Thursday, 17 October 2019

Spm 2019

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada semua anak didik kesayangan cikgu Asiah.


Semoga di terangkan hati, di permudahkan urusan menjawab soalan dan di beri kejayaan cemerlang dunia & akhirat.


Allahuma yassir wa la tu' assir. Rabbi tammim bil khair.

Mereka-mereka ini lah pengubat luka, pembawa bahagia cikgu Asiah.😘

Looking forward to see your excellent result..😅😉

#spmbatch2019
#sayangterukkatdorangni
😊😅

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 28 January 2019


2009 - konvo diploma sains komputer, first sem ijazah saujana muda matematik perkomputeran..😍😘

At that time i was realize that, the most happiest moment in my life is able to see smile in my parent faces and i am the reason of that smile..😊🤗

May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 26 January 2019


Pesan pada hati 💖
.
Senyum setiap hari,
Redha ujian diberi,
Sabar bila dikeji,
Istighfar pada Ilahi,
Rendah diri bila dipuji,
Kuat bila diuji,
Istiqamah perbaiki diri,
Selalu ingat mati...😍😘
.
Kadang-kadang kita tidak pernah faham apa yang الله cuba aturkan untuk kita. Tidak pernah tahu apa yang الله sediakan untuk kita di masa hadapan.
.
Tetapi, percayalah suatu saat kita kena yakin jalan pilihan الله ini akan indah pada waktunya.💓😍

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 6 December 2018

Tamat sudah spm 2018


Alhamdulillah...

Last day exam spm hari ni.. masing-masing mari pakat serbu meja cikgu blako..😅😅😁 Lepas ni cikgu akan merindui gelak tawa dan telatah anak-anak yang kadangkala buat cikgu tergelak sorang-sorang dalam kereta..😁😂

Eh..tekah geram sampai rasa nak menangis pun ada jugak..😄🤣

Apapun semua tu akan menjadi kenangan manis..🌷🌻

So,

Dear students,

SPM just an open doors to a new open world.. be prepared and strong enough to face the real world.🤗☺️

Always Love
From tcer.asiah




May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 21 July 2018

Hikmah Musibah.


Hikmah Musibah..

Ada satu pagi aku bangun tidur dengan hati yang berdebar..

Hari yang sama tiba-tiba air nescafe ak pecah dan meletup dalam kereta.😏

Habis satu kereta dan badan aku bau perfume baru iaitu bau nescafe..haip!!😒

Hari yang sama tiba2 pelapik kaki keretaku di curi oleh hamba الله.😢

Mungkin ak sdg bersedih untuk banyak perkara..jadi perkara yang simple macam ni buat ak rasa sedih yang amat.. sedih yang bertimpa-timpa.. macam 'sudah jatuh tersungkur di timpa tangga.. di ketawakan orang pula'.😁😁

Some might say "alaaa ilang pelapik kaki jer pun..bukan ilang suami pun..tu pun nak sedih ke?😖😖 nauzubillah.. .

Cuma untuk sesetengah perkara..
Luaran aku nampak strong.
Indeed, dalaman aku rapuh..😣😢
.
May الله guide me..
May الله forgive me.😊😁

Utk kehilangan yang tak seberapa besar ini tp cukup besar bagi aku.. Allah dah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik..😄😄

Pelapik kaki di ganti dengan karpet.. kalau tak di curi mungkin aku masih berkira-kira untuk beli karpet baru.. tpi bila terpaksa.. terus jadi beli..haha 😎😎 .

Mungkin juga  الله nak lindungi aku dari kehilangan yang lebih besar yang aku sendiri tak mampu nak tanggung..

Jadi,

Marilah bersangka baik dengan الله.. insya Allah الله akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

🌹☘نور اسيه سلواني☘🌷

May everyone always have smile on their face. =)

Monday, 29 January 2018

Wahai hawa,

pilihlah imammu sebaiknya sebelum terlambat kerana dia bakal mewarnai seluruh kehidupanmu dan bakal membimbing dirimu dan keluargamu ke syurga.




Pilihlah yang mampu menyayangimu dan melindungimu melebihi kamu menyintainya.

Jika tersalah membuat pilihan, dia bakal menghumbanmu ke neraka dunia.

Ingatlah pesanku.

Sementara pilihan masih di tanganmu. 😊

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 5 March 2017

Rotan

Tengah mengajar si kakak...tiba2 si adik datang sambil bawa sebatang buluh kecil..." cikgu, ayah saya pesan kalau kakak tak dapat jawab soalan cikgu rotan guna rotan ni.. " 😶😶😶

I salute habis dengan their parent. Tak ramai parent skg ni yang sanggup benarkan anak2 mereka kena rotan...kalau kat sekolah, majoriti cikgu2 takut nak rotan pelajar...kan tak pasal2 kena saman...😏😏😏

Semoga kakak dan adik success selalu.😀😀😀😀


May everyone always have smile on their face. =)

Tuesday, 28 February 2017

Home is where my heart always is..


