melekat pada kita dan tak akan pernah nak pergi dari kita sampai lah kita mati..ye dok?? Hahaha...Korang fikir masalah macam tu ker?? Pada saya, masalah sebenar ingatan dari Allah untuk hambanya berfikir. Masalah adalah sebahagian daripada kasih sayang Allah kepada kita. Dia nak uji setakat mana rasa cinta dan kasih kita kepadaNya. Perasan tak, bila kita ada masalah barulah kita ingat kat Tuhan. Kalau tak ada masalah kita tak ingat kat Tuhan kan?? ye? jadi bersyukurlah dengan apa jua dugaan yang Allah bagi. Allah bagi kita dugaan sebenarnya Allah nak bagi kita banyak pahala.. Betul ni..kita kena selalu ingat ni benda ni.. ; )
Ini pulak cerita saya. 

Minggu pertama dan kedua menjalani latihan praktikal merupakan minggu paling menyedihkan dan membosankan bagi saya. Terasa macam tak mampu nak teruskan lagi sampaikan saya email dan call koordinator latihan praktikal untuk permohonan penukarkan tempat praktikal. Tak tahan dibuli dan saya tak suka dengan environment tempat kerja. Macam-macam alasan yang saya bagi kat koordinator. Ye memang betul kalau saya katakan saya lebih suka suasana belajar berbanding dengan kerja. Masa belajar lebih banyak masa terluang. Tapi perasaan tu ada masa minggu pertama dan kedua jer. Masuk minggu ke-3 saya mula belajar sesuaikan diri dengan suasana tempat kerja. Dan alhamdulillah saya mulai gembira di sini. :P dan sekarang saya sangat tak sabar untuk menantikan hari bersejarah saya..iaitu hari konvokesyen. omg..i cannot wait..hahaha Sabar nora wanisz sabar. Kepada kengkawan saya yang akan konvo bulan disember ni..TAHNIAH korang..saya doakan yang terbaik untuk korang..gud luck in future =)

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 29 September 2012

So Adorable ^_^

Assalamualaikum...hai, korang kenal tak Irene Nadia..pasti ramai yang kenal kan blogger yang sangat femes ni..saya suka irene sebab dia sangat comel dan family kaya...suka sangat tengok majis pertunangan, pernikahan dan persandingan irene dan pasangan nya amirul...so sweet : )

Majlis Pertunangan
Sy tengok vidoe ni setahun yang lepas. 
kemudian rerajin pulak stalker blog dia nih..hihihi


Majlis Pernikahan
 sedih time dgr ibu irene bacakan lafaz sakinah.. 
sob..sob..sob.. :'(

Majlis Persandingan


SOOOO ADORABLE : D


May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 18 September 2012

Hakikat Bahagia?

Assalamualaikum korang...^_^
Pernah tak korang rasa baru jer nak bahagia...tiba-tiba Tuhan bagi dugaan.
Dugaan yang bagi korang sangat susah nak terima..
Pernah tak bertanya pada diri sendiri "Apa itu bahagia??"
kenapa saya tak pernah rasa bahagia macam orang lain...
ermm....saya kerap bertanya kan soalan macam ni kat diri sendiri..
rasa sunyi takde teman...kemudian tuhan hantarkan seorang teman tetapi hati tetap jugak tak tenang..
emm..kenapa ye?

Bagi pendapat korang apa itu erti bahagia.?
Mungkin ada yang mengatakan bahagia itu sesuatu yang indah dan sangat mengembirakan.
Tapi sedarkah kita bahagia sebenarnya bersifat subjektif. Definisi bahagia berbeza-beza untuk setiap induvidu. Bagi orang miskin, berharta itu adalah satu kebahagian tetapi berlainan pula bagi orang yang sedia maklum kaya. Harta bukan satu kebahagian bagi si kaya. Bagi yang sakit, kesihatan adalah satu kebahagian, tetapi tidak bagi si sihat. Jadi jelaslah disini hakikat bahagia bukan spesifik kepada sesuatu perkara sahaja. Jadi apa itu bahagia??

Hakikat kebahagiaan adalah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Bahagia  itu terletak pada hati seseorang. Kalau hatinya redha dengan ketentuan Allah. Insyallah rasa bahagia itu akan datang dengan sendirinya.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang "

Ps: Entri ini adalah nasihat dan ingatan untuk saya. :-)

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 6 August 2012

TINGG!


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 4 August 2012

Completely done, struggle to the next stage

Sambungan dari No Title, just want to share

Lepas exam PDE paper ke-4 saya ialah Algebra II. Senang bagi yang teror tapi saya yang tak terror ni. takde la senang sangat.hukhukhuk :',( (kesat hingus)


Last exam saya 14hb iaitu fizik II. Malam sebelum exam saya stay up kat bilik kawan saya dekat mawar. tinggalkan Teratai bunga indah buat sementara waktu. Masa last paper, banyak sangat dugaan. Dugaan emosi..sebab kebanyakan student dah abis exam dan mereka berpesta ria. Kemudian masa tu pulak la kena register kolej baru, kena print poster, design template dan macam-macam lah kena siapkan untuk presentation fyp. Mujurlah saya ada group member yang sporting dan memahami. Kerja susah pn boleh jadi senang.. tq aida & k.yah : )


Before presentation fyp lak. kitorang (saya bersama group member) bertungkus lumus menghias booth. Masa tu bru jer nak rasa lega sebab bru lepas abis exam tapi tak boleh lagi nak lega sangat sebelum abis presentation fyp. Aida paling bersemangat, siap beli bunga 6 kuntum dan tak masuk pasu lagi tu. Last-last terhasillah booth kitorng yang bertemakan warna merah.

Tarraa....


group member: kyah & aida
hehehe...sekian. ^_^

May everyone always have smile on their face. =)