Saturday, 4 August 2012

Completely done, struggle to the next stage

Sambungan dari No Title, just want to share

Lepas exam PDE paper ke-4 saya ialah Algebra II. Senang bagi yang teror tapi saya yang tak terror ni. takde la senang sangat.hukhukhuk :',( (kesat hingus)


Last exam saya 14hb iaitu fizik II. Malam sebelum exam saya stay up kat bilik kawan saya dekat mawar. tinggalkan Teratai bunga indah buat sementara waktu. Masa last paper, banyak sangat dugaan. Dugaan emosi..sebab kebanyakan student dah abis exam dan mereka berpesta ria. Kemudian masa tu pulak la kena register kolej baru, kena print poster, design template dan macam-macam lah kena siapkan untuk presentation fyp. Mujurlah saya ada group member yang sporting dan memahami. Kerja susah pn boleh jadi senang.. tq aida & k.yah : )


Before presentation fyp lak. kitorang (saya bersama group member) bertungkus lumus menghias booth. Masa tu bru jer nak rasa lega sebab bru lepas abis exam tapi tak boleh lagi nak lega sangat sebelum abis presentation fyp. Aida paling bersemangat, siap beli bunga 6 kuntum dan tak masuk pasu lagi tu. Last-last terhasillah booth kitorng yang bertemakan warna merah.

Tarraa....


group member: kyah & aida
hehehe...sekian. ^_^

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 10 July 2012

Khas buat Ummiku Cayam & Ayahda terchinta.

Buat Ummi kU SayaNg  


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


UnTuk AyaHdA tErChiNta


Ketika berjauhan 
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian

Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Mo0d : nak baliK kAmpung...rindu ummi ngn ayah ngan adik2...uwaa :'(
May everyone always have smile on their face. =)

No title, just want to share.

Alhamdulillah saya baru jer lepas 3 paper final exam. Ada 2 paper lagi untuk dihabiskan dalam sem ni dan 1 presentation final year project. 1st paper ialah parallel processing. Subjek computer dan kena baca-baca sikit. saya ni dah la 'kureng' sikit lau bab baca-baca ni tapi nasib baik lah lecture dah bagi hint awal2 topik apa yang kena baca dan teknik camne nak jawab soalan untuk subjek ni. Alhamdulillah...:)

2nd paper lak subjek vector calculus atau boleh jugak dibaca sebagai "kalaulah kululus"..hehe subjek ni ada kaitan dengan kalkulus 1,2,3. Kena lulus kesemua ketiga-tiga kalkulus dulu baru boleh ambik subjek ni tau. bagi saya subjek ni termasuk dalam kategori killer subjek. Tapi saya bernasib baik sebab belajar ngn lecture yang baik dan sabar melayan kerenah pelajar macam ---> saya..hihi Lecture dah ajar dalam kelas tapi saya still tak faham dan still tanya soalan yang sama. Terima kasih puan vector calculus. :)

Ok...untuk 3rd paper pulak ialah subjek partial derivative equation. Hah?? korang tanya apa tu? huhu ni lemang masak madu..kih3x xdela. Honestly paper ni memang susah tapi takde la killer sangat kalau study awal ataupun well prepared kan?? tapi saya macam tak yakin dengan jawapan sendiri pahtu boleh lupa-lupa rumus pulak..hukhuk tapi bila tengok kawan-kawan yakin jer jawab soalan tadi rasa ter'psycho' la pulak...alamak...help me :'(

bersambung.......

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 25 June 2012

what does a best friends mean to you?



When i look back..

i see endless moments
when you're given me
a helping hand or
a supporting shoulder

i may never  be able to express
how much those little things meant to me 

i only can say Thank you friend, for always  being there!


May everyone always have smile on their face. =)

kawan-kawan saya yang manis ; )

Assalamualaikum...