Situasi tengah makan buah kat dapur asrama.. ada student tegur..

S: tcer dah sihat ke?
T: saya ok jer..sihat!!
S: sy tgk batuk tcer makin teruk..
T: eh..tak de lah...ini dah ok dah dari sebelum2 ni..
S: tcer kena jaga kesihatan tcer jugak..
T: kenapa pulak.?
S: sebab saya tengok tcer selalu sakit...
T: emm...sakarang pun saya tengah sakit ni.
S: sakit apa tcer!!?
T: homesick!! 😅😅

Rindu serindu-rindunya....tapi sabar jer la. ☺☺😙😙

May everyone always have smile on their 
face. =)

Sunday, 29 January 2017

Jauh di mata...tapi kat hati selalu ada.

Rinduuu kampung sebenarnya.

:')



May everyone always have smile on their face. =)

Saturday, 3 December 2016

Lessons have learned in life...

Never beg someone to be in your life.
Your texts, calls and visits get ignorance....then walk away.
It's call self-respect.

There is no need to chase people.
Work hard and be yourself instead.
Be an example.

And the people who belong in your life will come to find you.
You know the right people.

Those who will love you no matter what.
Those who will stick around when times get tough, will be proud of you, will treat you well and will always make you a priority.

Because that is what you deserve.
Nothing less. :'D

Dear Nora Wanisz...
Don't wait for someone to bring you flowers. Plant your own garden and decorate your own soul.
(^_^)(^_*)

May everyone always have smile on their face. =)

Welcome newcomers.

Hi,

mood swing from last week lagi....I'm suppose to be at home(my home village) because of school's holiday. But I'm still here...(self-conflict disorder) Y_Y

School's holiday start on 18th November and I'm stay here until 30th November because of SPM's examination...not my exam but to accompany my students and I'm here to give them some support..maybe...hihi :)

Also, I'm staying here until 4th December because of interview for the new intake for year 2017. Starting from today some teachers and I were together set up and do some test for newcomers. Tomorrow's night I'll be at home...yeay :'D

Can't wait until tomorrow's night. :-p

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxxoxoxoxoxoxo

Miss princess sooo muchh :')
Rindu nak balik kampung..nak peluk ummi dan ayahanda, nak kacau adik-adik, nak try new recipies with my sisters, nak cium puteri(anak sedara) manyak-manyak.


May everyone always have smile on their face. =)

Friday, 2 December 2016

Sabar dan redha adalah significant

30hb 11 adalah tarikh akhir es pie em pelajar-pelajar aliran ekonomi manakala 29hb adalah tarikh akhir untuk pelajar aliran sains iaitu paper kimia.

Teringat kata-kata dari salah seorang ibu kepada pelajar aku iaitu Dr. R(bukan nama sebenar).

"Hati-hati dengan last paper sebab masa tu kita dah tak ada mood untuk study dan rasa nak cepat-cepat habis exam. Saya dulu masa Spm paper last adalah add math. Masa tu study pun macam-macam tu jer...pikir nak habis jer. Last-last rasa menyesal sampai sekarang sebab tak belajar betul-betul masa tu."

See...

Dr.R bg aku seorang yang hebat sebab walaupun dah lama tinggalkan spm tapi still mampu untuk ajar anak-anak dia subjek spm. Dr.R ambil spm tahun 1987 kot... 29 tahun tu... I is respek... cuba tanya aku...nganga la jawabnya. :'o

My point is...last paper adalah scary paper.

Okeih...abis iklan

Berbalik kepada tajuk aku...sabar dan redha adalah significant sebab.....

Sabar adalah sejenis yang senang dilafazkan pada mulut namun amat susah nak di praktikkan pada real life. Sungguh aku tak tipu.

Manakala redha adalah lebih senang untuk di ungkapan di bibir tetapi susah untuk di terima pakai pada hati.

Berbalik kepada cerita dr.R. Adakah dr.R tidak redha dengan result spm nya.? Padahal dr sudah meninggalkan dunia high school berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Aku mungkin sekali tidak dapat meneka hati dr.R tetapi aku agak dr sudah redha dengan  keputusan spmnya tetapi mungkin dr rasa kesal sebab tidak melakukan yang terbaik untuk exam spm. Mungkin sedikit terkilan sebab rasa kurang berusaha pada ketika itu.

Persoalan aku adalah : Adakah pelajar patut merasa redha dengan keputusan yang sedikit disebabkan kurang berusaha @ usaha yang sedikit?

Sepatutnya rasa redha patut ada selepas berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu dan kemudian bertawakkal kepada yang Esa. Bagi aku, kalau tak dapat ada yang dihajati pun..rasa berbaloi-baloi sebab dah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Sabar pula....

Em....susah nak cakap macam mana.

Aku cuba bagi perumpamaan. Ada sekumpulan ostad melakukan kesilapan yang sama (ala tak besar mana pun salahnya)..tetapi ostad A sahaja yang di persalahkan. Kemudian ostad A bertanya "kenapa saya seorang yang dipersalahkan?" Kemudian soalan itu dijawab oleh orang yang mahir dalam bidangnya " mungkin ostad lah yang paling luas sabarnya."...(sejuk sikit rasa membara ostad apabila mendengar jawapan tersebut. :'P)

Persoalan aku ialah : Dimanakah terletaknya nilai sabar seseorang itu?

Adakah pada title ostad atau ostajah?

Pada aku, nilai sabar adalah bila seseorang mempunyai kuasa atau kemampuan untuk melepaskan kemarahannya tetapi tetap memilih untuk bersabar dan menahan kemarahan. Itu adalah yang terbaik..

Sebab nilai marah itu adalah ketika mana seseorang sedang menahan marahnya...apabila ia telah melepaskan kemarahannya. Maka hilanglah nilai sabar tersebut.

Itu lah nilai sabar dan redha pada aku.. ^_^                      

@_@ dan pada aku sabar dan redha adalah significant.

Sebab aku pun tak pasti adakah aku mampu untuk bersabar apabila diuji..dan adakah aku mampu untuk redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah?

Mungkin ini adalah ujian sebenar-benarnya ujian..

Ujian Es pie em apalah sangat!!! Hew hew hew :'P

Iklan jap!!!

#Cikgu takpe la em pie em dah lepas!!! Kami result tak kuar lagik ni camno??!

#redho jer la nop (^_*)
           
xoxo

Eh eh...belum abis lagi....

Maaf fin aku jikalau aku ada mengguris hati mana-mana makhluk tuhan paling comey...tapi siyes aku tak berniat macam tu...

Lastly, aku memohon dari yang Esa supaya kita semua dikurniakan manisnya rasa redha dan seluas lautan rasa sabar..supaya kita semua mampu untuk bangkit berdiri dan terus tersenyum.

This is my points of view....lain orang lain pandangan dan sisi lihatnya. (*_*)

Kbai assalamualaikum...                      


May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 1 December 2016

Resepi Puding Roti Que Sera Sera


Bahan-bahan yang diperlukan:

Gula 1/2 cawan
Marjerin 5 sudu besar
Fresh Milk 800 ml
Roti 15 keping
Telur 1 biji
Esen vanila 1 sudu kecil
Choco chip untuk hiasan


Cara-caranya ialah;

1. Gaulkan gula dan marjerin.


2. Tuang fresh milk ke dalam campuran gula dan marjerin tadi.


3. Carik-carik kan roti.


4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam campuran.


5. Gaulkan semua biar sama rata.


6. Cover dulang dengan aluminium/paper foil


7. Last tabur dengan roti supaya nampak garing.

8. Oven 150'C masa 20~30 minit.

Taraaa...dah siap :')
<(^_^) (*_*)>

May everyone always have smile on their face. =)

Dah order, cuma belum sampai lagi.

A conversation with one of my friend, give me some thought.

I ask my friend, "Why is't my wish cannot be accomplish..while others friend found theirs.". My friend replied, " Don't worry, Allah hear what are you wishing for..He just wanted to give you the special one. Dah order kan? Tunggu jer la".

I was like blur(cannot be seen clearly). " Order?? What's order?". She said "Kan dah doa kat Allah. Tu kira order la tu..tunggu jer la..bersangka baik dengan Allah."

Owh..Thank you so much friend for remind me the fact that all we have either we not have are all from HIM.

Thank you so much dear Allah. :')

I want to be free. :)


May everyone always have smile on their face. =)

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH (part ii)

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

"Doa di saat tahajjud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

بَارَكَ اللهُ فِي الجَمِيعَ

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 24 November 2016

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers

For full recipe boleh refer blog cik apple.


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers sangattt :')


1 ekor ayam - Dibersihkan tanpa dipotong


Bahan-bahan untuk perap ayam :

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
sedikit air untuk blend bahan perap
dan sedikit butter

Blend semua bahan-bahan untuk perap kecuali butter.