Suatu petang yang damai saya jalan-jalan then terjumpa gadis-gadis yang comey dan manis2 ni...
apa dorang buat tu...?
eh..macam kenal jer...
pergi tengok depan-depan lah...
eh..eh..asal tak manis pulak dari jauh nampak manis jer..
tp bila depan-depan tak pulak ye..hahaha ;D
"eh..korang nak pergi mana??" tanya saya..
"kitorang nak g pasar"..jawab mereka serentak..
"ooo...ye?? nak ikut boleh?" tanya saya
"boleh ajer..jom ar..tapi kitong pergi naik flight. awak ok tak??"
"saya ok jer"...lalala~~"
wahhh...besarnyer flight korang...korang sewa ke apa ni??
tak lah..ni private flight kitorng...hanya kita berlima jer yang naik flight ni plus driver.

see i found my own prince *frog with crown*
nak bawak balik yang ni letak depan rumah boleh tak..hihihi


NotaHariIni: 
script dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Sila jangan percaya..haha
Saya cuba untuk menikmati detik-detik akhir bersama kawan-kawan seperjuangan..
mungkin ini kali terakhir kami keluar berjalan bersama sebagai pelajar.
Dan kami akan merindui saat ini bila dah berpraktikal dan dah berkerjaya nanti. :'P

May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 19 June 2012

kenapa saya sayang ayah saya??

Assalamualaikum semua...
Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa semua..yang bakal jadi bapa pun selamat hari bapa jugak..
Semalam pagi-pagi lagi kakak saya mesej "Hari ni hari bapa". Saya reply "Selamat hari bapa.. : )"
akak saya jawab "aku bukan bapak ko la..mesej kat ayah."..hehehe yelakan...asal saya lembab sangat ni.
kemudian saya terfikir nak mesej apa kat ayah...bagi saya pengorbanan ayah terlalu banyak untuk kami sekeluarga..terlalu besar jasanya..dan terlalu mahal kasih sayang yang diberikan..Ayah adalah anugerah paling indah dalam hidup saya...Terima kasih Allah kerana telah memberikan saya satu keluarga yang bahagia. Yang dapat saya menumpang kasih sayang di atas dunia ni..tanpa ummi dan ayah siapa lah saya. : )

Dalam hidup saya ada tiga manusia yang paling saya sayang iaitu
1) Ummi
2) Ayah
3) Mak (mak adalah panggilan kepada nenek)

tapi oleh sebab sempena hari bapa saya nak dedikasikan entri ni kat ayah saya. : )
i. ayah adalah lelaki pertama yang saya sayang.
ii. selalunya kalau ada apa-apa masalah, ayah lah orang pertama yang saya cari. (tak kisah malah masalah apa pun...ayah layan kan jer...muahahhh)
iii. ayah bukan seorang yang suka memaksa. kalau ayah tak suka dia akan slow talk dengan anak-anak.
iv. dari kecik lagi saya memang suka ikut ayah saya berkerja..tak kisah lah keje apa yang ayah saya buat saya akan buat jugak..even angkat beras, angkat padi, jual ayam, bawak lori..semua saya pernah buat.
v. selalunya ayah akan support apa jua minat saya dan kalau tak suka dia akan perlahan-lahan bercakap ngn saya dan cuba faham kan saya kenapa dia tak suka benda tu.

Sweetkan ayah saya (^_^)
Sebenarnya banyak benda yang tak nak saya lupa tentang ayah. Salah satu kenangan manis ialah ketika saya nak ambik peperiksaan SPM. Ayah saya datang ke sekolah untuk bagi semangat kat saya walaupun masa tu terpaksa meredah hujan dan kebetulan kampung saya dilanda banjir. Dan ketika nak pergi ambik result spm ayah lah paling berdebar. Ayah cakap kat saya yang ayah tak mintak banyak. Ayah harap saya lulus 4 subjek penting jer. dan bila saya cakap kat ayah yang saya lulus kesemua subjek. ayah lah yang bahagia. suka sangat dia masa tu... ^_^

saya suatu masa dahulu pernah meluka kan hati ayah saya. Berhari-hari saya merajuk. tapi bila saya datang kat ayah saya untuk mintak maaf ayah saya tetap akan cakap "Ayah dah maafkan angah..angah kan anak ayah.." isk..isk.. :'( . Sejak peristiwa tu saya berazam tak nak lukakan hati ayah saya lagi.. Saya sayang ayah saya..

Ayah,
thank you very much for everthing,
you will always be my number one.

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 4 June 2012

Lirik lagu sudah cukup sudah-Nirwana Band


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
May everyone always have smile on their face. =)