Cari-cari Mixed Herbs kat kedai tak jumpa..
jadi aku ganti dengan serbuk ketumbar jenama Baba's.
Ini jer yang ada kat dapur. T.T
Cara-cara untuk buat ayam panggang ala Kenny Rogers yang sedappp dan simple sangatttt.. :)


1. Kupas bawang besar, bawang putih dan halia. (hehe..ni semua orang pun tahu kan!!).


2. Campak jerr semua dalam blender. Kalau nak bagi senang blend, boleh potong empat bawang tersebut ye puan-puan.. :')


3. Blend bersama-sama 3 sudu besar sos lada hitam, 1 sudu besar lada hitam kasar, 2 sudu besar madu, 1 ketul kiub ayam Knorr, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar mixed herbs (aku guna serbuk ketumbar..kuantiti sam jer), 1 1/2 sudu teh garam halus dan sedikit air untuk memudahkan proses blender bahan-bahan perap.


setelah di blend.
4. Lumurkan bahan-bahan yang di blend tadi pada keseluruhan badan ayam. Masukkan juga kedalam bahagian dalam ayam dan celah-celah kulit.




5. Bahan perap tadi, tinggalkan separuh untuk disapu selepas dibakar pada 30 minit pertama. Perap selama 1 jam 30 minit.



6. Dah perap selama 1 jam 30 minit. Panaskan oven selama 20 minit. Suhu 180 Calcius, guna api atas dan bawah. Bakar selama 1 jam 30 minit.

Sebelum masuk dalam oven, letakkan butter di atas ayam.

7. Sebelum tu, bakar selama 30 minit dahulu, kemudian keluarkan dan lumur dengan separuh lagi bahan perap yang tinggal.


8. Kemudian bakar lagi selama 1 jam. Ok!! dah siap... ^_^


Selamat mencuba. Rasa ayam panggang ni sedap sangat..tapi rasanya sedikit lain dari resepi asal kot..sebab aku dah ubah resepi sebenar...guna serbuk ketumbar. Next time nak cuba guna mixed herbs pahtu compare rasa camne.. :')

xoxo

May everyone always have smile on their face. =)

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFI'I

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
-(Imam asSyafie)-

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
-(Imam asSyafie)-

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
-(Imam asSyafie)-

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
-(Imam asSyafie)-

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
-(Imam Syafie)-

"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
-(Imam Syafie)-

"Ilmu itu bukan hanya yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
-(Imam Syafie)-

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan"
-(Imam asSyafie)-

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
-(Imam asSyafie)-

"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"
-(Imam asSyafie)-


-Semoga bermanfaat-

May everyone always have smile on their face. =)

Sunday, 20 November 2016

Resepi coleslaw ala kfc

Masa jamuan akhir tahun tingkatan 2 (kelas 2 Ibnu Battuta) aku di jemput sekali untuk makan ayam bakar dan main air sungai di Sg. Congkak. Sumpah sejuk giler air kat situ.. Beshh :)

Aku ingatkan aku di jemput untuk makan-makan dan bersuka ria saje. Sekali kena join depa masak. 
Bakar-bakar tu bagi kat laki. Depa lagi teror..hehe aku dan geng-geng banat di tugaskan untuk buat coleslaw...

Aku macam blurr..coleslaw tu natang apa?? haha padahal tiap kali pergi kfc order natang ni.. aku tanya kat students aku. "macamane rupa dan rasa coleslaw?" Students aku jawab.."alaa...yang selalu tcer makan kat kfc tu..ada kobis, carrot dan mayonis semua"...hahaha

Sungguh...ini pestime aku buat coleslaw...aku potong kubis besar-besar alam dan carrot panjang-panjang....lantak depa lah..asalkan depa tak makan sebijik kobis masuk dalam mulut.. kata aku dalam hati....keh keh keh.

Seriusly....
depa ini kelaparan tahap seketul kubis ilek jer masuk dalam mulut...
hahaha ^_^
hahaha :)

Kesian sungguh kat depa semua.. :'D

Balik asrama aku cepat-cepat search resepi coleslaw...yeay jumpa dalam blog cik apple.

Jadinya, meh aku sekolah kan korang cara-cara nak buat coleslaw ala kfc yang sedap lagi senang...hehehe :)

Bahan-bahan yang di perlukan ialah:


1/2 bahagian sayur kubis
1 batang lobak merah
1 sudu besar jus lemon
5 sudu besar mayonis 
1/4 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara-caranya ialah;

1. Mula-mula potong halus-halus sayur kubis.



2. Potong dadu lobak merah.



3. Kemudian satukan lobak merah dan sayur kobis yang siap di potong halus ke dalam satu bekas.


4. Perasakan dengan 1 sudu besar jus lemon, 5 sudu mayonis, 1/4 cawan susu segar. 


 5. Tambah sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam.


6. Lastly, taraaaa....ready to eat :') yummy


x.x

May everyone always have smile on their face. =)

Thursday, 17 November 2016